Header Ads

Menginap Di Rumah Warna Warni Masbro Village Homestay Boutique Melaka


"Masbro Village Melaka Review"

Spongebob Squarepants adalah kartun kegemaran penulis. Jika anda peminat spongebob, semestinya anda akan tahu akan konsep dan suasana persekitaran dalam bikini bottom.


Masbro Village Homestay Melaka
Masbro Village Melaka
Sungguh ceria dan bewarna-warni. Itu menjadikan kartun ini lebih menarik selain lawak spastik daripada karakter kartunnya. Malah ada juga peta (map) dalam counter strike yang menggunakan tema warna-warni bikini bottom.


Berpinau biji mata untuk mereka yang menggunakan 'sniper'.

Itu kartun dan permainan yang agak bewarna-warni.

Senibina Kediaman Warna Warni

Gamcheon Village


Gamcheon Village | Google Image
Senibina warna-warni sudah banyak diilhamkan oleh pereka dan arkitek antarabangsa. Rumah yang dicat dengan pelbagai warna seperti di Gamcheon Culture Village di Korea Selatan mendapat tarikan dari warna-warni perkampungan ini.

Dari jauh sudah kelihatan warna merah jambu, warna biru muda, turqoise, dan banyak lagi warna yang begitu 'fotogenik' suasananya. Peminat rancangan variety show Running Man mesti akan pernah terlihat rumah-rumah ini dijadikan kawasan permainan mereka.

Brighton Beach Melbourne Australia


Bath Room Melbourne | Google Image
Rekabentuk rumah warna warni juga berbeza. Jika di Korea Selatan, rumah biasa dengan dinding luar bewarna-warni, di Melbourne Australia pula bentuk segitiga menjadi pilihan.

Tambahan pula dengan panorama tepi laut sekitar Melbourne menambahkan lagi 'striking' pada rumah segi tiga ini. Pasir yang memutih, langit membiru dengan jaluran rumah segitiga yang cukup unik yang diserikan dengan pelbagai warna pada dindingnya.

Rumah-rumah segitiga yang bewarna-warni ini adalah rumah untuk 'membilas' badan setelah puas mandi manda dan berjemur di pantai.

Konsep dan Tema Homestay

Di Malaysia, homestay merupakan salah satu penginapan yang cukup laris pilihan pelancong. Tempatan mahupun luar negara.

Kebiasaan konsep homestay menumpukan kepada satu penginapan yang kelompok yang agak ramai. Bersama keluarga atau rakan-rakan. Lagi ramai lagi meriah.

Apabila sesuatu kawasan penginapan didiami ramai orang yang menginap dengan konsep homestay pula, agak sesuai kawasan berkenaan digelar perkampungan atau 'village'.

Dengan inovasi dari kawasan tarikan Gamcheon Village di Korea Selatan dan tema rumah mandi berbentuk segitiga di Melbourne, di Malaysia pun ada memiliki kriteria penginapan seumpama ini.

Tidak begitu jauh dari Lembah Klang, mukim Paya Rumput dalam negeri Melaka menjadi pilihan kawasan yang diberikan nama

Masbro Village Melaka

Deretan rumah berbentuk segitiga dengan variasi pilihan warna-warni pada sisi luar penginapan.


Kotej Bewarna-Warni
Kotej Bewarna-Warni
Rumah segitiga yang agak luas. Sememangnya untuk inapan beramai-ramai. Unit-unit disambung secara berderet hanya dipisahkan lebih kurang satu kaki untuk setiap unit.


Satu Unit Rumah Segitiga Kuning
Satu Unit Rumah Segitiga Kuning
Penginap akan menjadikan warna ceria dan 'striking' untuk dijadikan pilihan. Contohnya warna seperti merah, kuning dan biru yang mana paling banyak menjadi pilihan.

Rumah Kelabu No 13 Masbro
Rumah Kelabu No 13 Masbro
Bagi percutian kali ini di Masbro Melaka. No 13 dengan warna kelabu berjaya didiami penulis dan rakan-rakan untuk dua hari dan satu malam.


Pandangan Dari 1st Floor
Pandangan Dari 1st Floor
Cukup strategik beberapa langkah dengan cafe dan yang paling penting kolam mandi. Lagi menarik jika pohon kelapa tersebut mengeluarkan buah, lagi masyuk.

Kotej Warna Warni Dua Tingkat

Satu unit rumah/bilik segitiga ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian bawah (ground floor) dan bahagian atas (first floor).


