Header Ads

5 Cara Mengenal Tanda Buah Durian Masak dan Matang Di Pasaran


"Cara Kenal Durian Masak"

Hidup umpama sebakul atau setong durian. Ada yang wangi, ada yang menarik kulitnya, ada yang hijau warnanya ada juga yang sudah buruk tidak kira kerana tupai atau kera atau jatuh kerana ribut petir.


5 Cara Kenal Buah Durian Masak
5 Cara Kenal Buah Durian Masak
Bila musim durian tiba, maka boleh dilihat disekitar jalan terdapat mereka yang menjaja durian secara longgok atau timbang. Kebanyakan adalah secara timbang kerana ramai yang makan kulit serta tangkai durian sekali bukan sahaja isi, ini sarkastik.


Memandangkan sudah ramai mula menjadi penjual durian, maka terdapat persaingan. Dari persaingan inilah pelbagai cara dan taktik untuk mendapat keuntungan yang lebih dari penjual lain.

Semua manusia tidak sempurna dengan bantuan syaitan mungkin ada penjual yang akan menggunakan taktik pelbagai. Salah satunya durian mentah iaitu tidak masak namun sudah dijual.

Cara Kenal Durian Sudah Masak

Pengguna, peminat dan penggemar durian yang menjadi mangsa. Jadi, artikel ini boleh dijadikan panduan kepada pembeli durian yang datang bermusim ini untuk mengetahui kriteria buah durian yang benar-benar sudah masak yang dijual.


Goncang Rasa Gegaran
Goncang Rasa Gegaran
1. Rasa gegaran buah apabila digoncang. Teknik ini teknik biasa untuk mengetahui ulas durian di dalam buah sudah masak.

Apabila sudah matang maka biji yang diselaputi isi durian mula berat dan sudah bersedia untuk dimakan.


Cium Aroma Durian
Cium Aroma Durian
2. Mencium pada buah untuk menghidu aromanya. Buah durian memang terkenal dengan aromanya, ada yang menganggap wangi ada juga sebaliknya. Namun, aromanya adalah salah satu ciri-ciri menandakan buah durian sudah masak dan matang.

Jika kurang percaya, bandingkan aroma buah yang masih putik adakah memiliki bau durian ?


Ketuk Dengan Kayu
Ketuk Dengan Kayu
3. Mengetuk buah dengan kayu atau rotan. Teknik ini seiras cara pertama dengan mengoncang. Untuk kepastian bahawa isi dan bijinya sudah bersedia untuk tercabut dari pangsa.

Jika diketuk dan rasa goyangnya isi dan bijinya itu menandakan sudah masak.


Hujung Duri Sudah Lembut
Hujung Duri Sudah Lembut
4. Hujung duri agak lembut apabila durian sudah masak. Perhatikan dan picit hujung duri-duri buah durian. Buah durian yang sudah matang dan masak memiliki hujung duri yang tajam sudah mulai tumpul dan lembut.


Periksa Garisan Pangsa
Periksa Garisan Pangsa
5. Garisan yang memisahkan pangsa-pangsa buah kelihatan agak jelas. Garisan ini biasanya garisan apabila kita ingin mengopek durian. Bahagian ini mula menunjukkan garisan yang agak menonjol menandanya mungkin jika dibiarkan lama akan terkopek sendiri melalui garisan-garisan ini.


sumber: Pendidikan Pemasaran FAMA

Senarai cara mengenali buah durian yang sudah masak di atas adalah berpandukan logik dan pengalaman. Mungkin kita masih ingat akan subjek sains pada bahagian kemandirian spesis tumbuhan.

Lihat Perubahan Fizikal Durian

Buah durian pada azalinya tidak memerlukan manusia untuk menyebarkan biji benihnya, tetapi secara 'letupan'. Dari teori inilah terbentuknya ciri-ciri sudah matang buah durian. 

Biji dan isi yang sudah padat dan membesar, lekatan pada pangsa sudah mula kurang, dan pangsa sudah bersedia untuk 'meletup' untuk menyebarkan biji benih.

Harap 5 langkah mengenali buah durian yang sudah masak ini mampu menyakinkan lagi untuk 'hantu durian' mendapatkan durian yang terbaik dan masak kecuali penjual ada mengopeknya sedikit, namun apa salahnya kita cuba sendiri.

Anda fikir anda tahu 5 Cara Mengenal Buah Durian Masak Di Pasaran ? 

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.