Header Ads

Review Rasa dan Bahan Resepi Nasi Lemak Pak Nasser's Santan Di Dalam Penerbangan Airasia


'Review Nasi Lemak Pak Nasser Airasia'

Jarang sekali penulis untuk mendapatkan hidangan semasa di awan. Dalam bahasa mudah adalah makan dalam pesawat, selain dari 'peanut' yang diberikan kru kabin dalam pesawat milik Malaysia Airlines.


Pak Nasser Nasi Lemak Inflight Airasia
Pak Nasser Nasi Lemak Inflight Airasia
Dalam pesawat milik Airasia agak jarang, sehinggalah semasa penerbangan menuju ke Langkawi untuk transit ke Koh Lipe Island Thailand.


Penulis ingin mencuba hidangan dalam pesawat.

Tempahan 'Inflight Menu' Ketika Tempah Tiket Airasia

Penulis menempah hidangan ini semasa pembelian tiket lagi sebagai tambahan (add on) ketika periksa masuk (check in) dengan airasia.




Apa yang penulis ingin cuba apabila berada di dalam pesawat adalah Nasi Lemak Pak Nasser's Santan yang agak tersohor sebenarnya.

Nasi Lemak Pak Nasser Airasia yang Tular (Viral)

Penulis tidaklah mengetahui betapa tularnya (viral) hidangan ini sehinggakan ada kawan-kawan 'mukbang' di youtube yang membuat ulasan (review) mengenai nasi lemak ini.

Dalam banyak-banyak menu 'add on' ketika 'check in' dalam senarai, penulis memilih nasi lemak ini memandangkan waktu terbang penulis adalah pada waktu pagi.

Harga Nasi Lemak Pak Nasser oleh Santan Bersama Airasia Malaysia

Bagi penulis, hidangan atau 'Infligt Meal' untuk airasia untuk penerbangan dengan pesawat A320 dan kategori AK, tidaklah begitu mahal.

Agak berpatutan sebenarnya;

1. RM10 untuk pra tempah (Pre-book)
2. RM12 untuk belian dalam pesawat 

Bagi nasi lemak pak naseer's dengan penjenamaan Santan ini dengan harga di atas.
Untuk lain lain menu dalam julat (range) di atas juga tidak banyak beza, seringgit dua sahaja.

Kali Pertama Menempah 'Inflight Meal' Airasia

Pada pandangan pertama, apalagi kali pertama kru kabin (cabin crew) menyebut nama untuk diberikan hidangan yang ditempah memang terasa VIP (padahal semua itu biasa sahaja untuk orang lain)

Pada pegangan pertama selepas sentuhan oleh kru kabin, kepanasan masih terasa.

Keterujaan pertama sudah positif, maknanya makanan ini 'segar dari ladang'.

'First Impression' Nasi Lemak Pak Nasser

Apabila dibuka bungkusan yang berupa mangkuk berbentuk bujur yang diperbuat dari plastik dan bahagian atas diperbuat dari kerajang aluminium (jika tidak silap) hidung penulis terus diterjah aroma yang cukup untuk membuat rembesan air liur keluar.


Aroma Nasi Lemak yang Sedap
Aroma Nasi Lemak yang Sedap
Bau daun kunyit dan perencah dari rendang apalagi aroma berlemak santan sebelum diserang haruman daun pandan yang berwap memang menyelerakan.

Jika boleh digantung pada dinding suasana ketika itu mungkin sudah berada bersebelahan deretan gantungan 'wall of fame'.

(Jangan bimbang artikel ini bukan tajaan Santan mahupun Airasia, apalagi kru kabin dalam pesawat)

Oleh kerana pelbagai aroma ini jugalah dengan tempat duduk yang rapat dan agak sempit dalam pesawat boleh menyebabkan 10 barisan hadapan dan belakang apalagi lajur tepi mampu berkongsi aroma yang penulis buka tadi.

Itu 'first impression'.

Apakah Rasa Nasi Lemak Pak Nasser Airasia oleh Santan Sedap ?

Cedukkan pertama dengan sudu merah dengan bantuan garfu merah plastik mula mengaut sedikit nasi dan sekerat daging ayam empuk dengan salutan kuah rendang dengan sentuhan mesra sedikit sambal mula singgah ke dalam mulut.


Telur Rebus, Sambal dan Rendang Ayam
Telur Rebus, Sambal dan Rendang Ayam
Fuh!!!..betul memang sedap, apa yang penulis gambarkan memang sebegitulah, rasanya. Cukup dengan rasa, aroma yang menerjah tadi bukan sekadar bauan.

Berlemak dan Beraroma

Berlemak nasinya dengan rasa santan, haruman daun kunyit pada isi ayam yang lembut sedikit letupan kecil dari rempah ratus bersama minyak yang ditumis sebelumnya cukup membantu kombinasi ini dalam mulut.


Rendang Ayam Nasi Lemak
Rendang Ayam Nasi Lemak
Apa lagi apabila sambal dengan aroma wangi bawang, dan lebih seri dengan rasa kepekatan rasa asam jawa mungkin itulah yang menjadikan warna sambalnya agak gelap.

Rasa Asli Rempah dan Tumis Kemelayuan


Sambal Nasi Lemak Pak Nasser
Sambal Nasi Lemak Pak Nasser
Makanan melayu jika tanpa seri seperti belacan memang jarang sedapnya. Ya! ada belacan di dalamnya. Asam jawa, bawang dan belacan adalah penyebab seri sambal ini, seri dengan rasa walaupun warnanya agak hitam.

Jangan di lupa telur rebus yang sedang-sedang masaknya, lebih memberikan tekstur kelembutan apabila dikunyah.


Telur Rebus Segar
Telur Rebus Segar
Selain dari keranggupan ikan bilis yang digoreng dengan minyak berempah termasuk jugalah kacang tanahnya.


Ikan Bilis dan Kacang Goreng
Ikan Bilis dan Kacang Goreng
Tekstur Rasa yang Pelbagai Dalam Satu Suapan

Bayangkan, satu suapan anda memperoleh beberapa tekstur makanan seperti lemak, kekayaan rasa tumisan, keranggupan dan hadir pula aroma dari wap yang masih panas.
memang 'A+'

(Ya, sekali lagi penulis ingin jelaskan bahawa ini bukan ulasan berbayar (paid review) dari pihak Santan dan Airasia apalagi Pak Naseer)

Air Mineral Sebagai Minuman

Bilaslah tekak anda dengan air mineral yang disertakan dalam pakej RM10 ini.

Resepi dan Bahan Bahan Dalam Menu Nasi Lemak Pak Nasser

Jom kita lihat apakah resepi atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Santan Nasi Lemak Pak Nasser's dalam kabin pesawat Airasia ini.


Bahan Bahan Resepi Nasi Lemak Pak Nasser
Semua Lauk dan Sampingan Lengkap
Ini bukan rahsia lagi, tidak perlu bersusah payah seumpama 'plankton' mengumpan 'spongebob' untuk 'Encik Crab' memberikan resepi rahsia 'Crabby Patty'.

Memang telah ditulis pada bekas 'ingredient' yang ada di dalam Nasi Lemak Pak Naseer's Airasia ini.

Nasi 

Beras
Air
Santan
Minyak masak
Garam
Halia
Bawang
Daun pandan

Sambal Bawang 

Cili kisar
Bawang 
Minyak masak
Gula
Serbuk ikan bilis
Jus asam jawa
Belacan
Bawang putih

Rendang Ayam

Daging ayam
Santan
Bawang putih
Kerisik
Cili kisar
Serai
Gula
Bawang
Lengkuas
Halia
Minyak masak
Garam
Daun kunyit
Daun limau

Sampingan

Telur rebus
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Daun pisang
Daun pandan


Jom Dapatkan Resepi untuk Buat Sendiri Di Rumah : Kit Resepi Nasi Lemak Santan Pak Nasser

Cara membuatnya mungkin sebagaimana biasa kita, eh bukan kita pada mereka yang mahir membuat nasi lemak.

Senarai bahan bahan untuk membuat Nasi Lemak Pak Naseer's Santan ini mungkin sudah boleh membantu untuk kita mencipta versi nasi lemak kita sendiri melalui panduan ini.

Untuk lebih memberikan info dan secara mata kasar melihatnya, bolehlah rujuk video dibawah,



Mungkin nanti pihak Santan dan Pak Nasser akan meluaskan perniagaan untuk dalam bas pula, bas ekspress, mana tahu nanti akan dapat membuat pesanan nasi lemak ini dalam Bus Online Ticket untuk tempahan.

Anda fikir anda tahu Rasa dan Bahan Resepi Nasi Lemak Pak Naseer's Santan Di Dalam Penerbangan Airasia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaiukum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.