Header Ads

Hidangan Ala Hipster Di Paramount Coffee House Vista Alam Shah Alam


"Paramount Cafe Shah Alam Review"

Sesungguhnya penulis tidak tahu bahawa terdapat satu restoran di tengah bandaraya Shah Alam milik seorang selebriti.


Boleh digelarkan selebriti apabila siapa yang tidak kenal akan nama Saudara Ebit Lew, seorang penceramah bebas yang agak popular.


Bermula dengan ajakan dari rakan penulis dan isteri untuk singgah di restoran ini.
Rakan penulis baharu sahaja pulang dari Krabi dan ingin memberikan ole-ole kepada kami.

Tempat pertemuan adalah di Paramount Cafe Shah Alam.

Di Mana Paramount Coffee House

Dalam benak penulis mungkin ini hanya sebuah cafe hipster yang terletak di Shah Alam. Berpandukan google maps dan bantuan aplikasi Waze kafe yang terletak sebaris dengan bangunan Nasi Lemak Royale dan Pejabat PTPTN Shah Alam ini ditemui.

Kedatangan penulis adalah pada waktu makan tengah hari. Sesuai untuk mendapatkan nutrien untuk waktu siang.

Dari pandangan pertama dari luar penulis beranggapan restoran ini agak 'ada-ada' jika dibandingkan tempat biasa penulis dan isteri selalu makan.
Jarang benar untuk ke restoran sebegini.

Kali Pertama Memasuki Kafe

Buka sahaja pintu masuk, penulis dipelawa masuk dengan udara pendingin hawa dan samar-samar cahaya jingga kekuningan menerjah ke kornea mata.
Susun atur kerusi, meja dan perabut tersusun indah.

Tidak ramai sebenarnya pengunjung yang ada. Terdapat satu famili sedang menikmati hidangan makan mereka. Lain-lain tempat duduk banyak kosong.

Suasana Hiasan Dalaman Kafe

Suasana Dalam Kafe
Suasana Dalam Kafe
Penulis dan isteri memilih kawasan tempat duduk ditepi dinding yang dihiasi dengan grafiti tulisan yang membentuk secawan kopi. 

Nama pun cafe mungkinlah kopi adalah keistimewaan kedai ini.

Apa Menu Istimewa Di Sini

Dengan bantuan rakan penulis yang sudah sampai, mereka mengesyorkan satu hidangan pencuci mulut berupa 'waffle coklat'.

Penulis dan isteri ia kan sahaja untuk mencuba.

Pelayan tidak akan datang kepada anda melainkan anda menekan loceng atau 'buzzer' yang diletakan di atas meja sebagai pemanggil untuk mendapatkan pesanan dari staf.

Hidangan Pilihan

Memandangkan tengah hari penulis ingin mencuba menu yang agak berat seperti nasi.
Dengan bantuan buku menu berkulit keras, penulis memilih satu hidangan nasi goreng yang berlaukan ayam goreng.

Nasi Goreng Paramount Dengan 'Chicken Wing'

Nasi Goreng Paramount With Chicken Wing
Nasi Goreng Paramount With Chicken Wing
Nasi yang digoreng dengan rempah membangkitkan warna keperangan. Sekali suap terasa rempahnya ditemani seketul ayam (untuk kali ini bahagian sayap) yang digoreng agak kering. 

Sedap kerana berperisa, ia mengingatkan penulis pada nasi scrapper di Burger Warisan, iaitu menu favourite penulis apabila ke Burger Warisan.

Diletakkan beberapa keping keropok ikan ala-ala keropok moni yang bewarna warni dengan hirisan sayuran sebagai hiasan.

Oreo Vanilla Waffle

Oreo Vanilla Waffle Paramount Coffee House
Oreo Vanilla Waffle Paramount Coffee House
Hidangan ini datangnya dalam satu pinggan yang agak besar. Terdiri daripada kepingan waffle ranggup diletakkan melingkari secara membulat dengan kuantiti lapan keping.

Ditengahnya diletakkan satu skop ais krim vanilla yang dimahkotakan dengan kepingan oreo serta taburan oreo itu sendiri.

