Header Ads

Senarai Gaji dan Pendapatan Pelumba MotoGP Musim 2018


"Gaji Pelumba MotoGP"

Memandangkan Malaysia sudah memiliki wakil pertama dalam sukan permotoran MotoGP bersama Monster Tech 3 Yamaha Team. Mesti ada yang tertanya-tanya berapakah gaji yang diterima olehnya.


Gaji Pelumba MotoGP
Gaji Pelumba MotoGP
Sukan permotoran sememangnya menjanjikan pulangan yang besar untuk pelumbanya, selain dari kemasyhuran dengan populariti. Jentera yang digunakan pun sudah berapa dilaburkan untuk berjaya menghabiskan satu pusingan di trek.


Dengan tajaan dari pelbagai syarikat permotoran yang ternama dunia, tajaan yang berada di livery motosikal atau baju pasukan itu sendiri bukan calang-calang nilainya.

Sukan permotoran menjanjikan gaji yang lumayan, tidak percaya ? Ikuti senarai gaji pelumba MotoGP untuk musim 2018 dibawah:

1. Marc Marquez Salary : $11.5 Million :Team (Repsol Honda Team)


Marc Marquez
Marc Marquez
Dengan gelaran pelumba motogp termuda memenangi kejohanan MotoGP Dunia.
Dimiliki oleh pasukan Repsol Honda telah memenangi empat gelaran juara Dunia (2012,2014,2016,2017).

Apabila berjaya menjadi juara untuk musim terdahulu dengan 'dogfight' yang begitu sengit dengan Dovi, tahun 2018 dengan mengungguli carta sebagai pelumba motogp paling banyak dibayar.

2. Valentino Rossi Salary : $10 Million :Team (Movistar Yamaha MotoGP)


Valentino Rossi
Valentino Rossi
Boleh digelar sebagai lagenda yang masih bernyawa. Akan menjangkau usia 40 beberapa tahun lagi, VR46 yang juga memiliki pasukannya sendiri iaitu SKY VR46 Racing Team boleh berbangga dengan angka sebegitu.

Dia menandatangani kontrak baharu dengan Yamaha Movistar selama dua tahun iaitu 2017,2018. Dalam 2019, dikatakan mungkin beliau bersara dan menumpukan sepnuhnya kepada pasukannya sendiri.

Jumlah pendapatan ini termasuk 'endorsement earning'. Mungkinkah 2018 kejuaraan dunianya yang ke-10?

3. Jorge Lorenzo Salary : $8 Million :Team (Ducati)


Jorge Lorenzo
Jorge Lorenzo
Juara dunia tiga kali (2010, 2012, 2015) berakhir di kedudukan ke-7 pada musim 2018.
Pertukaran dari Yamaha kepada Ducati merencatkan sedikit prestasinya dimana keserasian bersama jentera ducati baharu ingin bermula.

4. Andrea Dovizioso Salary : $7 Million :Team (Ducati)


Andrea Dovizioso
Andrea Dovizioso
Salah seorang pelumba motogp yang dianggap semakin meningkat prestasinya. Pada musim 2017, dia memberikan saingan sengit kepada marquez sebelum berpuas hati dengan tempat ke dua keseluruhan.

Memberikan komitmen yang tinggi dengan ducati team dari tahun 2013 lagi.

5. Maverick ViƱales Salary : $5 Million : Team (Movistar Yamaha MotoGP)


Maverick Vinales
Maverick Vinales
Seorang 'rookie' yang sememangnya berbakat besar, baharu sahaja dinaikan ke motogp terus berjaya membuktikan bakatnya.

Anak muda Sepanyol yang sememangnya selalu memberikan cabaran dalam setiap perlumbaan bukan sahaja kepada pelumba lain malah turut menyaingi VR46.

Dengan tempat ketiga kesulurhan musim 2017, melayakkannya menaiki aras pendapatan di tempat kelima.

Pendapatan Sebulan ?

Mungkin sekali pandang angkanya mengejutkan dengan perkataan 'million'. Bukan pendapatan bulanan atau mingguan seperti pemain bola sepak dunia.

Ini pendapatan 'lump sum' untuk satu musim atau setahun. Namun, cuba bahagikan dengan 12 bulan, Marc Marquez mungkin mendapat $900k sebulan untuk angka tersebut.

Secara terperincinya tiada sebarang angka rasmi dikeluarkan untuk pelumba motogp. Kebanyakan pendapatan ini tidak tetap bergantung kepada bonus setiap perlumbaan, jika pasukan memberikan bonus untuk berada 10 teratas mungkin banyak bonusnya.

Pendapatan Pelumba MotoGP Lain

Di atas adalah senarai pendapatan 5 pelumba motogp ternama, lain lain pendapatan pelumba motogp sepertimana di bawah:


Senarai Gaji Pelumba MotoGP 2018
Senarai Gaji Pelumba MotoGP 2018
Berapalah agaknya jumlah bayaran kepada pelumba motogp Malaysia pertama, Hafizh Syahrin El-Pescao, HS55 ? hehe


sumber: tsmsportz

Anda fikir anda tahu Senarai Gaji dan Pendapatan Pelumba MotoGP Musim 2018 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.