Header Ads

Bihun Celup Selera Kelate Cafe Berjaya Park Seksyen 32 Shah Alam

 

"Bihun Celup Berjaya Park"

Bagi anak perantau dari Kelantan, apabila ternampak atau diberitahu akan kedai menyediakan menu berkuah seperti mi celup atau megi celup, terus kecur air liur.

Bihun Celup Selera Kelate Cafe Shah Alam
Bihun Celup Selera Kelate Cafe Shah Alam

Apalagi bila anda dimasa kanak kanak dahulu memang telah terbiasa dengan menu ini. Banyak sebenarnya kedai makan yang menjadikann hidangan celup ini sebagai hidangan utama mereka di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam ini, namun dari segi rasa banyak berbeza.


Kedai Mi Celup Di Shah Alam

Ada yang 'ceroi' (jernih) kuah celupnya, ada yang tidak pedas, ada yang seperti sup biasa, walaupun banyak kedai megi atau mi celup di sekitar sini masih agak jauh standardnya dengan hidangan asal.

Namun, penulis ada menemui satu kedai makan yang menyediakan hidangan berkuah celup-celup versi Kelantan ini di sekitar Kota Kemuning, Shah Alam.

Kedai ini dinamakan Selera Kelate Kafe

Selera Kelate Cafe Shah Alam
Selera Kelate Cafe Shah Alam

Lebih tepat kedai makan ini berada di kawasan Berjaya Park, Seksyen 32 Shah Alam. Dari pengamatan penulis, ia adalah kedai baharu yang menggantikan satu restoran Western Food.

Lokasi Kedai Mi Celup Berjaya Park

Kedudukan agak strategik kerana menghadap jalan besar dan bersebelahan dengan Pasaraya 99 Speedmart Berjaya Park.

Apa yang ingin kongsikan adalah menu yang ada di kedai makan ini. Ya, terdapat hidangan celup celup versi pantai timur.

Meskipun baharu sahaja dibuka, meja yang ada sering silih berganti pengunjung, mesti ada yang menjadi tarikan pengunjung.

Menu Celup Di Kedai Ini

Pelbagai jenis mi yang boleh dipesan disini untuk menikmati hidangan celup. Antara menu hidangan celup yang ada dalam menunya adalah;

Mi Celup

Megi (Maggi) Celup

Bihun Celup

Kuetiau Celup

Itu antara hidangan celup pilihan yang boleh dipesan.

Ramuan dan Bahan Dalam Bihun Celup

Kali ini penulis memesan bihun celup dan seperti biasa isteri penulis dengan kuetiau celupnya.

Bihun Celup Selera Kelate Cafe
Bihun Celup Selera Kelate Cafe

Basahkan saluran pemakanan (eosfagus) dengan teh o ais limau. Mari kita lihat apa yang ada pada satu hidangan bihun celupnya.

Bihun Putih

Kuah Kicap

Sambal Lada

Sayuran

Limau Nipis

Perencah sampingan pula adalah seperti biasa apabila menikmati hidangan celup adalah;

Perisa Tambahan Sup Celup Kelantan
Perisa Tambahan Sup Celup Kelantan

Serbuk Lada

Lada Jeruk

Garam

Kali pertama berada didepan mata, memang menyakinkan fizikalnya adalah bihun celup.

First Impression Bihun Celup

Kuah Gelap Signature Sup

Kuah bewarna yang memenuhi hampir satu mangkuk. Bahagian atas dihiasi dengan sambal lada yang masih merah dan berbiji, menatap si pemakan agak garang.

Hiasan Atas Hidangan

Warna hijau dari taburan daun bawang, serta daun sup dihiasi dengan bawang goreng untuk hiasan atas.

Sayur Dalam Bihun Celup
Sayur Dalam Bihun Celup

Apa yang pasti sayuran juga ada dalam hidangan ini yang memberikan nutrisi serat untuk satu hidangan.

Lauk Dalam Bihun Celup

Lauk Ayam Bihun Celup
Lauk Ayam Bihun Celup

Masih belum terlihat kelibat bihun, apabila dikaut dengan garfu, nah tersembul bersama isi ayam, daging dan sebiji bebola daging bersama bihun yang kian mengembang. 

Itu adalah sebahagian 'first impression' untuk bihun celup yang baharu sampai di meja penulis.

Apakah Rasa Bihun Celup Ini ?

Stim dan bau kuahnya terus memasuki rongga bau penulis. Terus rasa mahu menitik air liur. Jangan lupa untuk gaulkan semuanya hingga perpaduan segalanya terbentuk dan perah limau nipis. 

Tanpa lupa membaca bismillah, penulis terus mencuba bihun celup ini.

Bihun Dalam Bihun Celup
Bihun Dalam Bihun Celup

Pada suapan pertama, sesuap bihun memenuhi mulut, ketika bihun masih leka di dalam mulut, penulis kejutkan bihun dengan hirupan kuahnya.

Wow! menyengau rasanya cukup. Terbaik!

Rasa Kuah Celup 

Kuah Sup Celup Gelap
Kuah Sup Celup Gelap

Berulang kali penulis membuat perlakuan hirupan kuah, cukup lengkap rasanya. Masam, manis, masin dan aroma sos ikan hadir dalam satu rasa.

Diikuti oleh rasa pedas dan suam kuahnya yang menambahkan lagi kehangatan hirupan bihun celup di depan mata.

Kuah Pekat Berperisa

Kuahnya tidak cair atau ceroi, segala bahan yang diperlukan dalam bihun celup dirasai kehadiran mereka.

Bagi penulis, tiga bahan penambah yang ada di atas meja sekian lama agak tidak diperlukan. Dalam satu mangkuk hidangan ini sudah ada pelbagai rasa dan aroma.

Mungkin sedikit lada jeruk boleh ditambah untuk memperkayakan lagi rasa pedas dan masam.

Portion Lauk Dalam Hidangan Banyak

Sesuatu yang boleh dipuji selain kuahnya yang 'kaya' perisa adalah portion lauk yang agak banyak.

Untuk harga sebegini, berbaloi (rujuk harga dibawah).

Seperti biasa apa yang ada di dalam mangkuk hilang tanpa dikesan melainkan memasuki tangki perut penulis.

Markah [4.5/5.0]

Kepedasan dan kepanasan telah menyebakan segelas teh o ais limau dalam gelas aiskrim gagal bertahan lama.

Suasana Dalam Kedai

Ditambah dengan suhu dalam kedai yang agak panas dan kehadiran angin gagal dikesan, apalagi ketika waktu tengah hari.

Suasana Dalam Kedai
Suasana Dalam Kedai

Selain dari hidangan mi celup, megi celup, bihun celup terdapat hidangan lain seperti nasi ayam dan nasi kerabu.

Majoriti yang datang makan disini memesan menu celup. Boleh penulis simpulkan bahawa menu utama di sini adalah hidangan celup.

Keadaan kedai agak sempit dan panas. Keselesaan agak kurang apabila datang makan ketika waktu sesak.

Dalam fikiran penulis, mahu sahaja angkat mangkuk, kerusi dan meja ke bahagian luar kedai. Apalagi sedang menikmati hidangan yang panas dan pedas.

Suasana agak malap walau ketika siang, risau juga jika ada lauk lebih yang tanpa diundang ke dalam mangkuk. Terhad bilangan pelanggan untuk makan dalam kedai, bungkus bawa balik lebih baik.

Markah [2.5/5.0]

Harga Semangkuk Bihun Celup

RM6.00/mangkuk

Dari segi harga, bagi penulis cukup berbaloi. Kenyang dan banyak lauknya selain dari mampu mengembalikan kenangan menikmati hidangan mi atau bihun celup original ketika di Kalantan.

Dengan harga sebegitu memang berpatutan dengan apa yang penulis nikmati.

Markah [4.5/5.0]

Kawasan parkir biasalah kalau kedai makan yang terletak dalam kawasan rumah kedai, agak terhad.

Memerlukan sedikit iltizam dalam parkir kenderaan.

Memandangkan Berjaya Park tidaklah begitu padat dengan manusia, parkirnya boleh dikatakan masih mudah didapati.

Bagi yang ingin mencuba boleh dapatkan lokasi tepat ke kedai makan ini melalui Google Maps dibawah;


Anda fikir anda tahu Bihun Celup Berjaya Park Seksyen 32 Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.