Header Ads

Nasi Kerabu Ayam Bakar Madu dan Gulai Kawah Pantai Timur Di Restoran Senyum Sokmo GM Klang


"Kedai Makan Sekitar GM Klang"

GM Klang tidak asing bagi mereka yang gemarkan membeli barangan pukal atau barangan secara banyak.


Nasi Kerabu Ayam Senyum Sokmo
Nasi Kerabu Ayam Senyum Sokmo
Itu tipikal pandangan mengenai GM Klang yang terletak di Bandar Botanik Klang.


Shopping Di GM Klang Bandar Botanik

GM Klang bukan sahaja untuk barangan pukal malah untuk belian biasa banyak. Banyak pilihan barangan menjadikan GM Klang yang berhampiran Lebuhraya KESAS ini begitu popular.

Pernah penulis terserempak seumpama lawatan cik kiah dengan bas datang ke GM Klang.

Penulis bukan ingin bercerita tentang GM Klang. Secara normalnya yang datang ke GM Klang walaupun tidak ramai adalah yang datang dari jauh.

Mencari Tempat Makan

Bagi penduduk sekitar tidak begitu sukar untuk mengetahui kedai makan yang ada di kawasan sekitar, untuk yang baharu menjejakkan kaki sukar juga untuk mengalas perut sebelum atau selepas shopping di GM Klang.

Terdapat beberapa kedai makan sebenarnya sekitar GM Klang. Namun, penulis akan cuba kongsi akan kedai makan yang biasa penulis singgah dan cuba.

Tempat Makan Kurang Memuaskan

Terdapat juga satu kedai makan di sekitar GM Klang ini yang sudah di'banned' penulis. Penulis tidak akan menyebut nama kedai namun berhadapan bulatan kecil GM Klang. Mahal, kurang sedap dan layanan kurang memberikan ketenangan.

Penemuan Restoran Selera Pantai Timur

Dari kisah tersebutlah penulis menemui satu kedai makan yang kena dengan selera penulis. Sebuah kedai makan yang terletak bertentangan dengan parkir paling jauh GM Klang di deretan rumah kedai.


Restoran Senyum Sokmo GM Klang
Restoran Senyum Sokmo GM Klang

"Restoran Senyum Sokmo"

Melalui namanya sudah menggambarkan masakan pantai timur. Sebuah restoran yang baharu sahaja di buka di sekitar ini. Mula beroperasi sekitar bulan Mac 2018.

Konsep Restoran

Restoran ini menggunakan konsep makan siang. Bukan tipikal kedai tom yam yang ditemui. Kebanyakan menu makanan adalah bergulai dan berkuah.

Menu yang Dicuba

Nasi Kerabu Ayam Bakar

Satu makanan yang pantang penulis kalau terjumpa adalah nasi kerabu.
Disini penulis mencuba nasi kerabunya, adakah betul-betul nasi kerabu pantai timur atau sekadar celupan nama sahaja.


Nasi Kerabu Ayam Panggang
Nasi Kerabu Ayam Panggang Madu
Nasi kerabunya cukup lengkap dengan pelbagai ulaman dengan nasi bewarna biru.
Diletakkan juga telur masin dan keropok keping bersama.

Pengunjung boleh memilih pelbagai lauk untuk di makan bersama nasi kerabu ini.
Penulis memilih ayam bakar yang baharu sahaja siap dipanggang di hadapan kedai makan ini.

Rasa Nasi Kerabu

Dari segi rasa, sedap dan mengena dengan citarasa nasi kerabu yang penulis cari.
Ulaman masih segar, ranggup lagi rasanya. Dengan kerisik kelapa yang ada rasa ikan dan nasinya tidak terlalu lembik atau keras.

Nasi kerabu ini adalah nasi kerabu biasa tidak bertumis, boleh tambah kuah bergulai jika rasakan ia terlalu kering.

Lauk Pauk Gulai Kawah Pilihan

Apa yang menarik akan kedai makan ini (selain hidangan nasi kerabu) adalah jenis lauk pauknya. Kebanyakan adalah lauk pauk masakan pantai timur.


Lauk Pauk Gulai Kawah
Gulai ayam, gulai ikan, jika dikira periuk yang menyediakan hidangan bergulai lebih dari lima periuk. Gulai kawah jika nama gelaran yang biasa didengar.

Untuk lauk pauk lain, seperti di kedai makan biasa yang menyediakan hidangan nasi campur atau nasi pilih sendiri.

Isiapadu Air Minuman yang Banyak

Bagi air minumannya cukup isitmewa jika dikira isipadu. Penulis tidaklah menggunakan bekas yang memiliki sukatan untuk mengira isipadu air minuman di kedai ini akan tetapi melihatkan gelasnya yang agak besar sudah cukup membuktikan kedai makan ini tidak kedekut air.


Teh O Ais Limau
Teh O Ais Limau
Kurang dari RM2.50 sukar untuk penulis menghabiskan teh o ais limau yang dipesan. Teh o ais limau yang sedap-sedap dihirup, rasa limau yang tidak begitu pahit dan rasa teh yang tak begitu kelat, kehadiran gula masih ada.

Air kosongnya juga dalam isipadu yang sama.  

Ulasan Penulis

Dari rasa nasi kerabu yang dicuba, nilai nasi kerabu pantai timur masih ada berbanding nasi kerabu celup atau ciplak yang pernah penulis terbeli. 

Jika nasi kerabunya sama dengan nasi kerabu dari Kelantan, tidak hairan jika makanan lain menyerupai makanan dari sana.

Pilihan Lauk 

Pilihan lauk pauk lain juga cukup banyak. Istimewanya terdapat lauk pauk bergulai dan berkuah yang rasanya ala-ala masakan pantai timur, deria rasa pantai timur penulis mampu mengesannya.


Ayam Sedang Dipanggang
Ayam bakar antara lauk pauk menjadi kegemaran ramai. Walaupun terdapat kesan hangus rasa perapan pada ayam tersebut masih jelas bak kata Hafiz Suip.

Air Minuman

Isipadu air minuman boleh dipuji jika anda sedang kehausan selepas membeli sakan di GM Klang. Cukup banyak jumlah airnya.

Suasana Persekitaran Restoran

Suasana kedai agak romantik dalam tema rock kapak, tidak terlampau romantik dan tidak terlampau ganas. Seumpama sedang melayani lagu-lagu kumpulan Slam.

Layanan Pekerja

Dari segi layanan staf, cukup baik setakat ini dan sentiasa memberikan apa yang pelanggan inginkan.

Bagi penulis, ini adalah antara alternatif untuk mendapatkan makanan selera pantai timur dengan harga yang berpatutan.

Informasi Pengunjung

Lokasi

Agak jauh sedikit dari pintu masuk GM Klang, jika yang parkir di petak parkir GM Klang yang paling baharu boleh melihatnya.

Berhadapan juga dengan gerai-gerai penjaja di hadapannya.

Restoran Senyum Sokmo,
NO. 3, 
Jalan Kasuarina 4/KS 07, 
Bandar Botanik, 
41200 Klang, 
Selangor



Harga Makanan

Nasi Kerabu Ayam Bakar - RM7.50
Teh O Ais Limau - RM2

Waktu Operasi Restoran

Dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 7 malam

Anda fikir anda tahu Nasi Kerabu Ayam Bakar Di Restoran Senyum Sokmo GM Klang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.