Rumah Warna Pink Masbro
Rumah Warna Pink Masbro
Aras atas dan bawah disambungkan dengan tangga yang agak curam. Sebagaimana kata-kata 'announcer' dalam tren lrt atau komuter di setiap stesen tren. Please Mind Your Step


Tangga Ke 1st Floor
Tangga Ke 1st Floor
Hiasan Dalam Unit Rumah Warna Warni

Pada bahagian ground floor dilengkapi dengan katil sofa (sofa dan katil dalam satu masa). Dua buah katil bersaiz queen pada first floor. Satu katil mampu memuatkan dua orang manusia bersaiz purata warga Malaysia yang tidak obes.


Katil Queen Sized
Katil Queen Sized 
Tidak muat ? Jangan khuatir bawa sahaja tilam atau toto yang mudah alih.


Ruangan Bersama Katil 1st Floor
Ruangan Bersama Katil 1st Floor
Kemudahan Disediakan Di Dalam Rumah Warna Warni

Dua buah pendingin hawa dipasang untuk kedua-dua aras selain dari dilengkapi juga dengan dua buah kipas siling masing-masing pada aras berlainan.


Air-Conditioner
Air-Conditioner 
Keselesaan ketika baring di atas katil atau sofa mungkin akan membuatkan penginap tiba-tiba terlena tanpa khabar berita, apa tidaknya, angin dari air-condition yang dipusarkan leh kipas.


Kipas Siling
Kipas Siling 
Terdapat dua tandas disediakan untuk satu unit rumah, semestinya satu di bawah dan satu lagi dibahagian tingkat atas. Dengan bantuan pemanas air, cukup luas untuk mereka yang kalustrofobia, tidak begitu sempit tandasnya. Dipasang tiga penyangkut pakaian pada dinding. 

Tandas Setiap Floor
Tandas Setiap Floor
Bukti kotej atau rumah segitiga bewarna ini sesuai untuk kedatangan secara berkumpulan dan ala-ala homestay adalah kerana wujudnya lubang soket untuk kegunaan peralatan elektrik yang agak banyak.

Lubang Soket yang Banyak
Lubang Soket yang Banyak
Tidak perlu risau akan perlu menunggu untuk mengecas telefon atau memasang barangan eletrik. Memang cukup untuk kumpulan 5-6 orang.

Ruang Dapur


Ruang Dapur Memasak
Ruang Dapur Memasak
Ruangan dapur disediakan microwave, tersedia sinki dan dilengkapi dengan 'ventilation fan' pada penjuru atas ruangan dapur selain disediakan peti sejuk bersaiz sederhana untuk penyimpanan makanan.


Peti Sejuk Disediakan
Peti Sejuk Disediakan
Ruang Santai

Set Televisyen dengan dekoder astro njoi sebagai 'hiburan' ketika menyimpan barangan atau sebagai ulit tidur.


Set Televisyen dan Astro
Set Televisyen dan Astro
Kebanyakan perabut dan perkakas adalah barangan ikea dan gagal dikesan sebarang peralatan kulinari yang disediakan seperti sudu, garfu, pinggan dan cawan. Maka, ada baiknya bakal penginap membawanya sendiri. Namun, cerek disediakan.

Kapasiti Penginap

Walaupun satu unit rumah ini cukup luas untuk keluarga kecil, namun, dicadangkan untuk satu unit didiami oleh 4 orang maksima penginap adalah 6 orang (termasuk kanak-kanak).
Untuk dua orang tambahan ini akan dikenakan caj bayaran.

Kerangka besi dijadikan 'frame' untuk mengukuhkan unit rumah ini. Namun, dinding dalam dan lantai untuk first floor diperbuat dari papan mampatan habuk kayu yang telah di varnis.

Suasana Laman Luar Masbro Village

Suasana luar ceria di siang hari dan romantik di malam hari. Terserlah suasana dengan pantulan cahaya matahari yang memancar terus ke unit yang bewarna-warni.


Hiasan Luar
Hiasan Luar 
Laluan Jalan Kaki

Dengan berbekalkan lampu ikea, pada waktu malam laluan yang diperbuat dari batu bata merah disinari dengan lampu tergantung dengan jarak yang agak jauh mendatangkan mood dan suasan redup dan tenang.


Suasana Di Malam Hari
Suasana Di Malam Hari
Ditambah pula cahaya di hadapan setiap pintu unit dibiaskan oleh air kolam.

Kolam Renang

Terdapat satu takungan kolam berlatarkan mozek biru. Terletak di tengah-tengah 'kampung' unit-unit kotej warna-warni.


Kolam Renang Masbro Village
Kolam Renang Masbro Village

Dua takungan bercantum dengan masing-masing dengan kedalaman berbeza. Bagi kolam renang dewasa berkedalaman paras dada bagi mereka yang berketinggian 170cm dan untuk kolam renang kanak-kanak mencecah paha manusia berketinggian 170cm. Apa yang pasti kedua-dua kolam hanya paras dada seekor itik.