'Latte' Ais
Iced Latte Paramount Coffee
Iced Latte Paramount Coffee
Bagi pelinciran makanan, penulis memilih minuman berais iaitu kopi 'latte'. Dihidangkan dalam satu gelas tinggi dengan kapasiti ais yang agak banyak, semestinya ais di atas.

Cawangan Kafe Milik Saudara Ebit Liew

Kafe ini adalah cawangan kepada kafe yang sedia ada di Bangi. Milik Saudara Ebit Liew dan semestinya memiliki aura dan popularitinya tersendiri.

Sesuai dengan perwatakannya dalam berdakwah dengan lembut dan berhemah. Begitu juga persekitaran dalaman kafe miliknya ini.

Ulasan Penulis

Suasana Kafe


Dari segi suasana restoran sungguh menyerupai suasana dalam naskah filem atau drama oleh Rashid Sibir.

Redup dengan suasana lampu mala-malap dengan iringan lagu sederhana tenang.

Agak rimas juga bagi mereka yang sukakan suasana ceria makan sambil bersembang apabila merasakan seperti makan di dalam perpustakaan.

Lain orang lain citarasa, suasana sebegini cukup terbaik untuk mereka yang bercitarasakan romantik ketika makan.

Rasa Makanan

Dari masakan yang penulis cuba iaitu nasi goreng dengan ayam goreng dan berkeropok, tidaklah begitu ada kelainannya.

Cukup sekadar biasa biasa sahaja. Tidak begitu sedap dan tidak pula terasa ingin dibuang, yang boleh dipuji perasanya tetap ada dan kepedasan memang kena dengan penulis.

Minuman

Untuk minuman agak mengecewakan. Gagal ditemui rasa kopi jika memilih hidangan kopi yang berais. Penulis tertipu dengan foto yang terdapat dalam menu. Untuk merasai betapa 'latte'nya jangan biarkan lama sehingga ais mencair, tawar rasanya bercampur pahit kopi.

Untuk merasai kopi dan bukan sekadar air, disarankan memilih kopi yang bukan berais.

Waffle Umpama Menu Utama

Dari pandangan penulis, yang memberikan keunikan kepada kafe ini adalah pencuci mulutnya yang pelbagai. Mereka yang gemarkan kepekatan coklat dengan waffle ranggup yang manis mungkin akan memberikan pujian.

Untuk masakan lain serta minuman sekadar biasa jika dibandingkan dengan suasana kafe. Boleh ditafsirkan keunikan kafe ini dengan yang lain adalah aneka waffle dan pencuci mulutnya.

Kesimpulan Ulasan

Bagi yang mahukan suasana hipster dan gambar makanan menarik di media sosial boleh kunjungi kafe ini. Bagi penulis yang inginkan rasa makanan dan minuman yang mampu memberikan penulis ingin datang lagi, mungkin sini bukan tempatnya.

Tidak adil jika dengan beberapa hidangan penulis membuat kesimpulan, mungkin akan cuba menu lain nanti, yang pastinya hidangan waffle coklat mereka memang menjadi bualan.

Informasi Pengunjung

Lokasi Kafe

Terletak di sekitar kawasan Seksyen 11, bangunan sekitar yang ada dihuni oleh PTPTN Selangor, Nasi Lemak Royale.

Paramount Cafe Shah Alam
F-G-28, 
Vista Alam, 
Jalan Ikhtisas, 
Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, 
Selangor



Waktu Operasi Kafe

Paramount Cafe Shah Alam dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.

Harga Makanan Di Paramount Coffee House

*anggaran makanan sebenarnya, maaf kerana penulis kehilangan resit.

Nasi Goreng Paramount Dengan Chicken Wing : RM 13-RM15 
Kopi Latte Ais : RM 9.90
Oreo Vanilla Waffle : RM 14.00

Semua hidangan di atas ditambah dengan kue teow ladna, nasi lemak serta beberapa minuman lain untuk 3 orang lagi memerlukan penulis membayar sekitar RM105.00

Dengan anggaran 4 orang, memerlukan RM 25 untuk satu kepala.

Parkir Kenderaan

Cukup Luas dan masih percuma. 


Anda fikir anda tahu Hidangan Ala Hipster Di Paramount Coffee House Vista Alam Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.