Makanan yang Terbaik dan Sesuai untuk Anak Ikan Laga ( Betta Fry )

 "Makan Fry Ikan Betta"

Ikan laga bermula sebagai haiwan untuk dibela sebagai hobi. Dengan warna dan bentuk fizikal yang menarik, ikan laga digemari oleh pelbagai peminat.

Makanan Terbaik Fry Ikan Betta
Makanan Terbaik Fry Ikan Betta

Permintaan terhadap ikan laga semakin lama semakin meningkat. Dari sini timbulnya industri ikan laga.

Semakin banyak permintaan menghasilkan penghasilan produk.


Ramai Pemula Pembiak Ikan Laga

Kita bercerita mengenai ikan laga splendens atau ikan laga moden. Meskipun ada ramai juga peminat ikan laga liar.

Industri ikan laga di Malaysia semakin digemari ramai, maka ramailah para pembiak (breeder) ikan laga muncul.

Tidak kira sekadar untuk memperbanyakan variasi ikan laga yang ada, dan tidak pula ketinggalan yang ingin menjadikan sebagai jualan.

Bagi yang sudah lama dalam bidang pembiakan ikan laga, semuanya sudah biasa.

Makanan Terbaik Untuk Fry Ikan Laga

Namun, bagi pemula (beginner) permulaan pembiakan ikan laga merumitkan.

Satu permasalahan kepada pemula pembiak ikan laga adalah makanan kepada anak ikan laga yang baharu lahir (iaitu fry).

Fry Kekenyangan Perut Penuh BBS
Fry Kekenyangan Perut Penuh BBS


Fry atau anak ikan bukan boleh makan sebarangan makanan kerana ia cukup sensitif dengan persekitaran.

Persekitaran yang dimaksudkan adalah kondisi air dan suhu air itu sendiri.

Kebanyakan makanan pellet atau sebarang makanan untuk ikan laga dewasa boleh merosakkan kondisi air. Faktor ini penyebab fry ikan laga mudah mati dan hilang tanpa berita.

Senarai Makanan untuk Fry Dari Umur 4 Hari

Makanan terbaik untuk fry ikan laga ialah makanan hidup. Terdapat beberapa jenis makanan hidup yang boleh diberikan kepada fry dari umur 4 hari sehingga mampu memakan pellet.

1. Infusoria

Penulis letakkan pada urutan pertama adalah kerana infusoria mudah didapati.

Infusoria Daun Pisang
Infusoria Daun Pisang


Merupakan makanan hidup untuk fry yang senang dibuat. Merupakan makanan fry pertama kali ketika penulis mula-mula biar ikan laga.

Paling halus bentuknya dengan makanan hidup lain. 

Dikultur (dibuat) dengan menggunakan barangan yang ada di rumah.

Dengan sayur busuk, daun ketapang atau daun pisang yang diperam di dalam air busuk hasil ikan.

Lebih kurang empat atau 5 hari akan muncul hidupan halus bewarna putih yang dipanggil paramesium dan amoeba.

Terbaik untuk fry berumur 4 hari ke atas.

Paling mudah dibuat dan paling murah. Namun, sekadar mengalas perut fry dan fry lambat besar.

2. Kutu Air

Makanan hidup ini untuk yang rajin sedikit. Boleh cari kutu air ini dikawasan lopak dan longkang.

Kutu Air Moina
Kutu Air Moina


Terdapat beberapa jenis kutu air seperti kutu moina, kutu daphnia magna dan kutu jet.

Kutu moina halus dan sesuai untuk fry 4 hari dan ke atas.

Kutu daphnia magna (DM) lebih besar sedikit dan sebolehnya diberikan pada fry berumur 2 minggu ke atas.

Kutu jet adalah pembunuh kebanyakan fry, sebolehnya hindari kutu jenis ini.

Mencari kutu air di alam agak sukar sebenarnya. Memerlukan pengalaman dari segi waktu, tempat dan cara pencarian.

Sudah ramai yang menjual kutu air sekarang, ada RM5, RM10 dan setersunya.

Tidak kurang juga yang ternak sendiri. Ini memerlukan teknik kepakaran lagi tinggi. Kutu air adalah antara makanan hidup yang memiliki protein dan zat yang banyak untuk tumbesaran fry ikan laga.

3. Artemia (BBS)

Penulis menggunakan BBS sebagai makanan utama fry. 

Baby Brine Shrimp ( BBS )
Baby Brine Shrimp ( BBS )


BBS adalah baby brine shrimp untuk nama penuhnya. Memerlukan proses penetasan untuk mendapatkan 'makanan hidup'.

Memang bila memerlukan proses penetasan perkara pertama yang difikirkan ia rumit, namun, apabila sudah tahu dan faham caranya ia cukup mudah sebenarnya. 24 jam masa maksima diperlukan untuk menetaskan BBS.

BBS atau anak udang arthemia ini sebenarnya makanan terbaik untuk fry yang bermula dari umur 4 hari sehingga pandai makan pellet sekitar umur satu bulan.

Selain miliki protein yang tinggi, ia boleh mempercepatkan warna ikan laga anda bermutasi.

BBS boleh didapati dalam dua jenis saiz, kecil (small roe) dan besar (big roe).

Small roe biasanya penulis gunakan untuk fry berumur 4 hari sehingga 14 hari dan big roe untuk fry berumur dua minggu dan ke atas.


[ BELI TELUR BBS UNTUK FRY : KLIK SINI ]

[ BELI SET ALAT TETASAN BBS : KLIK SINI ]


4. Microworm

Penulis meletakkan microworm sebagai pilihan makanan yang terakhir kerana ia sebenarnya tidak dicadangkan untuk fry.

Microworm
Microworm


Apabila betul-betul terdesak baharu sahaja gunakan microworm.

Dari pengalaman pemain ikan laga yang sudah lama membiak ikan laga, microworm banyak keburukan kepada ikan laga anda.

Ia boleh merosakan fizikal dan mungkin mental ikan laga. Penulis tidak pernah menggunakan makanan hidup ini untuk fry ikan laga.

Jika betul-betul terdesak baharu cuba gunakan microworm sebagai makanan anak ikan.

Pemberian Makanan Hidup Kepada Fry Ikan Laga

Makanan hidup yang dinyatakan di atas adalah sesuai untuk anak ikan laga yang berumur 4 hari dan ke atas. Memang fitrah fry ikan laga akan hanya memakan makanan yang bergerak atau hidup.

Dari pengalaman, mula mula sahaja penulis menggunakan infosuria, itupun kerana belum mendapatkan alatan menetaskan BBS.

Kebiasaannya sekarang jika ingin biak ikan laga, penulis akan menyediakan BBS (small roe dan big roe) untuk pakan fry.

Fry Yellow Fancy Umur Sebulan
Fry Yellow Fancy Umur Sebulan

Kadang - kadang berikan kutu air yang dibeli dengan rakan-rakan sebagai mempercepatkan pembesaran ikan laga.

Microworm ? Belum pernah dicuba.

Anda fikir anda tahu Makanan yang Sesuai untuk Anak Ikan Laga ( Betta Fry ) ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan