Header Ads

Shopping Barangan Murah Di Jalan Jalan Japan Seremban 2


"Jalan Jalan Japan Seremban 2"

Kegemaran penulis adalah pada barangan bundle. Barangan bundle ramai yang tersalah faham bahawa barangan bundle adalah barangan 'sampah'.


Shopping Murah Di Jalan Jalan Japan Seremban
Shopping Murah Di Jalan Jalan Japan Seremban
Cup! Jika ada beranggapan berkenaan mungkin sudah tersasar jauh definisi bundle.


Bundle sebenarnya sesuatu yang datangnya dalam jumlah pukal jumlah banyak. Tidak dinafikan bahawa barangan bundle adalah barangan terpakai. Bukan semua barangan bundle adalah 'sampah' atau 'sisa'.

Kebiasaan kedai atau pembekal barangan bundle kita boleh lihat di tepi-tepi jalan atau di gudang-gudang namun sukar untuk menemui barangan bundle di pasaraya atau mall.
Kalau ada pun barangan lelong untuk penghabisan stok itu bukan kategori bundle yang penulis maksudkan.

Kedai Barangan Terpakai Versi Bundle

Nah! Usah khuatir bundle sudah tinggi martabatnya. Jalan Jalan Japan mesti ada yang pernah mendengarnya. Ini adalah sebuah gedung bundle yang boleh dikatakan tinggi martabatnya.


Jalan Jalan Japan Bundle
Jalan Jalan Japan Bundle
Barangan terpakai dari Jepun. Majoritinya adalah barangan tulen dan original namun sudah tidak dikehendaki pemilik pertama.

Sebuah gedung bundle dalam mall dan berhawa dingin, mana mahu jumpa. Hanya di Jalan Jalan Japan cawangan Seremban 2.

Pada asalnya penulis mengetahui tentang gedung sebegini dari 'group' di Facebook mengenai barangan mainan.

Pencarian Barangan Permainan 

Penulis memang memiliki hobi yang agak jarang orang dewasa miliki iaitu mengumpul mainan. Kebanyakan adalah figura ataupun statue.

Gundam, itu memang adalah kemestinya.

Penulis ingin menjengah JJJ Seremban 2 ini mana tahu tersangkut dengan barangan mainan yang masih belum ditemui.

Walktrough Sekitar Jalan Jalan Japan Seremban 2

Perhiasan Rumah

Sebelum ke bahagian permainan, kita 'walkthrough' dahulu secara kasar tentang JJJ Seremban 2 ini.


Patung Hiasan
Patung hiasan (tidak sesuai untuk muslim di rumah) yang mungkin terbang dari jauh untuk dijadikan perhiasan rumah. Berpakaian kuno Jepun dan memiliki seni untuk hiasan rumah. Patung ini seumpama  mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Fuh!

Perhiasan Diri


Beg Comel
Jika membawa isteri, anak perempuan atau kakak dan adik perempuan, mungkin anda akan terhenti di sini agak lama jika membuat perjanjian jalan bersama-sama. Pelbagai barangan beg kecil mini sebegini mampu mengundang rasa teruja mereka yang gemar.

Harganya juga agak murah bayangkan dari RM1 pun ada. Memang kelihatan masih baharu walaupun terpakai.


Beg Wanita

Kawasan beg tangan wanita merupakan kawasan di mana boleh anda menemui wanita kesayangan anda jika berkunjung di sini, kalau bukan kawasan satu lagi di sinilah boleh menemui mereka.


Banyak Pilihan Beg
Kasut

Jika diteliti barangan beg sebegini tidak namapak bahawa ia adalah terpakai. Harganya ? Mampu milik untuk rakyat marhaen.


Kasut Atas Rak

Peralatan Rekreasi Outdoor

Masih kelihatan baharu dan sukar ditentukan bahawa ia adalah terpakai. Sesuai bagai mereka yang bekerja di pejabat atau pun untuk berjalan-jalan.


