Tips Persediaan Sebelum Berada Dalam Situasi Banjir

Di Malaysia banjir bukanlah sesuatu yang asing, kerana kedudukan Malaysia adalah laluan angin dari hemisfera utara ke hemisfera selatan dan sebaliknya.

Tips Sebelum Hadapi Banjir Besar
Tips Sebelum Hadapi Banjir Besar

Hujung tahun kebiasaannya banjir akan melanda bahagian pantai timur Malaysia, dari zaman penulis kecil lagi ia musim biasa.


Namun, ada juga kawasan yang selalu banjir meskipun tidak terikat dengan keadaan monsoon, seperti banjir kilat dan banjir termenung.

Panik Ketika Air Banjir Mula Naik

Kenaikan paras air banjir yang terlalu mendadak akan menghadirkan rasa panik kepada bakal mangsa.

Bila panik berlaku maka banyak masalah akan berlaku apabila 'sedang' menghadapi banjir dan sudah berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir.

Jadi, terdapat beberapa tips dan panduan persediaan dari segi minda dan barangan penting ketika menghadapi banjir.

Persediaan Awal Sebelum Banjir Tiba

Penulis senaraikan beberapa barangan persediaan sebelum berada dalam banjir besar yang memerlukan kita berpindah.

1. Penyimpanan Dokumen Penting

Dokumen penting seperti kad pengenalan, passport, lesen memandu, surat beranak, geran rumah, geran kenderaan dan dokumen yang penting sepertinya perlulah disimpan di dalam satu beg kalis air.

2. Pusat Pemindahan Terdekat

Pastikan anda tahu dimanakah lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terdekat anda. 

Setiap kawasan apalagi kawasan yang sentiasa mengalami banjir akan ada satu kawasan pusat pemindahan sementara seperti dewan orang ramai, balai raya atau sekolah yang telah dikhaskan oleh NADMA.

Pastikan anda ada nombor untuk dihubungi.

3. Sediakan Air Bersih

Sebelum ada tanda tanda berlakunya banjir, bolehlah menyimpan dalam baldi atau botol-botol mineral air yang bersih untuk kegunaan terhad sebelum dipindahkan ke PPS.

4. Siap Sedia Pindah

Anda sudah memiliki nombor untuk dihubungi apabila berlaku banjir yang menyebabkan anda terperangkap. Hubungi nombor terbabit untuk dipindahkan.

Jika masih tiada nombor untuk dihugbungi boleh buat panggilan kecemasan kepada talian kecemasan kebangsaan 999 untuk tindakan lanjut.

5. Powerbank dan Simpanan Bateri

Jika berlaku banjir keseluruhan kawasan, masa yang diambil untuk dipindahkan mungkin lama. Apabila berlaku banjir pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) akan memutuskan talian elektrik untuk keselamatan supaya tiada mangsa yang terkena renjatan elektrik ketika banjir.

Memiliki bateri telefon lebih dari satu adalah keutamaan dan powerbank juga penting untuk kegunaan alatan telkomunikasi.

6. Pastikan Barangan Kecemasan Mencukupi

Barangan ketika menghadapi bencana amat penting kerana anda akan bergantung kepada barangan dan alatan ini.

Sebagai contoh alat telekomunikasi, wisel, first aid kit dan beberapa alatan lain.

Panduan Elak Panik Ketika Terpaksa Berpindah Ketika Banjir

Tips ini adalah persediaan awal sebelum menghadapi banjir besar dikawasan anda. Bagi mengelakkan berlakunya keadaan panik apabila air banjir mula menenggelami kawasan anda tinggal secara mendadak.

Anda fikir anda tahu Tips Persediaan Sebelum Berada Dalam Situasi Banjir ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan