Honda Sonic 150 : Cubaan Honda Meniru Jentera Underbone Suzuki Belang 150R ?




Asia tenggara boleh dikatakan sebagai lubuk kepada motosikal jenis moped dan underbone. Namun ada beberapa negara sahaja di asia tenggara yang begitu aktif memasarkan motosikal moped dan underbone ini.

Salah satunya adalah underbone keluaran suzuki yang seakan design Honda Hurricane V1. Di Malaysia ia dikenali sebagai Suzuki Belang 150R, Indonesia dipanggil Suzuki Satria FU 150 manakala di Filipina dan Thailand jentera ini diberi nama Suzuki Raider 150.

Artikel kali ini bukan difokuskan untuk bercerita mengenai jentera hebat ini. Tetapi untuk bercerita mengenai pencabar terdekatnya keluaran Honda. Sebelum ini rakan seperjuangan bagi suzuki belang dari segi cc nya adalah Yamaha FZ 150 dan Ninja RR 150, dari kapasiti cc nya sama namun designnya berbeza.

Pengeluar Honda juga tidak mahu terlepas peluang untuk bersaing di dalam kategori motosikal underbone berkapasiti 150CC. 

Sebelum ini Honda pernah mengeluarkan underbone Honda Sonic 125 untuk pasaran asia tenggara seperti Singapore, Indonesia, Laos, Cambodia dan Vietnam.Namun model ini tidak berjaya melepasi sempadan Malaysia dan Filipina kerana alasan "safety regulation".Dikatakan spesis Honda Nova (geng geng Honda Hurricane) mempunyai rekod kemalangan yang mencanak angkanya.

Khabar angin mula terasa apabila dikatakan Honda akan melancarkan abang kepada sonic, iaitu Honda Sonic 150R.Namun apa yang dirancang pada bulan ogos 2015 Honda akan mencuba nasib jentera ini pada pasaran Indonesia di mana underbone ini akan dipasangkan di fasiliti pemasangan motosikal Honda Indonesia, Karawang Jawa Barat.

Dengan kejayaan Suzuki Belang 150R sebagai underbone yang boleh dikatakan popular di jalan raya maka Honda cuba untuk melakukan persaingan dengan melancarkan sebuah jentera underbone yang mirip Suzuki Satria ini. Jika dilihat dari rekabentuk awal dari kepala kepada mud guard belakang, saling tidak tumpah dengan Suzuki Belang a.k.a satria. Cuma bentuk petaknya yang membezakan dengan bentuk Suzuki Belang yang lebih "aerodynamic friendly".


Menggunakan sistem Double OverHead Cam (DOHC) juga dengan displacement Cubic Capacity (CC) mirip suzuki belang, 150cc, tidak banyak yang perbezaan yang boleh diperhatikan dimana mempunyai enam transmisi kelajuan.







Seumpama kembar dari ibu bapa berlainan, Honda Sonic 150 menggunakan enjin Honda CBR 150 (indonesia specs), di mana Suzuki Belang menggunakan enjin dari Suzuki FXR150.

Kurang pasti akan dilancarkan di pasaran Malaysia atau tidak atas alasan yang sama dengan Honda Sonic 125.


Perbandingan Spesifikasi, Suzuki Belang 150R vs Honda Sonic 150

SUZUKI BELANG 150R

Engine type : 4-stroke, air-cooled, DOHC
Bore (mm) : 62.0
Stroke (mm) : 48.8
Piston displacement (cm³): 147
Compression ratio : 10.2 : 1
Carburetor : MIKUNI BS26SS
Starter system : Electric & kick starter
Lubrication system: Wet sump Clutch Wet, multi-plate type
Transmission : 6-speed
Drive system : RK428HSB, 120 links
Front suspension: Telescopic, coil spring, oil-damped
Rear suspension : Swingarm type, coil spring, oil-damped
Front brake : Disc brake
Rear brake : Disc brake
Front tire size : 70/90- 17 M/C 38P tube type
Rear tire size : 80/90- 17 M/C 44P tube type
Ignition type : Electronics ignition (CDI)
Spark Plug : CR8E or DENSO U24ESR-N
Battery        : 12V 20.5KC (5.7AH) / 10HR
Headlight : 12V 32/32W + 18/18W
Fuel tank : 4.9 litres
Engine oil : Without filter change – 1,000ml
With filter change : – 1,100ml
Overall length : 1,960 mm
Overall width : 650 mm
Overall height : 980 mm
Wheel base : 1,280 mm
Kerb Weight : 108 kg
Power           : 16.5ps@9500rpm / 12.76kw@9500rpm
Max Torque      :  not known
Suzuki Belang R150 Top Speed: 140km/h (equivalent to Yamaha 135LC at 180km/h) look below for comparison.



HONDA SONIC 150

Panjang x lebar x tinggi (mm) : 1.941 x 659 x 977 (mm)
Sumbu roda : 1.275 mm
Tinggi jok : 754 mm
Ground clearance : 140 mm
Berat : 114,2 kg
Diameter x langkah : 57,3 x 57,8
Kapasitas : 148,2 cc
Tipe mesin : 4-tak, DOHC, berpendingin air
Perbandingan kompresi : 11,3:1
Power maksimum : 11,5 kW/9.000 rpm
Torsi maksium : 13,5 Nm/8.500 rpm
Kapasitas tangki bensin : 4,3 liter
Rem depan-belakang : Rem cakram
Ban depan-belakang : 70/90-17 (depan) – 80/90-17 (belakang)

adakah honda sudah kekeringan idea dan inovasi dalam pembikinan jentera underbonenya ? Jadi terpulang kepada anda untuk memilih yang original atau tiruan.

anda fikir anda tahu Honda Sonic 150 : Cubaan Honda Meniru Jentera Underbone Suzuki Belang 150R ?

anda fikir sekali lagi.....

assalamualaikum....




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. design dah cun...boleh jadi pencabar kuat BELANGians ni

    BalasPadam
  2. still ada honda hurricane 110,trjga dngan baik,tp tngok sonic terliur lh plak...

    BalasPadam
  3. Salam..ni bukan kes tiru meniru..hentikanlah pemikiran begitu..ni kes "DI PATEN KAN" bila reka bentuk di patenkan dan melepasi piawai jalan raya dan melepasi spek EURO 1,2,3... barulah paten casis tu di produksi kan untuk skala besar kat kilang. dan pemaju syarikat lain pun mendapat kemudahan dan pilihan untuk memakai paten apa yang diorang nak..kalau anda tahu bab ni anda akan tergelak bila orang lain sembang-sembang pasal tiru meniru ni..Dengan Paten yang sama tetapi pengeluar berbeza Jenama dalam bidang yang sama itu adalah Persaingan sesama mereka.bukan sbb tiru meniru...lol

    BalasPadam