Header Ads

Cara Buat Bekas Makanan Kucing Automatik D.I.Y


"Bekas Makanan Kucing DIY"

Sebagai pencinta alam dan fauna penulis memiliki satu masalah. Fauna yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah kucing. Penulis memiliki beberapa ekor kucing yang pada asalnya bukan niat di hati ingin membela kucing akan tetapi, mereka datang sendiri kepada penulis.

Cara Buat Bekas Makanan Kucing
Mereka. Memang banyak ekor kucing yang penulis bela, 4 ekor semuanya.


Masalah utama sebagai seorang traveler dan pembela kucing adalah memberikan kucing makan apabila keluar travel ataupun meninggalkan rumah untuk beberapa hari contohnya balik ke kampung halaman.

Masalah Kekurangan Bahan Makanan Ketika Tuan Tiada

Memang penulis ada meminta tolong dari jiran, namun kadang-kadang agak segan bila selalu minta tolong. Oleh dari permasalahan ini penulis cuba menyelesaikannya dalam bentuk, do it yourself atau d.i.y

Kebanyakan bekas makanan kucing untuk jangka masa lama memerlukan stok simpanan makanan kering (pelet) yang agak banyak sesuai untuk beberapa hari kucing di tinggalkan.

Jadi, penulis gunakan barangan terbuang untuk merealisasikan untuk membuat bekas makanan kucing untuk tinggalan beberapa hari.

Mari kita ikuti perjalanan sebuah bekas makanan kucing semasa tuannya travel.

Cara-Cara Pembuatan Bekas Makanan Kucing Travel.

Bahan-Bahan

1. Bekas air 5 liter
2. Bekas makanan frozen
3. gunting besi (seeloknya mata runcing)
4. tali tangsi
5. Paku (untuk menebuk)

Cara Membuat

1. Potong bekas air yang telah dipilih, dan bukan yang sedang digunakan untuk mengelakkan pergaduhan suami isteri. Ukur tinggi bekas frozen makanan supaya separas tingginya dengan potongan nanti. Untuk ukuran tinggi sebaiknya kurang dari tinggi sebenar bekas frozen.


Potong Bahagian Bawah Botol
2.  Potong mana-mana bahagian hujung bekas frozen, lebih elok jika potongan secara lencong ke bawahselain mengelakkan mudah pecah ia mungkin berguna ketika pemasangan.


Potong Bekas Pelantar
*untuk memulakan memotong bekas air, sebaiknya tebuk lubang kecik pada permulaan untuk memotong sebagai lubang 'pilot' memudahkan untuk meneruskan pemotongan menggunakan gunting.

3. Apabila dua bekas (bekas air 5liter dan bekas makanan frozen) sudah dipotong. Pastikan sudah berkeadaan seperti gambar di bawah. Melainkan kucing anda turut membantu semasa proses pemotongan.


Dua Potongan
4. Apabila kucing anda sudah 'approved' segala proses di atas, bolehlah menebuk sedikit menggunakan paku yang dipanaskan pada kedua-dua bekas. Untuk ikatan dengan tangsi atau tali rafia.

5. Secara 'plug and play' cantumkan sahaja dua bekas bertebuk ini, lakukan modifikasi pada kedua bahagian potongan pada bekas jika terlalu longgar atau ketat.

6. Ikat kedua bekas yang bercantum ini dengan tali (tangsi bagi kes penulis) supaya apabila digunakan nanti ketika proses pemakanan bermula tidaklah kedua-dua bekas berada di dua tempat berlainan.

7. Akhirnya siap bekas makanan ketika tuan kucing pergi travel atau balik kampung.

Bekas Makanan Automatik Sudah Siap

Dengan siapnya bekas d.i.y homemade dengan bahan terbuang, selain mengurangkan sampah sekitar rumah boleh juga mengurangkan kos pembelian kelak.

Bekas Air Automatik
Kini anda boleh travel dengan tenang dan kucing anda juga kenyang. Pastikan gunakan bekas minuman kucing yang tersedia sekali dengan tempat meletakkan muncung botol air yang tahan lama.

Bekas Makanan Kucing Sedia
Cukup untuk Beberapa Hari

Untuk bekas 5 liter dianggarkan boleh memuatkan 3-4 kampit makanan kucing dalam bentuk pelet. Sesuai untuk travel 3-4 hari sahaja.

Anda fikir anda tahu Cara Buat Bekas Makanan Kucing Automatik D.I.Y  ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.