Header Ads

Jelajah Taman Dinosaur Extreme Jungle Park Di PD Ostrich Show Farm


"Extreme Jungle Park PD Ostrich"

Aktiviti di ladang Ostrich Show Farm Port Dickson bukan hanya untuk melihat lebih dekat haiwan 'rare' seperti burung unta, unta, keldai itu sendiri. Dalam satu tiket pengunjung boleh menambah pengalaman dan pengetahuan baharu yang lain.


Jurassic Park Port Dickson
Jurassic Park Port Dickson
Artikel ini adalah sambungan pengalaman penulis semasa di PD Ostrich Farm, Port Dickson.


Bunyi Ngauman Pelik

Semasa di ladang burung unta ini, pengunjung sebenarnya boleh mendengar sayup sayup dari kejauhan satu bunyi yang agak jarang kita dengan setiap hari. Sedikit bunyian kalau ada yang pernah melihat lembu kurban di kurbankan. Namun, lebih kepada bunyian haiwan pra-sejarah.


Papan Tanda Ke Extreme Jungle Park
Papan Tanda Ke Extreme Jungle Park
Dalam satu tiket, pengunjung berpeluang mengalami 'alam' lain selain memberikan burung unta dan haiwan sebelum ini yang penulis ceritakan, iaitu alam jurassic park. Bunyian yang kedengaran bersama bunyi cengkerik hutan adalah datangnya dari kawasan jurassic park yang juga sebahagian dari PD Ostrich Showfarm ini.

Mencari Alam Jurassic Park

Untuk ke taman jurassic ini, pengunjung perlu menyeberangi jalan raya, hati-hati jika membawa warga emas atau kanak-kanak.


Pintu Masuk ke Extreme Jungle Park
Pintu Masuk ke Extreme Jungle Park
Pandang kiri-kanan sebelum melintas. Pengunjung perlu melalui lorong tepi kandang unta untuk ke sini. Seberangi jalan dan sememangnya akan menemuinya apalagi sahutan dinasour yang memecah kesunyian kawasan ini.

Menaiki ATV (All Terrain Vehicle)

Bagi penggemar kenderaan atv, boleh mencubanya disini. Terdapat atv (all terrain vehicle) yang disediakan kepada pengunjung untuk di sewa. Selain atv, jika malas untuk berjalan untuk menghabiskan trek jurassic park, terdapat kenderaan berupa keretapi (buggy rides) untuk pengunjung. Bayaran sewa tambahan diperlukan.


Sewa ATV Jelajah Jungle
Sewa ATV Jelajah Jungle
Penulis dan isteri ingin merasakan suasana jungle tracking kali ini walaupun berpakaian tidak seperti seorang pendaki.

Setelah selesai menunjukkan kepingan tiket kepada seorang nyonya di kaunter berdekatan, perjalan ke jurassic park yang agak membingitkan telinga ini bermula.

Pengembaraan ke Dunia Dinosaur

Denai dan belukar seumpama hutan kecil dilalui, perhatikan sekeliling, dalam pada masa yang sama ia mampu menguji penglihatan anda. Perhatikan betul-betul dan pasti pengunjung menemuinya. Kelibat pertama yang kami lihat adalah seekor dinasour berleher jinjang, sedang memerhatikan kami. Salah satu replika hasil buatan tangan sekitar tahun 2013.


Dinosaur Leher Jinjang
Dinosaur Leher Jinjang
Ditambah bunyian ngauman dinasour cukup menggambarkan dinasour-dinasour ini cukup mengalukan kedatangan pengunjung.


Seekor Lagi Dinosaur, Triceratops ?
Seekor Lagi Dinosaur, Triceratops ?
Beberapa ekor dinasour berjaya penulis dan isteri temui dan beberapa juga mampu kami tangkap gambarnya bersama. Bagi pengunjung yang alah dengan nyamuk mungkin boleh gunakan 'mosquito repellant' sebagai persediaan, sekadar mengingatkan, maklumlah kawasan belukar, nyamuk memang ada.


Main Sorok-Sorok
Membuat pusingan membulat penulis dan isteri berjaya menghabiskan masa bersama dinosaur-dinosaur kaku ini. Nak lagi nampak betul, bolehlah posing atau membuat video dikejar haiwan pra-sejarah ini untuk kenangan.


Hai Kawan -Kawan
Cukup seronok untuk bermain dengan replika-replika ini selain boleh juga anda menunjukkan bakat spontan bergambar bersama dinosaur, maklumlah, haiwan pra sejarah ini bukan sempat hidup di zaman ini.


Aktiviti Periksa Gigi Dinosaur
Tarian Dinosaur Ketika Musim Menuai
Berakhir satu lagi pengembaraan yang jarang boleh anda lakukan di rumah mahupun di kedai-kedai berhampiran.