Kolam Di Tengah - Tengah Kediaman Indah
Kedalaman tipikal mana-mana hotel berkolam renang.

Ulasan Penulis

Dari segi suasana, dekorasi dan susunan luar unit kediaman segitiga dengan warna berbeza memang terbaik.

Persekitaran Indah

Memang kena dengan gaya penulis yang inginkan suasana yang 'camera friendly'. Cukup menarik apabila ditangkap dengan kamera.

Hiasan dalam untuk 'first impression' menyenangkan jiwa penginap. Dengan lampu yang agak romantik dan susun atur perabut dan perkakas yang tidak menyerabutkan ruang pasti penginap sangat berpuas hati dengannya.

Cuma bolehlah disediakan 'utensil' seperti sudu, garfu dan pinggan serta cawan untuk kegunaan penginap.

Dari segi penjagaan kolam, kurang memuaskan, apabila keadaan kolam dipenuhi dengan bilangan pengguna yang ramai, keadaan air kolam mula berubah, sedikit keruh dah terdapat bauan yang kurang menyenangkan menerjah deria bau.

Cafe Tidak Beroperasi

Terdapat cafe (nissa cafe) namun tidak dibuka. Jika beroperasi mungkin memudahkan penginap mendapatkan bekalan makanan di waktu malam apabila tidak mahu keluar ke pekan atau bandar. Jika dilihat dalam galeri blog rasmi masbro nissa cafe memang menyajikan makanan namun ketika penulis menginap, tertutup dan mungkin sudah lama tidak dibuka.

Mungkin akan dibuka nanti, ini akan lebih baik mungkin dengan pakej 'buffet breakfast'.

Kekurangan

Apabila penginap atas berjalan, lantai bahagian first floor akan mengeluarkan bunyi yang mungkin agak mengganggu sedikit. Pada tengah harinya, agak lambat untuk sejuk walaupun dipasang pendingin hawa dan kipas.

Kelebihan

Dari segi suasana, rekabentuk dan hospitaliti masih terbaik. Tidur malam juga nyenyak, air mandi juga laju cuma kekurangan sabun sebagaimana lain-lain penginapan pernah penulis inap. Jika unit-unit bewarna warni ini berada di tepian pantai mungkin lebih menarik.

Informasi Pengunjung

Lokasi 

Terletak di Mukim Paya Rumput dalam daerah Melaka Tengah. Memerlukan 2 jam atau lebih dari lembat klang melalui lebuhraya utara-selatan PLUS.

Keluar Exit Simpang Ampat, dapatkan lebuh AMJ dengan bantuan google maps dan waze, pasti sampai ke destinasi. Berada ditepi jalan lebuh AMJ tidak sukar untuk dicari.

Lot 291, 
Batu 7 ½, Paya Rumput,
Jalan Paya Rumput Perdana, 
76450 Melaka



Harga Bilik

Bilik standard bermula dengan RM280/malam. Caj akan dikenakan untuk penginap melebihi 6 orang termasuk kanak-kanak.

Tambahan RM30 untuk setiap orang.

Penginap boleh membuat tempahan warna apakah warna unit yang anda inginkan.

Waktu Operasi/Urusan

Check In : 3 petang
Check Out : 12 tengah hari

Pakej Lain Disediakan

Family Day. 
Canopy Services. 
Car Rental Services. 
Shuttle Services. 
Private Tour Services. 
Snorkeling. 
Island Hopping. 
Boat Rental Services. 
Meals Above 50 Pax Can Be Arranged.
Brand New Cafe Coming Soon.

Parkir Kenderaan


Kawasan Parkir Masbro
Kawasan Parkir Masbro
Agak luas untuk parkir kenderaan. Terdapat kawasan parkir yang disediakan di bahagian belakang 'village'. Boleh parkir dipadang berumput yang ada. 


Padang Luas Masbro
Padang Luas Masbro
Di bahagian pintu masuk juga terdapat kawasan parkir.  

Secara keseluruhan Masbro Village cukup menarik dan mempersonakan. Jika ditanya adakah penulis akan berkunjung lagi, jawapannya mesti ya.


Jika tidak mengambil kira aspek suhu sekitar mungkin merasakan suasana ala-ala percutian di luar Malaysia.


Ah, apa yang nak dibanggakan luar negara, jika di sini pun ada.



Untuk lebih menikmati (pre-menikmati) tonton video pendek 'walk through' sekitar Masbro Village Homestay Melaka di bawah:




Anda fikir anda tahu Menginap Di Rumah Warna Warni Masbro Village Homestay Boutique Melaka ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.