Khemah dan Barangan Outdoor

Hobi Orang Dewasa

Bagi penggemar aktiviti berkhemah dah aktiviti 'outdoor' anda tidak ketinggalan. Pelbagai barangan yang masih elok dan boleh digunakan dijual.


Peralatan Bermain Golf

Berkilat lagi peralatan golf dengan dimasukkan dalam beg sekali. Mungkin mereka yang mempunyai aktiviti menebas bola kecil di padang rumput karpet akan teruja melihatkan peralatan mereka turut terjual di sini.


Surfing Board

Item ini memang agak sukar ditemui. Surfing board, kalau nak dikatakan terdapat penggemar hobi ini di Malaysia. Mungkin kawasan pula tidak banyak, namun apa salahnya dapatkan sebagai cenderamata.

Permainan Dewasa dan Kanak-Kanak

Masih elok dan boleh digunakan. Itu yang penting. Barangan Jepun, selain berkualiti, pengguna juga cermat orangnya.


Rak Mainan

Kini, sampai pula kawasan yang penulis nantikan. Memang kawasan ini berada di bahagian paling akhir dan berdekatan dengan tempat pembayaran.

Rambang mata untuk memilih. Tempat mainan. Tidak tahu mana satu mahu dapatkan.


Masked Rider Belang
Dari mainan untuk bayi hinggakan ayah bayi pun ada. Tempat pertama yang penulis terjah adalah rak-rak yang terisi dengan mainan karakter figura dan statue.


Masked Rider Pelbagai Jenis
Antara mainan yang ada seperti karakter 'masked rider'. Zaman penulis masih kanak-kanak memang menjadi kegilaan masa dulu karakter-karakter ini, memang menggamit memori.


Figura Comel
Kanak-kanak milenia sekarang yang melayan boboiboy, ejen ali mana tahu tenang karakter sebegini. Memang jenuh mahu memilih setiap karakter yang ada, tidak tahu mana satu menjadi pilihan.


Tretta
Harga untuk setiap mainan juga memang murah dan berbaloi bermula dari RM3 untuk beberapa statue atau figura dalam satu paket. RM1 pun ada, fuh memang jika peminat permainan datang untuk kali pertama agak 'jakun' lah perlakuan mungkin.


Ultraman 'Rare'
Satu sahaja kelemahan yang ada, barangan yang bermutu dan jarang ditemui akan cepat habis. Jika mahu mendapatkan barangan yang sememangnya masih terbaik dan jarang ditemui boleh dimiliki, carilah ketika pekerja sedang mengisi rak-rak dengan mainan baharu.


Kereta Mini
Sesungguhnya bahagian ini, majoritinya adalah terdiri daripada golongan dewasa, termasuk penulis. Sambil memilih dan berebut-rebut boleh berkenalan dengan pengumpul mainan lain.

Isteri penulis yang sedang sibuk memilih di bahagian beg, kasut dan baju akan mengetahui 'kehilangan' penulis di bahagian ini. Jika masing-masing sedang mencari boleh ke bahagian kegemaran masing-masing.

Bukan Semua Barangan Ada

Bagi penggemar barangan gundam seperti penulis, batalkan hasrat anda untuk mendapatkan gunpla anda disini, lebih baik dapatkan melalui kedai online atau kedai mainan terpilih. Sukar untuk mendapatkannya.

Barangan Lain yang Boleh Didapati


Baby Car Seat

Beg Pakaian
Pinggan Mangkuk
Informasi Pengunjung

Lokasi Jalan Jalan Japan

Jalan Jalan Japan Seremban 2,
Centre Points, 
70100 Seremban, 
Negeri Sembilan



Waktu Operasi

Beroperasi setiap hari dan dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam (waktu Centrepoint beroperasi)

Anda fikir anda tahu Shopping Barangan Murah Di Jalan Jalan Japan Seremban 2 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.