Tips Penjagaan Kereta Untuk Tinggal Lama Tersadai Tidak Bergerak


"Tips Penjagaan Kereta Tinggal Lama"


Kereta merupakan keperluan di zaman sekarang. Bukan lagi kehendak. Satu rumah mungkin ada dua atau lebih kereta.


Tips Jaga Kereta Tinggal Lama Tersadai
Tips Jaga Kereta Tinggal Lama
Sehingga penuh di jalan raya atau lebuh raya.


Walaupun keperluan mungkin akan ada masa kita akan ke sana..ke sini..ke sana..ke sinun tanpa kereta.

Memerlukan untuk meninggalkan kereta tersadai lama.

Tips Penjagaan Kereta Ditinggalkan Lama Tersadai

Terdapat beberapa tips untuk anda bersedia jika perlu meninggalkan kereta anda supaya tidak cepat rosak dan untuk mengelakkan duit terbang melayang walaupun tidak menggunakan kereta.


1. Jangan Tarik 'Handbrake' Ketika Tinggal Kereta


Handbrake Kereta Viva
Handbrake Kereta Viva
Tarik brek tangan untuk jangkamasa yang lama boleh menyebabkan 'brake pad' akan melekat dengan 'disc' atau 'drum' pada brek kereta. Apabila melekat dengan lama ia boleh memberikan kesan apabila gunakan nanti.

Alternatif kepada tarik 'handbrake' adalah meletakkan 'wheel chokes' atau penyendal pada roda supaya kereta tidak bergerak...ke sana...ke sini...ke sana...ke sini..ewah.

Dengan menggunakan batu bata atau kayu berbentuk penyendal pintu. Atau mungkin boleh tinggalkan dalam keadaan dalam gear satu.

Kerapkan untuk lepaskan, release, brek tangan jika alternatif letakkan sesendal kurang efisien untuk anda

2. Parkir Kereta di Tempat Teduh atau Bertutup

Jika boleh, parkir kereta anda di kawasan berbumbung. Lebih selamat dan bersih.
Jika gagal untuk mendapatkan tempat teduh, laburkan sedikit wang untuk membeli 'cover' atau selimut untuk kereta anda.

Pastikan saiznya sesuai dengan saiz kereta anda, tidak labuh tidak singkat.

Pastikan juga ketika menutup kereta tidak ada sebarang wap air atau air terperangkap.

3. Penjagaan Palam Pencucuh (Spark Plug)

Kereta yang tidak bergerak agak lama atau tiada masa untuk memanaskan enjin. Contohnya balik ke kampung tinggal kereta atau tinggal parkir di lapangan terbang atau mana-mana parkir.

Disarankan untuk mencabut spark plug dan semburkan dengan sedikit minyak, minyak pelincir contonya.

Sebelum masukkan semula ke dalam tempatnya semula.

Ini bertujuan untuk menghalang dari kepala silinder (cylinder-head) berkarat dan elakkan dari terdapat kelembapan wujud sekitarnya.

Jika memiliki bajet yang lebih boleh masukkan 'additives' untuk mewujudkan 'protective coating' dalam enjin kereta anda. 

4. Bersihkan Bahagian Dalam (Interior) Kereta Sebelum Parkir

Kadang-kadang tips ini mungkin agak remeh dan tidak begitu penting. Namun, meninggalkan bahan atau benda yang boleh menyebabkan busuk atau mereput mungkin mengundang sesuatu yang tidak elok pada kereta.

Bayangkan tertinggalkan 'makanan' kepada tikus, maka dengan ketiadaan manusia di dalam kereta, maka ber'rattatouille'lah segala tikus ini. Dengan aktiviti memakan wayar atau mengigit pelbagai jenis material dalam kereta.

Rabak jugalah duit poket nanti untuk pembaikan.

5. Penuhkan Tangki Minyak

Satu perkara yang kita tidak ingin berlaku kepada kereta kita adalah karat pada tangki petrol/bahan api.

Dengan kehadiran bendasing sebegini mungkin akan memberikam impak dan kesan laluan bahan api ke enjin tersumbat.

Selain karat yang mampu mempercepatkan kerosakan pada tangki itu sendiri. Duit lagi.

Alasan membiarkan bahan api penuh dalam tangki adalah mengurankan udara dalam tangki atau kawasan kosong yang mungkin akan menyebabkan kelembapan muncul jika bahan api anda tiada 'additives'.

6. Selenggara Bateri Kereta


Bateri Kereta Lama
Bateri Kereta Lama
Seeloknya bateri dicabut dari tempatnya dalam 'bay' kereta. Jika ingin ditinggalkan untuk masa yang lama.

Untuk tips penjagaan bateri lain, sadurkan 'ptroleum jelly' atau minyak gris pada terminal bateri untuk mengelakkan terminalnya menjadi berkarat.

Pastikan bateri dalam keadaan cas sepenuhnya, jika memerlukan pengisian air suling, isikan untuk bateri bukan pakai buang.

Pastikan bateri kereta tidak berada di kawasan lembap dan jauhkan dari kawasan cahaya matahari terus (direct sunlight).

7. Pelindung Cat Kereta

'Paint job' pada kereta boleh rosak jika kereta terdedah di luar dengan jangka masa yang lama, walaupun ditutup dengan penutup.

Antara penyebab kerosakan pada kerja cat kereta ini adalah oleh debu, kotoran lain dan kelembapan.

Untuk pencegahan, bersihkan dengan teliti setiap kawasan permukaan cat kereta.

Pastikan dibuang lumpur atau tanah, debu, atau kotoran lain dari melekat pada cat kereta sebelum mengaplikasikan 'coating' untuk 'polish' dan 'wax'.

Bertujuan untuk untuk menghindari kelembapan hadir.

8. Penjagaan Tayar dan Bahagian Roda




Meninggalkan kereta tanpa bergerak untuk jangka masa yang lama akan menyebakan 'flat spots' pada tayar.

Untuk mengelakkan dari terjadinya 'flat spot' ini gunakan 'jack' roda supaya tayar tidak begitu lama bersentuh dengan lantai.

Atau letakkan penyedal supaya tayar tergantung.

Untuk mengurangkan kesan tayar terlalu lama menyentuh lantai dan juga menglakkan beban kereta terlalu menekan tayar.

Kereta 'sport' biasanya dengan tayar 'low profile' boleh ditinggalkan untuk jangkamasa yang lama tidak bergerak. Kereta marhaen sebagaimana penulis mungkin perlu melakukan tips ini.

9. Tukar Minyak Pelincir dan 'Filter'

Sebaiknya jika ingin meninggalkan kereta tidak bergerak untuk jangka masa yang lama tukarlah dahulu minyak pelincir dan penapis minyak (filter) ini.
Dengan bahasa mudahnya, servis dahulu kereta.

Bagi mengelakkan benda asing seperti kelembapan kerana dalam minyak pelincir yang sudah digunakan terdapat air sebahagiannya.

Apalagi dalam minyak enjin yang telah digunakan terdapat benda asing lain seperti hakisan -hakisan besi atau sisa sisa yang mungkin boleh menyebabkan ekadaan enjin tidak cantik.

Selepas servis, disarankan untuk 'running' enjin supaya minyak pelincir akan melawati sekitar enjin sebelum ditinggalkan.

10. Pastikan Tekanan Angin Dalam Tayar Sesuai


Injap Tayar Pada Rim
Injap Tayar Pada Rim
Periksa tekanan angin tayar kereta dan pastikan dalam nilai tekanan yang terbaik dan yang disyorkan untuk tayar tersebut.

Dengan tekanan angin yang betul mampu mengelakkan keretakan pada dinding rim dan tayar dan menghindar juga 'flat spots'.

Pastikan juga injap (valve, kepala angin) tidak bocor dan boleh diketatkan dengan elok. Bagi menjaga kualiti tekanan angin pada tayar.

11. Angkat Pengelap Cermin Kereta


Wiper Kereta Diangkat
Wiper Kereta Diangkat
Nampak tidak penting tapi apabila hujan apalagi gagal menemui alatan ini iaitu yang turutu terkenal dengan nama 'wiper' agak merumitkan walaupun di tepi jalan harganya cuma belasan ringgit.

Getahnya akan mereput apabila sentiasa melekat pada cermin mulakan berbunyi seperti ayam yang hampir di sembeli pak aji.

Jangan Biarkan Kereta Rosak Begitu Sahaja

Ini adalah beberapa tips yang boleh dikongsikan jika anda memerlukan untuk meninggalkan kereta anda untuk jangka waktu yang agak lama.



Sebab Meninggalkan Kereta Untuk Jangka Masa Lama

Tidak kiralah anda dalam perintah kawalan pergerakan, pulang ke kampung atau tinggalkan kereta anda untuk kerja luar atau 'outstation'.

Semoga tips ini membantu anda untuk berjimat mengurangkan dari mengeluarkan duit dan pembelanjaan yang banyak kerana kerosakan kereta.


Anda fikir anda tahu Tips Penjagaan Kereta Tersadai  Untuk Tinggal Lama  ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan