Ads Top

Cara Mengikat Tali Kasut Secara Kreatif dan Inovatif


"Cara Ikat Tali Kasut Simple"

Kadang-kadang boring jugak tengok tali kasut yang sama setiap hari. Biasanya orang ikat tali kasut ala-ala pekerja kapal laut ikat kapal kat pelabuhan.

Namun di zaman serba kepelbagaian bio ni makin banyak idea kreatif untuk ikatan tali kasut untuk kasual mahupun urusan dengan seri paduka baginda.



1. Ikatan Ladder

Berbentuk tangga memang sesuai bagi mereka yang bersemangat waja. Usaha tangga kejayaan.




2. Ikatan Zipper


Dengan urutan seumpama zip seluar, kemas dan segak nampak bila melihatnya. Memerlukan kesabaran yang cukup tinggi memulakannya.




3. Ikatan Double Back


Nampak simple namun ia masih mempunyai ciri-ciri rumit. Biasa digunakan oleh orang ramai dan rakyat jelata.




4. Ikatan Loop Back


Sebagaimana Double Back namun lebih merumitkan ikatan dibahagian hadapan kasut.




5. Ikatan Bushwalk


Tiada kaitan dengan lemparan selipar ke arah bush. Namun, mungkin sesuai untuk perjalanan semak samun. Memudahkan untuk mengharungi semak memandangkan talinya rapat ke kasut. Tiada lalang akan terlekat.




6. Ikatan Sawtooth


Ikatan yang agak kiut. Selang seli antara garisan melintang dan sudut 45.
Nampak sedikit pemakainya yang ranggi untuk ke Pavillion.




7. Ikatan Footbag


Bagi mereka yang inginkan kelainan, ikatan ini menarik.
Ingin lari dari ikatan tali kasut biasa, nah untuk anda.




8. Ikatan Display


Ikatan ini adalah paling ramai gunakan, termasuk penulis. Cukup senang dan nampak biasa sahaja. Sesuai bagi mereka yang baharu sahaja menggunakan kasut bertali.




9. Ikatan Hash


Pernah dengar akan perkataan 'hashtag' inilah aplikasinya.
Agak sama dengan display namun ia lebih kepada bersilang.




10. Ikatan Twistie


Bunyinya agak kiut dan keremajaan. Ikatannya agak pelik. Bersimpuldan berpintal.
Penulis rasa sesuai untuk geng hippie (bukan hipster) dan jenis kasut yang kecil.




11. Ikatan Hidden Knot


Cubaan menyorokkan silangan ikatan. Jika di dalam tren semasa berdiri, ia boleh memukau mereka yang memandang ke kasut anda. Juga boleh digunakan sebagai penghapus masa ketika lama berdiri, mencari arah simpulan. Penulis terlihat nombor 2, 5 dan 9 dalam ikatan ini.




12. Ikatan Riding Bow


Seumpama dua bahagian satu di atas dan satu lagi di bawah.
Sesuai untuk kasut jenis high cut kerana ia mematikan simpulan di tengah-tengah.
Jarang berlaku aksi sebegini.




13. Ikatan Checkerboard


Daya kreatif yang sudah mencapai tahap memancar di dahi cahayanya.
Masa yang banyak diperlukan namun hasil yang menarik. Memang unik. Apalagi jika anda ke litar lumba. Nanti kru di litar mungkin tertukar dengan bendera.




14. Ikatan Lattice


Dengan ikatan ini daya kreativiti anda akan diransang. Hati-hati ketika membuat silangan risau kalau kalau tersilang jari anda. Menarik!




15. Ikatan Bi-Colour


Seakan ikatan Hidden Knot tetapi berbeza kerana penggunaan dua warna tali.
Sesuai bagi mereka yang memiliki kegemaran dua warna. Lebih ranggi dan kasual untuk kasut yang menarik.




SNE 41C62 Men Casual Shoes Men

SNE 41C62 Men Casual Shoes Men
Casual Sneakers / Sneaker Kasut Lelaki Kasut Jalan Lelaki.

Buy Here



Anda fikir anda tahu Cara Mengikat Tali Kasut Secara Kreatif dan Inovatif  ?

anda fikir sekali lagi.....

assalamualaikum....



Tiada ulasan:

Semua komentar adalah tanggungjawab pemberi komentar sendiri sebarang komen yang melanggar tatasusila dan melanggar segala polisi kemanusiaan di internet adalah tanggungjawab pemberi komentar itu sendiri

Dikuasakan oleh Blogger.