Header Ads

Pelbagai Aneka Sup Utara Sedap Di Pak Ngah Sup Utara Shah Alam


"Pak Ngah Sup Utara"

Jarang tak lari perkataan utara dengan sup. Agak banyak sebenarnya kedai makan yang menjamu hidangan sup menggunakan tema utara. Betul-betul resepi dari utara itu kurang dipastikan.


Pak Ngah Sup Utara
Pak Ngah Sup Utara 
Namun, konsepnya tetap sama. Sup yang sudah tersedia ada siap segala rempah ratusnya, hanya dipanaskan menunggu untuk dicurah ke atas mangkuk atau pinggan terisi hirisan daging lembu atau ayam yang sudah direbus.


Tema Sup Utara

Tidak dinafikan rempah ratus resepi sup utara agak berlainan dengan sup yang biasa kita sediakan di rumah. Dalam banyak-banyak kedai makan dengan konsep sup utara, masih ada peminatnya.

Salah satu yang agak popular sekitar Kota Kemuning dan pinggir Shah Alam dan Klang adalah sebuah kedai makan dengan tema sup utara iaitu Pak Ngah Sup Utara.

Signature Sup Utara

Sebagaimana cliche hidangan set sup utara di mana-mana kedai sup utara, terdapat hidangan set nasi jika tidak mahu sup daging atau ayam ini dijamu bersama pelbagai mi atau kue teow.

Pak Ngah Sup Utara Shah Alam

Di Kedai makan Pak Ngah Sup Utara di Jalan Bukit Kemuning Shah Alam ini menyediakan dua lauk pauk utama iaitu daging lembu dan daging ayam. Selain pengunjung juga boleh memesan sup tulang, sup perut dan sup ekor.

Menu Hidangan Utama 

Setiap kali penulis berkunjung di Pak Ngah Sup Utara, set nasi sup berlaukan hirisan daging menjadi pilihan.

Set Nasi Sup Utara Daging Lembu

Sepinggan nasi yang akan disertakan dengan semangkuk sup yang dijirus di atas hirisan daging lembu yang direbus.


Set Nasi Sup Utara Daging Dengan Telur Dadar
Set Nasi Sup Utara Daging Dengan Telur Dadar
Bersama hirisan penyeri sup seperti daun bawang atau daun sup. Menambahkan variasi warna dalam semangkuk sup.


Sup Utara Daging Lembu
Sup Utara Daging Lembu
Pelayan akan menanyakan tentang telur dadar. Telur dadar untuk ditambah sebagai satu set nasi sup.


Telur Dadar Gebu
Telur Dadar Gebu
Telur dadar gorengan mereka sungguh menarik, gebu dan berperisa. Telur yang digoreng dalam kuali panas yang terisi minyak masak yang banyak menghasilkan telur dadar yang cukup gebu dan ranggup sekelilingnya.


Telur Masin
Telur Masin
Bagi yang lebih gemar akan telur masin bersama sup boleh mendapatkan telur masin dari seksyen nasi campur.


Teh O Ais Limau
Teh O Ais Limau
Basahkan tekak anda dengan teh o ais limau yang menyegarkan. Memang kena dengan sup.

Hidangan Lain

Pisang Goreng Madu

Sebenarnya pisang goreng ini antara tarikan di sini. Didirikan sebuah gerai goreng pisang yang biasa.

Seumpama satu hidangan pencuci mulut selepas menikmati aneka sup. Pisang yang disalut adunan tepung dan telur dan digoreng bersama madu cukup enak.

Pasti yang mencubanya akan memesan untuk sekali lagi. Meskipun digoreng bersama madu, rasa pisang masih kekal. Itulah uniknya untuk pisang goreng disini.
Mesti cuba.

Nasi Campur

Jika inginkan selera lain terdapat bahagian untuk mereka yang inginkan nasi campur.
Dengan lauk pauk kebiasaan masakan di siang hari.

Ulasan Penulis

Rasa Sup

Tidak banyak yang lari dari kebiasaan sup utara namun sedap dihirup apalagi ketika masih panas.


Kombinasi Terbaik Nasi Sup
Kombinasi Terbaik Nasi Sup
Rasa penambah perisa yang tidak terlampau adalah kuncinya. Dengan aroma dan rasa rempah ratus organik itu adalah 'trademark' sup.

Sup disini mengekalkan rasa rempah ratus organik berbanding penambah perisa yang melampau itu menjadikan sup mereka sedap dihirup.

Portion Hidangan Sup

Dari aspek kapasiti lauk dalam semangkuk sup boleh dibanggakan, kena dengan harganya.
Boleh kembung perut kerana banyak sup akan dimasukkan ke dalam tangki perut untuk satu mangkuk.

Tekstur Lauk (Daging) Dalam Sup

Sungguh lembut dan tidak begitu kenyal, jarang memerlukan kunyahan melebihi 7 kali untuk menguraikan daging. Untuk isi dan daging tidak termasuk urat atau lemak.


Tekstur Daging Lembu Dalam Sup
Tekstur Daging Lembu Dalam Sup
Bagi yang tidak sukakan lemak dalam sup boleh beritahu kepada penyedia sup untuk tidak memasukkannya. Namun, lemak dalam sup tetap sedap.

Persekitaran Kedai Makan

Agak romantik dengan suasana tidak begitu panas dan tidak pula begitu redup. Kedai makan yang menumpang celahan syarikat jualan kereta terpakai mungkin kadang-kadang menghasilkan suasana kurang tenang.

Dengan laluan hadapan (ketika penulis berada di kedai) yang masih dalam pembinaan. Sukar sedikit dalam mendapatkan parkir yang mencukupi. Mungkin apabila keadaan mula stabil masalah ini tidak akan berlarutan.

Layanan Pelayan 

Dari segi layanan untuk pengunjung masih baik. Itu tidak mendatangkan apa-apa keresahan ketika menjamu selera.

Informasi Pengunjung

Lokasi

Terletak di tepi Jalan Bukit Kemuning berhampiran dengan ADTEC Shah Alam.

56, 
Jalan Bukit Kemuning,
40460 Shah Alam, 
Selangor



Harga Makanan

Set Nasi Sup Daging : RM 7.00
Telur Dadar : RM 1.40
Telur Masin : RM 1.00 (separuh)


Harga Makanan Di Pak Ngah Sup Utara
Harga Makanan Di Pak Ngah Sup Utara
Waktu Operasi

Dibuka setiap hari termasuk hujung minggu. Dibuka pada jam 11 pagi sehingga 6.30 petang kecuali hari Ahad 11.00 pagi sehingga 5 petang.

Anda fikir anda tahu Pelbagai Aneka Sup Utara Sedap Di Pak Ngah Sup Utara Shah Alam ? 

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.