Mungkin Ini Mak Dinosaur Hijau
Taman Burung Merpati

Dua lagi 'checkpoint' perlu penulis dan isteri lawati. Salah satunya adalah sangkar burung-burung. Jinak-jinak merpati, itu frasa yang pernah disebut orang dahulu kala dalam mengurat anak dara.


Sangkar Merpati
Burung-burung merpati di sini cukup jinak, jinak jika disogok dengan bijirin sebagai makanan. Pembelian makanan berupa bijirin semasa mula-mula masuk ke PD Ostrich farm tadi masih ada di tangan. Apalagi, tabur tabur seumpama memberi dedak.


Nah Makan Dedak 
Burung-burung merpati jinak ini 'dijaga' oleh seekor burung merpati besar. Kalau ditelannya kami, memang sah menjadi arwah tanpa sebarang amaran. 


Penjaga Sangkar
Namun, usah khuatir, penjaga atau ketua burung-burung ini tidak seganas ketinggian dan kelebaran badannya. Ia adalah replika burung merpati yang agak besar.


'Ibu' Merpati
Nah! Berjaya kami tawan dengan bergambar dengannya.

Taman Kucing Gebu

Tidak jauh dari burung merpati gergasi ini, hanya memerlukan beberapa langkah berjalan.
'Checkpoint' terakhir yang terdapat pada tiket. Memandangkan penulis pencinta kucing dan di rumah terdapat beberaa ekor kucing. Tempat ini menjadi kegemaran.

Beberapa ekor kucing dengan bulu yang gebu dalam pelbagai warna. Memang satu tarikan menarik pencinta kucing, pencinta kucing yang tiada mustang pun teruja.


Dahaga Betul Musim Panas
Ditempatkan di dalam sangkar dengan seorang penjaga dan pemeriksa tiket. Anda boleh memegang, membelai dan memberikan makan kepada kucing-kucing comel ini. Penulis dan isteri yang sudah dewasa pun agak leka bermain dengan kucing yang berbulu lebat dan lembut serta gebu ini, apalagi kanak-kanak.


Bluweek!
Ya..kebanyakan adalah 'grumpy cat' kucing yang gebu serta sombong lagaknya hehe.


Rutin Biasa Seekor Kucing
Boleh melihat telatah kucing-kucing ini bermain, makan dan minum. Terdapat satu gajet atau binaan untuk kucing ini bermain. Ambil sahaja kucing ini dan bermainlah. Seumapama anda menyewa kucing ini, anda kan membayarnya.


Rare Betul Mata Kucing ni
Selesai sudah segala aktiviti yang jarang dilakukan di PD Ostrich Showfarm.

Permainan dan Aktiviti Tambahan

Memang berbaloi, bayaran masuk RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak memang berbaloi dengan segala aktiviti dan pengalaman yang anda perolehi. Bagi mereka yang gemarkan tembak-temak macam dalam permainan Counter-Strike, permainan paintball juga disediakan. Selain dari permainan sunnah iaitu memanah. Pengunjung boleh juga berkhemah, mencuba permainan slingshot (melastik) dan blowpipe (menyumpit).

Harga untuk setiap permainan dan aktiviti tambahan ini adalah berlainan.

Apabila datang ke PD Ostrich Show Farm ini gunakan masa dan aktiviti anda sebaiknya. Memang berbaloi.

Informasi Pengunjung

Lokasi Extreme Jungle Park Port Dickson

Lokasi Taman Burung Unta PD ini tidaklah begitu sukar untuk ditemui. Jika dari arah Lukut atau Lebuhraya Seremban-Port Dickson anda akan menemui ladang ini  selepas Pantai Teluk Kemang.

Boleh membuat carian menerusi alamat di bawah

Lot 1419, 
Jalan Kemang 13, 
Batu 9, 
Jalan Pantai, 
Port Dickson, Negeri Sembilan



Hubungi

Phone : 06-6627496, 018-2078682 (Mobile)
FAX: 06-6625919
Email :  ostrich@9wondersofpd.com

Boleh ditemui di aplikasi waze dan google maps.


Lokasi PD Ostrich Show farm Port Dickson
Harga Tiket

Tiket untuk dewasa RM15
Tiket untuk kanak-kanak RM10

Waktu Operasi PD Ostrich Farm dan Extreme Jungle Park

PD Ostrich Show Farm Port Dickson dibuka setiap hari.
Mula beroperasi pada jam 9.30 pagi sehingga 6.00 petang

Parkir Kenderaan

Kawasan parkir kenderaan agak terhad kerana tiada sebarang kawasan parkir khas disediakan melainkan pengunjung meletakkan kenderaan di bahu jalan berhadapan dengan ladang ini dan bahu jalan sekitar. Jika waktu puncak mungkin akan menyebabkan sedikit kesesakkan untuk keluar masuk.





Anda fikir anda tahu Jelajah Taman Dinosaur Extreme Jungle Park Di PD Ostrich Show Farm ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.