Cara Kenali Fizikal Ikan Tidak Segar Bahaya Untuk Di Makan

Ikan adalah sumber protein yang kaya dengan zat. Apalagi untuk kecerdasan dan banyak khasiat dari protein jenis daging putih ini.

Ciri Fizikal Ikan Tidak Segar Dimakan
Ciri Fizikal Ikan Tidak Segar Dimakan

Dalam banyaknya zat ikan akan ada tempoh luputnya juga jika tidak dimakan dengan cepat. Bagi mengelakkan tertipu dan kurang pasti akan kesegaran ikan yang ada dihadapan anda untuk dibeli.


10 Ciri Ciri Ikan yang Sudah Tidak Segar Di Makan

Penulis senaraikan beberapa kriteria dan tanda-tanda ikan yang sudah tidak segar untuk dimakan 

1. Keadaan Mata Ikan

Mata Ikan Segar
Mata Ikan Segar


Ikan segar biasanya akan kuning atau putih. Jika kelihatan merah seumpama bangun awal kerana tidur lewat kerana layan bola sepak itu tandanya ikan tersebut mula tidak segar.

Kapilari darah mula pecah dan merebak.

2. Lihat Pada Bahagian Insang

Insang Ikan Segar
Insang Ikan Segar


Insang merupakan organ pernafasan untuk ikan. Kehadiran darah pastinya banyak di kawasan ini dalam proses pengangkutan oksigen ke seluruh badan.

Kehadiran darah menandakan ia masih segar dan kelihatan merah pada insang, mungkin baharu saja mati.

Apabila sudah didapati insang mula kecut dan bewarna lain itu tandanya pereputan ikan sedang berlaku.

Bewarna coklat, kelabu dan mengering.

3. Lihat Pada Mulut Ikan

Mulut ikan juga boleh dijadikan tanda ikan segar atau tidak. Namun, tidak menepati kadar ketepatan yang tinggi.

Pastinya ikan yang mulutnya terbuka luas petanda ikan sudah tidak segar.

4. Lihat kondisi perut

Perut Ikan Segar
Perut Ikan Segar


Bahagian perut ikan terdiri daripada sistem pencernaan yang banyak bahagian yang mudah membusuk.

Jika masih kental dan kenyal ikan masih elok dan baik.

Apabila ditekan sudah merasai lembik dan keluar cairan itu penanda ia sudah tidak segar.

5. Bahagian Ekor Ikan

Ikan yang sudah segar akan keras ekornya (bukan kerana kejang sejuk ais). Ia sudah sukar untuk dilenturkan. Namun, apabila sudah lembik ekornya maka ikan itu sudah tidak segar lagi.

6. Warna Asal Berubah Pucat

Warna Ikan Segar
Warna Ikan Segar

Kehadiran bakteria dan kuman punca ikan tidak segar, maka warna asal ikan mula berubah melainkan memang warna ikan tersebut sudah pucat.

Darah dalam ikan mula mengering atau hilang telah menyebabkan pucat pada warna ikan berlaku.

7. Terapung Dalam Air

Kehadiran mikroorganisma yang sedang enak memakan ikan dalam proses perebutan menyebabkan mereka 'kentut' dan 'sendawa' maka gas yang keluar akan menjadikan ikan mudah terapung.

Apalagi isi ikan yang sudah hilang dimamah mikroorganisma penyebab ikan menjadi tidak segar.

8. Sisik Mudah Tanggal

Bagi ikan bersisik, sisiknya mudah tanggal walaupun tidak di sental atau digores dengan pisau atau alat keras.

9. Berbau Busuk

Ini adalah petanda signifikan untuk ikan tidak segar, perut sudah lembik, warna sudah pucat petanda aktiviti mikroorganisma dalam badan ikan sudah dalam fasa pesta.

Maka kehadiran bau busuk petanda besar ikan sudah tidak segar.

10. Dubur Ikan Pecah dan Meleleh

Dubur Ikan Tidak Segar
Dubur Ikan Tidak Segar

Apabila keluar najis ikan (bewarna kelabu) secara sendirinya pasti itu petanda ikan sudah tidak segar lagi.

Injap dan organnya sudah mula rosak kerana pereputan.

Kejadian Pereputan Pada Ikan Kerana Mikroorganisma

Secara fizikalnya ikan yang tidak segar adalah bermula apabila proses pereputan berlaku kepadanya.

Dengan kehadiran mikroorganisma pereputan yang sedang enak berpesta memakan ikan maka terdapat petanda yang hadir pada fizikal ikan tersebut.

Dari tekstur dan kelihatan inilah kita boleh buat pemilihan yang segar untuk di makan dan buang sahaja ikan yang busuk dan buruk untuk kegunaan lain.

Anda fikir anda tahu Cara Kenali Fizikal Ikan Tidak Segar Bahaya Untuk Di Makan ?

Anda fikir sekali lagi...

Catat Ulasan

0 Ulasan