Haram Berpuasa Sunat Selepas 15 Sha'ban Dalam Mazhab Al-Syafie

 "Hukum Puasa Sunat Selepas Nisfu Sha'ban"

Isu dan pandangan ini ada khilaf dalam mazhab. 

Puasa Selepas 15 Shaban
Puasa Selepas 15 Shaban

Isu haram atau boleh berpuasa sunat selepas 15 Sha'ban terdapat pandangan berbeza kerana perselisihan tentang sanad (sumber) hadis.


Namun, sebagai pengikut mazhab Syafie kita berpeganglah pada prinsip pengikut mazhab Syafie.

Dalam mazhab Syafie, haram untuk berpuasa selepas nisfu Sha'ban iaitu 16 hingga 30 Sha'ban. Pada 15 Sha'ban dibolehkan untuk puasa sunat nisfu Sha'ban.

Syarat Dibolehkan Puasa Sunat Selepas 15 Sha'ban

Namun, tidak diharamkan untuk berpuasa seperti sebab dibawah;

1. Puasa Wirid

Mereka yang telah puasa selang sehari bermula dari awal bulan sha'ban lagi. Sudah bermula dari 1 Sha'ban dan seterusnya boleh meneruskan sehingga 30 Sha'ban.

2. Puasa Sunat 

Mereka yang selalu mengamalkan puasa sunat pada setiap isnin dan Khamis. Secara berturut-turut dari awal bulan Sha'ban.Sebelum 15 Sha'ban telah berpuasa isnin dan khamis.

Namun, jangan ada yang tertinggal sehari (isnin atau khamis) walaupun kerana keuzuran.

3. Puasa Nazar/Kifarah

Mereka yang sudah bernazar atau bersumpah untuk berpuasa pada tarikh tertentu, dan tidak pasti/tahu bahawa tarikh tersebut jatuh pada selepas 15 Sha'ban.

Jika sudah tahu bahawa tarikh tersebut dalam 15 Sha'ban sehingga 30 Sha'ban, tidak dibolehkan untuk berpuasa.

4. Puasa Qadha

Jika terpaksa melakukan puasa qadha memandangkan bulan ramadhan seterusnya telah hampir tiba.

Dibolehkan untuk berpuasa qadha. Sepanjang 11 bulan lepas, mengapa tidak sempat untuk qadha ?

Hadis Pengharaman Puasa Sunat Selepas Nisfu Sha'ban

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:

 إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلَا تَصُوْمُوْا

Maksudnya : “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban maka janganlah kalian berpuasa”.

Dalam lafaz yang lain:

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَلاَ صَوْمَ حَتَّى يَجِىءَ رَمَضَانُ

Maksudnya: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, maka tidak ada puasa sehingga datangnya bulan Ramadhan”.

Dalam lafaz yang lain pula:

 إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ، فَأَفْطِرُوا حَتَّى يَجِيءَ رَمَضَانُ

Maksudnya: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, makanlah sehingga datangnya bulan Ramadhan”.

Dalam lafaz yang lain lagi:

 إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَأَمْسِكُوا عَنِ الصَّوْمِ حَتَّى يَكُونَ رَمَضَانُ

Maksudnya: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, maka tahanlah diri kalian dari berpuasa sehingga datang bulan Ramadhan”.

Takhrij al-Hadith

Hadith ini disebut oleh Imam Ahmad (2/442), Abu Daud (2337), al-Nasaie (2923), al-Tirmizi (738), Ibn Majah (1651), al-Darimiy (1691) dan ramai lagi. Walaupun lafaznya berbeza tetapi maknanya adalah sama.

Sumber: Artikel Muftiwp

Berkongsi Pengetahuan Sesama Islam

Penulis bukanlah seorang yang alim dan fasih dalam hukum dan fiqh. Semua bermula ketika mendengar tazkirah awal sebelum solat Jumaat di sebuah masjid di kawasan Sri Muda Shah Alam baharu-baharu ini.

Mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang masih belum tahu.

Oleh itu, penulis dapatkan maklumat dan pembacaan rujukan melalui carian google search dan video dari youtube, termasuklah video dari Ustaz Azhar Idrus.

Untuk lebih pembuktian dari olahan penulis di atas boleh rujuk video youtube di bawah dari UAI;


Hikmah Haram Berpuasa Sunat Selepas Nisfu Sha'ban

Hikmah dan pengajaran dari pengharaman berpuasa sunat selepas 15 haribulan Sha'ban sehingga 30 Sha'ban dalam mazhab Syafie adalah supaya umat Islam menyiapkan diri mereka sebelum dalam menempuh bulan Ramadhan. 

Di mana pada bulan tersebut difardhukan bagi setiap orang Islam yang mukallaf untuk berpuasa sebulan penuh dalam bulan tersebut.

Ada yang mencari Kurma ajwa, safawi, mariami (dari Madinah) untuk Bulan Puasa Ramadhan ? 

Kurma Ajwa Madinah
Kurma Ajwa Madinah

Boleh tempah dan beli disini | Buah Kurma Ajwa, Safawi dan Mariami Premium

Anda fikir anda tahu Haram Berpuasa Sunat Selepas 15 Sha'ban Mazhab Syafie ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan