Hasil Ternakan Kambing Boleh Jana Pendapatan Lumayan

 "Produk Berguna Dari Kambing"

Biasanya orang akan menjadikan kambing sebagai bahan ejekan, contohnya, kalau malas bangun pagi macam kambing atau malas mandi juga disamakan dengan kambing.

Hasil Produk Ternak Kambing
Hasil Produk Ternak Kambing

Ramai yang nampak kambing adalah suatu yang tiada gunanya. 

Penulis kalau sebut mengenai kambing pastinya akan terbayangkan 'lamb chop'. Ketika melihat perkataan 'Lamb Chop' pun sudah boleh terbayangkan aromanya dan rasanya.


Kesedapan Daging Kambing

Dengan isi yang pejal dan rasa dagingnya yang manis, nikmat Tuhan manakah lagi yang kita mahu dustakan.

Bagi penulis jika terdengar akan sesiapa yang menjadi pengembala kambing atau memiliki ladang dan kandang kambing sudah terbayang akan kehebatan dan kekayaannya.

Malahan ia adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w. 

Mungkin ramai yang nampak membela kambing sekadar untuk dagingnya dan hanya laku apabila musim kurban dan jika ada yang ingin membuat majlis akikah anak.

Hasil Ternakan Kambing untuk Jualan

Terdapat hasil lain yang diperolehi jika kita menternak kambing. Bukan dijual sekadar untuk dagingnya namun banyak lagi produk yang dihasilkan dari kambing.

Boleh sama sama kita lihat produk yang boleh dihasilkan dalam penternakan kambing.

1. Daging

Tipikal jika ada haiwan ternakan, iaitu untuk mendapatkan hasil dagingnya. Majoriti manusia yang penulis kenali meminati kambing.

Malahan di kedai makan pun jika ada hidangan kambing pastinya kedai tersebut akan dikenali ramai dan ramai pengunjung. Contoh, Restoran kari kambing 40 hari.

Datang ke restoran steamboat jika tiada hidangan kambing perap pasti akan 'hilang' daya tarikan untuk menikmati steamboat dan grill.

Pergi sahaja di Tesco, Giant, Econsave atau mana mana pasaraya kecil atau besar pasti akan ada daging kambing tidak kira dalam bentuk isi atau tulang.

Apa yang pasti permintaan daging kambing memang banyak, apalagi untuk majlis akikah kelahiran, kambing seekor pun sudah RM800-RM900.

Bayangkan permintaan ketika musim kurban pula.

Antara jenis kambing pedaging untuk tuaian daging adalah seperti Jamnapari, Aglo-nubian, Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red dan Jermasia.

2. Koleksi Peliharaan

Mungkin ada yang tidak menyangka ada yang membela kambing sebagai koleksi. Ada orang yang meminati kambing sebagai hobi belaan.

Kambing yang biasa kita lihat hanyalah kambing kampung yang biasa dilihat.

Namun, ada juga spesis kambing yang menarik dan cantik. Tambahan pula ada pertandingan yang dianjurkan untuk kategori kambing.

Bukan sekadar untuk hasil daging, kambing juga merupakan koleksi para peminat mereka. Baka yang terbaik dan dijaga rapi mendapat harga yang tinggi oleh peminatnya.

3. Susu Kambing dan Produk Tenusu

Banyak iklan yang berlegar di dunia maya mengenai susu kambing. Dengan pelbagai jenis jenama dan perisa.

Susu kambing banyak khasiatnya. Sehinggakan terdapat ladang yang hanya fokus dalam pengeluaran susu.

Malah ada yang membela kambing yang hanya mengeluarkan susu seperti Jamnapari, Aglo-nubian, Alpine, Saanen, dan Toggenburg untuk perahan hasil tenusu.

Dalam pasaran susu kambing agak mahal berbanding susu lembu. Dengan kandungan zat dan nutiren yang berbeza.

Tidak terhenti pada produk susu sahaja malah keju juga dapat dihasilkan dari susu.

4. Kulit - Belulang

Kulit kambing sangat banyak kegunaan. Kulit kambing terdiri daripada belulang. Terdapat nilai komersil pada belulang.

Kompang dan rebana atau peralatan gendang tadisional menggunakan belulang kambing sebagai asas bunyian.

Alatan sebegini tidak pernah hilang didunia, maka permintaan untuk belulang kambing sentiasa ada.

Malahan, belulang kambing ada yang dijadikan keropok, ya, keropok untuk di makan.

5. Kulit - Bulu 

Bagi kambing biri-biri yang memiliki bulu yang lebat pastinya menjadi produk perusahaan tekstil sebagai altrnatif kepada kapas.

Bulu kambing juga berguna untuk menggantikan kekakbu untuk tilam dan bantal.

6. Tanduk Kambing 

Tanduk seumpama belulang yang mana mungkin terbina oleh protein yang sama.

Dengan bentuk yang berbeza, boleh dijadikan sebagai kraftangan.

Banyak kraftangan yang boleh dihasilkan dengan tanduk kambing mengikut kreativiti dan kepakaran penggiat seni.

7. Usus kambing - Kegunaan Hospital dan Farmasi

Ramai yang tidak tahu yang benang untuk jahitan luka di hospital menggunakan bahan organik.

Ya, berasaskan kambing. Lebih tepat adalah menggunakan usus kambing.

Sifatnya yang mudah terurai dan tidak berbahaya kepada hidupan menjadikan usus kambing berguna sebagai benang untuk menjahit luka atau bukaan pada pesakit.

8. Tinja - Baja Organik

Hasil ini semestinya ramai yang sudah tahu. Tinja atau najis kambing terbaik untuk dibuat baja organik.

Dengan bentuknya yang seumpama biji-bijian memudahkan cara pengumpulan dan penggunaanya.

Selain dari baunya tidaklah sebusuk tinja haiwan ternakan lain.

Zat dan nutrien sebagai baja organik sudah banyak terbukti dengan lambakan hasil najis kambing sebagai baja di pasaran.

Pulangan Lumayan Jualan Produk Kambing

Jadi, banyak sebenarnya hasil yang mampu kita perolehi daripada penternakan kambing. Jika kita tahu akan potensi yang banyak untuk perniagaan kambing pastinya ramai akan mula menceburkan diri sebagai penternak kambing.

Bermula dengan beberapa ekor dan sehingga memiliki ladang sendiri. Belajar cara menternak, tahu makanan yang boleh diberikan, faham risiko penyakit dan cara rawatan sehinggalah memasarkan kambing anda sehingga menjana pendapatan.

Cara Memulakan Ternakan Kambing Sendiri

Ramai yang berminat dan ingin menceburi bidang ternakan kambing tapi tidak tahu cara bermula. Penulis boleh membantu anda untuk memulakan bidang ternakan kambing sendiri.

Jika berminat boleh dapatkan panduan ternakan kambing dengan membeli E-book dibawah;

Jadi, tidak salah sebenarnya cita cita dan impian anda untuk menternak kambing, kerana pulangan yang banyak dari hasil ternakan kambing.

Anda fikir anda tahu Produk dan Hasil Ternakan Kambing yang Boleh Di Jual ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan