Jenis Buah-Buahan Semulajadi untuk Elak Buah Pinggang (Ginjal) Daripada Rosak Secara Detox

Apabila ginjal atau buah pinggang sudah rosak, ia agak sudah terlambat. Sebelum sampai tahap rosak sehingga memerlukan buah pinggang di buang atau paling pra-terlambat adalah sudah perlu di dialisis yang agak melecehkan.

Senarai Buah-Buahan Detox Buah Pinggang Terbaik
Senarai Buah-Buahan Detox Buah Pinggang Terbaik


Jom ketahui kaedah dan cara semulajadi untuk menjaga dan melindungi ginjal atau buah pinggang dari rosak. Antara buah-buahan ini cukup mudah untuk di dapati tidak kira ditanam di belakang rumah, malahan kedai runcit pun ada.


Buah-Buahan Semulajadi untuk Detox Buah Pinggang

1. Buah Tembikai

Kehadiran anthocyanin, citrullin, lycopene dalam buah tembikai menjadikan buah tembikai adalah 'pembersih' ginjal terbaik dari segi pemakanan semulajadi. 

Kesihatan ginjal biasanya berkaitkan jumlah air yang ada dalam badan, kerap minum air putih mampu memberikan kesihatan kepada ginjal, dalam isu ini buah tembikai memiliki kandungan air yang banyak, sekali gigit meleleh di tepi mulut.

'Detox' buah pinggang memerlukan jumlah air yang mencukupi.

2. Buah Nanas

Juga memiliki kandungan air yang banyak dalamnya, memudahkan 'detox' pada organ ginjal atau buah pinggang. Jika banyak air bermaksud terdapat sesuatu yang menyimpan air tersebut, serat.

Nanas juga kaya dengan serat, serat cukup baik untuk badan.

Kewujudan 'bromelain' dalam buah nanas menjadi agen anti keradangan. Buah nanas boleh dijadikan sebagai pelindung sebelum buah pinggang atau ginjal mula kurang cergas fungsinya.

3. Buah Epal

Pernah dengar akan frasa, "one apple a day, keeps the doctor away", menjadi pelengkap kepada kepentingan khasiat buah epal untuk penjagaan ginjal yang sihat.

Kandungan 'quercetin' dan 'pectine' dalam buah epal mampu memberikan perlindungan dan kesihatan pada ginjal selain, kandungan air dan serat pada buah epal.

4. Buah Lemon

Keajaiban Allah s.w.t terbukti dari kelebihan buah lemon. Buah lemon yang memiliki asid sitrik (citric acid) walaupun berasid namun apabila berada di dalam badan manusia pHnya berubah kepada ciri-ciri alkali.

Cara gunakan buah lemon untuk kesihatan ginjal adalah sebaiknya, kisar keseluruhan buah lemon termasuk empulur warna putih apalagi termasuk kulitnya, untuk ubat.

Turut kaya dengan vitamin C.

5. Buah Anggur

Apa yang menjadikan buah anggur cukup baik untuk ginjal adalah kehadiran 'resveratrol' yang ada pada buah anggur. Resveratrol cukup baik untuk proses 'detox' buah pinggang kita.

Jika diekstrak 'resveratrol' pastinya mahal dalam bentuk tablet atau pil.

6. Buah Betik

'Papain' nama yang agak sama dengan namabuah betik dalam bahasa inggeris, papaya yang merupakan salah satu agen pembunuh kesakitan atau 'pain killer', pain killer semulajadi.

Selain dari kehadiran papain dalam buah betik, ia cukup tinggi dengan vitamin C.

7. Buah Pisang

Menurut kajian, buah pisang juga mampu menjadi agen nyahtoksin (detox) untuk buah pinggang yang sihat. Selain dari memberikan tenaga mungkin kerana terdapat kandungan isotop radioaktif di dalamnya.

sumber: Youtube DND

Penjagaan Ginjal Melalui Kaedah dan Cara Semulajadi

Buah pinggang adalah satu organ pinjaman dari Allah s.w.t yang cukup penting. Sebelum minum air dari paip pun kita memerlukan penapis (filter). Sanggup bayar bulanan untuk penapis air yang mahal walaupun ada Midea X11 Water Dispenser yang hanya sekali bayar.

Selain dari untuk jualan jika ingin membeli iPhone 15 Pro Max, gurau saja, jangan dibuat! 

Jagalah ginjal (filter) yang diberikan percuma oleh Pencipta kita. Lindungilah secara nyahtoksin (detoks) penapis badan semulajadi kita dengan buah-buahan yang disenaraikan di atas.

Anda fikir anda tahu Jenis Buah-Buahan Semulajadi untuk Elak Buah Pinggang (Ginjal) Daripada Rosak Secara Detox ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan