Header Ads

Cara Cara Ke Koh Lipe Thailand Dari KLIA Melalui Pulau Langkawi Malaysia


"KLIA-Langkawi-Koh Lipe"

Dengan jolokan nama 'the little Maldives of Thailand' semestinya para pengembara dan mereka yang suka 'travel' akan meletakkan Pulau Koh Lipe dalam senarai untuk dikunjungi.


Klia - Langkawi - Koh Lipe - Travel Tips
Klia - Langkawi - Koh Lipe - Travel Tips
Walaupun bukan sekarang, tetapi impian untuk kali pertama bercuti di Koh Lipe Thailand akan menjadi impian.


Koh Lipe sebenarnya berada di bahagian paling bawah bagi peta geografi negara Thailand. Dengan lebih tepatnya adalah bahagian barat daya negara Thailand.

Lebih menggembirakan rakyat Malaysia adalah Pulau Lipe atau Koh Lipe ini tidaklah jauh dari Pulau Langkawi, Malaysia.

Bercuti Di 'The Little Mardives'


Koh Lipe Little Maldives Island
Koh Lipe Little Maldives Island
Seperti penulis sendiri, Koh Lipe adalah boleh dikatakan agak 'wajib' untuk dikunjungi. Boleh rasai sendiri apa yang terbaik sangat Koh Lipe sehingga di gelar setaraf 'Maldives'.


Air Laut Koh Lipe Jernih
Air Laut Koh Lipe Jernih
Penulis akan kongsikan sedikit pengalaman perjalanan penulis, dari Kuala Lumpur terus ke Koh Lipe melalui Pulau Langkawi.


Walking Street Koh Lipe
Walking Street Koh Lipe
'Route' ini sebenarnya banyak kelebihan kerana dapat merasai bercuti dua pulau dalam satu 'trip'.

Kuala Lumpur International Airport , Malaysia 


Notic Board Penerbangan KLIA2
Notic Board Penerbangan KLIA2
1. Semuanya bermula dengan KLIA2. Airasia sentiasa menjadi pilihan untuk penulis terbang.

Dengan pelbagai promosi dan semestinya terkenal dengan tambang murah. Perlu pandai mencari waktu dan tarikh yang sesuai untuk mendapatkan harga tiket yang murah.


Airasia A320 Walkbridge View
Airasia A320 Walkbridge View

2. Pastikan anda berada di KLIA2 dua jam lebih awal. Untuk penulis yang akan terbang pada jam 6.45 pagi makan pukul 4 pagi sudah boleh berada di airport.

3. Datang awal kerana airasia untuk penerbangan selain USA, memerlukan penumpang untuk check in tempat duduk dan check in luggage sendiri di kiosk yang disediakan.


Airasia A320 100th Dragon Livery
Airasia A320 100th Dragon Livery
Untuk check in tempat duduk usah risau boleh dilakukan dua minggu sebelum tarikh berlepas di laman sesawang Airaisa.

Untuk check in bagasi (bukan kabin, kargo), terdapat seorang personel Airasia akan membantu di kaunter.

4. Usai segala pemeriksaan, terus menuju ke 'boarding area'. Tips yang boleh penulis berikan disini adalah pastikan apakah seksyen borading area pada boarding pass anda.

Sama ada 'J' atau 'K' atau lain lain. Jarak 'K' dengan 'escalator' selepas pemeriksaan imigresen dan kastam agak jauh, berbanding boarding area 'J'.


Gate J5 KLIA2
Gate J5 KLIA2

5. Penerbangan ke Pulau Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KUL) dengan Airbus A320 milik Airasia akan memakan masa tidak lebih dari satu jam.


Permandangan Tingkap Airasia Sunrise
Permandangan Tingkap Airasia Sunrise
Bergantung kepada teknikal dan keadaan cuaca. Dalam penerbangan penulis ia memakan masa selama 40 minit.


Selfie Bersama Kapal Terbang Airasia
Selfie Bersama Kapal Terbang Airasia

Langkawi International Airport, Kedah

6. Pastikan tempat feri yang akan anda naiki nanti. Terdapat dua buah jeti feri untuk ke Koh Lipe.

Satunya adalah jeti Telaga Harbour dan satu lagi Jeti Feri di Pekan Kuah.

Untuk situasi kali ini penulis akan menaiki feri di Jeti Pekan Kuah, yang agak jauh juga dari Airport Langkawi, perjalanan dengan e-hauling seperti Grab Car mungkin memakan masa 20-30 minit.

7. Jika anda dijadualkan untuk menaiki feri pada jam tertentu dan masih lama lagi untuk menunggu, penulis ingin memberikan cadangan untuk berehat sebentar hilangkan penat terhimpit di 'seat' A320 Airasia yang agak sempit dengan mengalas perut dengan air kelapa dan laksa ikan sekoq di Pantai Hujung Airport.




Usah khuatir jika masih tidak mahu menghadam makanan berat, passembur juga ada.

8. Sebolehnya bergeraklah dari lapangan terbang ke jeti yang ditentukan awal dengan rancang supaya ada di kawasan jeti sekurang-kurangnya satu jam dari masa feri berlepas.


Jeti Feri Pekan Kuah, Langkawi

9. Hubungi agen tiket feri anda jika ada, atau terus menuju ke tingkat satu bangunan jeti untuk urusan tiket, passport dan apa-apa keistimewaan lain.

10. Sebagai contoh, ini contoh (bukan ditaja oleh agen ini). Bagi percutian penulis, penulis menggunakan khidmat dari Tropical Charters untuk perkhidmatan dari Malaysia. Bundhaya Resort untuk agen mereka di Koh Lipe.


Sticker Tropical Charters - Bundhaya Resort
Sticker Tropical Charters - Bundhaya Resort
Terus menuju ke lokasi agen anda untuk periksa tiket, isi beberapa borang untuk memasuki Thailand. Passport merah anda akan dipegang pihak agen ini.

11. Harga untuk tiket sehala menggunakan khidmat agen (contoh penulis) adalah dalam RM195/seorang (Feb 2020)  


Tiket Feri Koh Lipe Tropical Charters - Bundhaya Resort
Tiket Feri Koh Lipe Tropical Charters - Bundhaya Resort
12. Menunggu feri sampai, beratur untuk pemeriksaan imigresen Malaysia, pemeriksaan tiket, selesai semua ini terus menuju ke jeti, feri sedang menunggu.


Walkway Ke Jeti Antarabangsa Pekan Kuah Langkawi
Walkway Ke Jeti Antarabangsa Pekan Kuah Langkawi
13. Maka bermulalah sebuah perjalanan merentasi Selat Melaka menuju ke Koh Lipe Island, Thailand.


Jom ! Naik Feri Ke Koh Lipe Thailand
Jom ! Naik Feri Ke Koh Lipe Thailand
Sepanjang perjalanan, filem Alita menjadi peneman.


Suasana Dalam Feri Ke Koh Lipe Thailand
Suasana Dalam Feri Ke Koh Lipe Thailand
Arrival Floating Pier Koh Lipe, Thailand

14. Perjalanan memakan masa 1 jam dan 30 minit. Kebanyakan masa digunakan untuk berzikir (haha), tidur, layan filem alita kerana sukar untuk melihat suasana luar kerana cermin tingkap feri ditutup.

15. Penumpang dikehendaki untuk turun di sebuah platform sementara yang diberikan nama 'Floating Pier'. Oleh kerana kedalaman membatasi untuk feri menuju ke pesisir pantai Koh Lipe.


Sampai Di Floating Pier Koh Lipe
Sampai Di Floating Pier Koh Lipe
16. Disamping untuk menjaga karangan dan kejernihan air di pantai, feri besar tidak diperlukan untuk ke pesisir pantai.


Keadaan Di Atas Floating Pier Koh Lipe Thailand
Keadaan Di Atas Floating Pier Koh Lipe Thailand
17. Penumpang akan menunggu untuk dibawa ke daratan dengan perahu dengan enjin  seumpama ingin menangkap ikan di laut.


Naik Perahu Ke Pantai Koh Lipe
Naik Perahu Ke Pantai Koh Lipe
18. Dari 'pier' ke pesisir pantai Koh Lipe tidaklah jauh. Namun, terdapat kesesakan trafik memandangkan banyak perahu-perahu sedang beraksi memindahkan penumpang.


Meninggalkan Floating Pier Ke Pulau Lipe
Meninggalkan Floating Pier Ke Pulau Lipe
Untuk pengangkutan ini tiada sebarang bayaran, sudah termasuk tiket feri.


Kebiruan Air Laut Di Koh Lipe
Kebiruan Air Laut Di Koh Lipe
19. Gunakan masa dalam perahu untuk mendapatkan 'feel' keindahan Koh Lipe, dengan air yang jernih, kehijauan ketika cetek, kebiruan apabila dalam.


Nampak Terumbu Air Jernih Koh Lipe
Nampak Terumbu Air Jernih Koh Lipe
Ikan turut berenang-renang menantikan ketibaan anda.

Pulau Koh Lipe, Langkawi

20. Pengunjung akan diletakkan di atas titian diperbuat dari bahan terapung seumpama tong sebelum menuju ke tempat seterusnya.


Bot Sampai Di Pantai Koh Lipe Thailand
Bot Sampai Di Pantai Koh Lipe Thailand
21. Terus menuju ke kaunter agen anda, untuk penulis, Bundhaya Resort, untuk dapatkan kembali passport anda dengan menunjukkan tiket sebagai bukti.

22. Selesai, terus menuju ke bahagian imigresen di bahagian belakang kaunter tadi. Untuk pengecopan passport anda.


Berjalan Di Atas Titi Ke Pantai
Berjalan Di Atas Titi Ke Pantai
23. Jangan lupa dapatkan satu pass untuk melawat Tarataou Park, carilah kaunter yang menjualnya.

Untuk penulis, pass ini berharga 200 baht untuk seorang. Untuk island hopping di Koh Lipe pass ini 'mungkin' diperlukan.


Uruskan Dokumen Di Kaunter Agen dan Imigresen
Uruskan Dokumen Di Kaunter Agen dan Imigresen
(Kadang-kadang ada agen yang akan memberikan makluman, namun, kurang bernasib baik untuk penulis kerana perlu melakukan semua ini secara 'on the spot' tanpa bantuan agen)

Perjalanan Ke Koh Lipe Dari Langkawi

Ini adalah beberapa ringkasan perjalanan yang dilalui penulis dari KLIA2 sehinggalah berjaya menjejakkan kaki di daratan Koh Lipe Island, Thailand.


Kejernihan Air Di Koh Lipe Thailand
Kejernihan Air Di Koh Lipe Thailand
Untuk lebih informasi dan mudah difahami boleh rujuk, video di bawah:




Jangan lupa untuk subscribe untuk trip, tips dan itinerary percutian.

Selamat bercuti dan semoga dapat membantu anda untuk persediaan dalam perjalanan menuju ke Koh Lipe dari Kuala Lumpur melalui Pulau Langkawi, malaysia.

Video dan gambar adalah rekod dan 'snapshot' menggunakan Gopro Hero 7 Black,

Berkenan untuk memiliki gopro ini dengan aksesori menarik harga pun murah, mampu milik, boleh klik pautan ini : 


Gopro Hero 7 Black dan Aksesori Dengan Harga Promosi 

Anda fikir anda tahu Perjalanan Ke Koh Lipe Thailand Dari KLIA Melalui Pulau Langkawi Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.