Main Game Pixels Dapat Kripto Percuma Tukar Kepada USD Tanpa Modal

Dunia kripto ramai yang beranggapan adalah Bitcoin (btc) semata-mata. Namun, bagi yang memahami dunia kripto, ia adalah satu ruang dan peluang untuk jana pendapatan bukan sahaja melalui belian, jualan dan dagangkan kripto.

Pixels Game Jana Kripto Kepada USD
Pixels Game Jana Kripto Kepada USD


Dalam dunia kripto, bermain permainan (game) juga boleh jana wang. Dalam ekosistem ini dinamakan dunia 'metaverse' dalam kategori permaianan.


Game Pixels Metaverse Kripto

Salah satu game yang semakin popular kini adalah Pixels. Satu permainan yang cukup mudah untuk dimainkan, tanpa perlu muat turun aplikasi, boleh dimainkan di desktop secara online (atas talian).

Pixels start game
Pixels start game


Permainan Internet Jana Duit USD

Apa yang menarik dengan game Pixels adalah pemain boleh jana pendapatan tanpa modal melainkan penggunaan internet atau data plan sahaja.

Terravilla Map Pixels
Terravilla Map Pixels


Gameplay cukup mudah. Tidak memerlukan anda untuk berperang atau terlalu fokus dalam permainan sehingga tiada masa. Jika anda pernah bermain Farmville suatu ketika dahulu pasti akan lebih mudah memahami gameplay dalam Pixels.

Muat Turun dan Daftar Ronin Wallet untuk Login Game Pixels

Pemula permainan Pixels perlulah memiliki eWallet Ronin dahulu. Tidak begitu sukar untuk mencipta wallet Ronin, hanya lengkapkan muatturun dan cipta 'extension' pada browser Google Chrome anda sebagai ID untuk login.

Sudah login dengan Ronin wallet untuk bermain Pixels, bermaksud anda sudah bersedia untuk memulakan permaian di Pixels dan jana pendapatan dalam bentuk USD.

Ronin Wallet Google Chrome Extension
Ronin Wallet Google Chrome Extension


Cara untuk anda mendapatkan duit melalui permainan ini adalah dengan melakukan misi (mission) atau arahan (orders) yang terdapat di Barney's Store. Akan terdapat arahan untuk anda cipta sesuatu item (barangan) dan dengan jumlah tertentu anda akan diberikan koin Pixels.

Kumpul Koin Pixels Sebelum Transfer ke Wallet Ronin

Apabila sudah cukup 20 Pixels, anda boleh transfer koin tersebut ke wallet Ronin melalui alamat wallet anda. Dari wallet Ronin anda boleh transfer pula koin ini ke alamat exchanger yang ada membuat penyenaraian koin Pixels, seperti Binance dan Bybit.

Kumpul token/koin Pixels ini untuk ditukarkan kepada duit USD di exchanger atau tempat beli/jual/trade kripto seperti Binance atau Bybit. Buat tukaran kepada USDT dan secara langsung anda sudah mendapat duit dalam bentuk USD.

Cara Dapatkan USD Melalui Game Pixels

Penulis ringkaskan cara untuk daftar dan memulakan game Pixels.

1. Cipta dan daftar wallet Ronin. Cari extension wallet Ronin di Google Chrome (penulis sarankan gunakan browser ini.)

2. Masuk ke Pixels.xyz dan login melalui Ronin Wallet extension.

3. Terus masuk 'Play Game'. Cari Buck's Galore. 

Bucks Galore Pixels
Bucks Galore Pixels


4. Lakukan misi dan orders. Contoh, tanam Popberry sebanyak 50 biji, anda akan dapat 1 Pixels, atau buat stick sebanyak 200 sticks anda akan dapat 1 Pixels Coin, dan teruskan misi-misi lain.

5. Simpan Pixels anda. Daftar dan masuk tempat beli kripto, cari koin Pixels dan jual dalam bentuk USDT dan withdraw ke akaun bank.

Pixels Coin Trade in Binance
Pixels Coin Trade in Binance


Tiada Memerlukan Modal Permulaan untuk Bermain

Setakat ini dari pengalaman dalam bermain game Pixels, penulis tidak pernah mengeluarkan satu sen pun sebagai modal untuk permainan Pixels ini, melainkan data internet yang digunakan.

Anda fikir anda tahu Main Game Pixels Dapat Kripto Percuma Tukar Kepada USD Tanpa Modal ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan