Header Ads

Aktiviti Menarik Di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor


"Pantai Pasir Bogak"

Salah satu pantai yang terdapat di Pulau Pangkor, Perak. Pulau Pangkor adalah salah satu tarikan pelancong sekitar Perak.


Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor
Setiap kali percutian Pulau Pangkor tidak akan sunyi dengan pelancong luar dan domestik.


Sebuah pulau yang terletak di persekitaran Selat Melaka. Cukup indah untuk menikmati pantai yang pasirnya memutih dan lengkap dengan latar belakang hutan hujan yang menghijau. 

Perjalanan penulis dan isteri bermula di Jeti Lumut. Kami bermula dengan menggunakan feri untuk ke Pulau Pangkor. Untuk sampai ke Pulau Pangkor Melalui feri, pengunjung boleh menggunakan dua jeti feri, satu Jeti Lumut dan satu lagi Jeti Pulau Marina.


Pantai Peranginan Pangkor
Sebenarnya, pantai di sekitar Pulau Pangkor sememangnya banyak. Namun, bukan semua yang menjanjikan citarasa yang diingini pengunjung.

Ciri Pantai yang Menarik

Dalam citarasa keindahan pantai, penulis meletakkan satu skala. Skala fizikal. Pasir memutih, berlatar belakangkan kehijauan hutan, laut membiru kehijauan, batuan bewarna jingga gelap sekitar pantai dan kawasan yang luas.


Pantai Pasir Bogak
Dengan kedudukan yang strategik, Pantai Pasir Bogak memiliki kriteria yang disenaraikan di atas.

Sering menjadi pilihan untuk berkelah, mandi-manda, sukan air, berbasikal, dan juga memancing.


Buaian Tepi Pantai
Biasanya pantai ini sering dipilih oleh badan-badan tertentu, atau syarikat serta keluarga menjalankan aktiviti bersama-sama.

Pantai yang Luas

Dengan jarak hampir 1.3km ia cukup luas dan sesuai untuk aktiviti beramai-ramai. Di penjuru kiri bermula dari Hutan Rizab Pangkor Selatan memanjang sehingga Teluk Ketapang.

Dengan populariti Pantai Pasir Bogak ini, terdapat banyak chalet, resort dan hotel di sekitar Pantai Pasir Bogak.

Kali ini, penulis dan isteri menetap di Pangkor Coral Bay Resort yang tidak begitu jauh dari pesisir pantai.


Pangkor Coral Bay Resort
Berjalan tidak sampai 10 minit sudah sampai.

Dengan kedudukan pantai yang menghadap Selat Melaka, lagi menampakkan suasana berada di Pulau.

Apalagi kelihatan Pulau Pangkor Laut di hadapan yang cantik dengan permandangan chalet yang terdapat di Pulau Tersebut.

Aktiviti Menarik Di Pantai Pasir Bogak

Selain dari permainan sukaneka untuk Family day, atau company trip. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pantai Pasir Bogak.


Aktiviti Ride Jet Ski
Berjalan-jalan sepanjang Pantai Pasir Bogak juga salah satu aktiviti popular, dapat menenangkan fizikal dan mental selain menunggu waktu senja dan terbenamnya matahari.


Menadah Mentari Musim Jerebu
Mengelilingi pulau menggunakan bot juga disediakan sesuai untuk membawa anak-anak kecil melihat keindahan alam. Rasai sendiri percikan air laut ke mula apabila bot menghempas alunan air laut.


Bot Sewa Keliling Pulau
Menaiki banana boat atau jet ski, mengelilingi kawasan pantai pengunjung boleh juga menunggang kuda di sekitar pesisir pantai.


Tunggang Kuda
Malamnya boleh ke Teluk Nipah, di mana terdapat mini pasar malam yang menjual pelbagai cenderahati dan alatan berenang dan snorkeling yang pasatinya mampu beli. Seluar pendek, kaca mata hitam dan selipar antara belian laris di sini.

Kemudahan Sekitar Pantai Pasir Bogak

Terdapat lebih dari tiga buah tempat penginapan sekitar Pantai Pasir Bogak. Dengan pelbagai 'rates' dan kesesuaian bajet dengan pengunjung.

Tidak perlu risau akan tempat makan kerana terdapat banyak juga gerai makan dari gerai tepi jalan sehinggalah restoran hidangan keluarga.

KFC pun ada.

Ikan Masin Pulau Pangkor
Bagi yang datang tanpa menggunakan kenderaan sendiri, jika anda ingin bersiar-siar di Pulau Pangkor, ada disediakan motosikal untuk di sewa jika inginkan kebebasan dari menaiki van sewa.


Ole Ole Pangkor
Sebelum pulang pastinya ingin mendapatkan cenderahati sebagai kenangan. Sekitar Pantai Pasir Bogak banyak juga gerai cenderahati yang didirikan untuk kemudahan pengunjung.


Cenderahati Dari Pangkor
Informasi Pengunjung

Terletak menghadap Selat Melaka, Dari jeti cari Jalan Pasir Bogak 15 minit kemudian tanpa aral melintang, sampailah. Dengan jarak 5KM dari jeti.

Alamat

Pantai Pasir Bogak
Jalan Pasir Bogak 
32300, Pangkor,
Perak 

Dapatkan kemudahan laluan ke Pantai Pasir Bogak melalui Waze.


Waze Lokasi Pantai Pasir Bogak Pangkor

Perkhidmatan Feri ke Pulau Pangkor

1. Jeti Lumut, pengunjung akan singgah untuk hentian pertama di Jeti Sungai Pinang Kecil sebelum meneruskan ke hentian terakhir iaitu Jeti Pangkor. 40-50 minit perjalanan.

2. Jeti Pulau Marina, untuk tiket ini agak ekslusif memandangkan pengunjung perlu memiliki keahlian kelab untuk Marina Island Travel Club Card yang valid selama satu tahun, terus ke Jeti Pangkor. 10-15 minit perjalanan.

Harga Tiket Feri ke Pulau Pangkor

1. Jeti Lumut - Jeti Sungai Pinang Kecil - Jeti Pangkor
RM10/orang (dua trip)

2. Jeti Pulau Marina - Jeti Pangkor
Personal Card RM5, Family Card RM10
RM10/orang dewasa, RM5/orang kanak-kanak (dua trip)

3. Barge/Cargo
Bawa motor, RM60/trip

Penginapan Sekitar Pantai Pasir Bogak

Banyak pilihan chalet, resort dan hotel sekitar Pantai Pasir Bogak untuk ditempah.
Dapatkan penginapan dengan harga murah dan diskaun melalui aps agoda di bawah.



Anda fikir anda tahu Aktiviti Menarik Di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor ?

Anda fikir sekali lagi

Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.