Header Ads

Apa yang Ada Di Walking Street Koh Lipe Thailand ?


"Walking Street Koh Lipe Island"

Koh lipe adalah salah satu pulau yang popular untuk dikunjungi pelancong.
Digelar sebagai 'the little Maldives', itu merupakan gelaran bukan kaleng-kaleng. Maldives kot!


Apa yang Menarik Di Walking Street Koh Lipe
Apa yang Menarik Di Walking Street Koh Lipe
Pulau Lipe atau Koh Lipe bukanlah besar mana, namun, boleh dikatakan setiap hari tidak akan terhenti feri yang membawa pelancong datang ke sini.


Cari Barangan Keperluan Di Koh Lipe

Oleh kerana ia adalah pulau yang agak kecil (Pulau Lipe itu sahaja). Mungkin mereka yang kali pertama ingin menjejakkan kaki di Koh Lipe tercari-cari tempat untuk mendapatkan barang keperluan.

Maklum sahajalah, berada di negara orang apalagi faktor bahasa yang mungkin agak meletihkan untuk berkomunikasi.

Lorong Ala-Ala Uptown Malaysia Di Thailand

Bagi yang pernah ke Jonker Walk Melaka, pasti mudah untuk bayangkan satu tempat yang ingin penulis ceritakan ini.


Ala Ala Uptown Koh Lipe
Ala Ala Uptown Koh Lipe
Agak sama konsepnya dan ini versi Thailand.

Boleh dikatakan tempat yang dinamakan Walking Street ini adalah nadi dan denyutan jantung kepada Pulau Lipe atau Koh Lipe ini.

Melalui pengalaman penulis berkali-kali 'tawaf' Walking Street, semua yang pelancong dan pengembara (traveler) mahukan ada.

Dari segi keperluan bukan kehendak. 

Jarak Sepanjang Walking Street Koh Lipe

Jarak Walking Street Koh Lipe dari hujung ke hujung adalah hanya 500 meter, jika patah balik, baharu 1 kilometer berjalan.

Jika berjalan, sambil cuci cuci mata, anda hanya akan menghabiskan dalam 10-15 minit sahaja, itu jika anda sedang 'window shopping', jika berjalan biasa mungkin 6 minit sudah menghabiskan satu perjalanan walking street.

Apa yang Ada Di Walking Street ?

1. Kedai cenderamata / Ole Ole

Pastinya sebelum pulang dapatkan fridge magnet, keychain atau baju serta barangan yang elok dibawa pulang sebagai kenangan.


Kedai Cenderamata dan Ole Ole Koh Lipe
Kedai Cenderamata dan Ole Ole Koh Lipe
Design dan corak tidak mengecewakan ada yang design ala-ala quiksilver tetapi masih ada perkataan 'Koh Lipe'.

2. Agensi perlancongan (Pakej Feri, Pakej Aktiviti di Koh Lipe) 


Travel Agent Di Koh Lipe Thailand
Travel Agent Di Koh Lipe Thailand
Tambang feri untuk mereka yang datang bukan melalui pakej,  Survey pakej aktiviti di Koh Lipe sekitar pulau Taratou Park seperti snorkeling, Island Hopping dan sebagainya.

3. Automated Teller Machine (ATM)

Bank KrungSri, kurang pasti berapa caj untuk kad MEPS Malaysia. Tapi secara hakikat dan makrifatnya, penggunaan atm amat jarang.


Kebiasaan untuk tinggal tidak melebihi dua minggu traveler sudah menukar matawang dengan bajet serta perancangan untuk jangka masa tersebut.

4. Klinik


Medical Clinic Koh Lipe
Medical Clinic Koh Lipe
kalau ada sesuatu yang tak diingini seperti dicium obor-obor atau terpijak karangan. Terdapat banyak sebenarnya, lebih 3 buah untuk 500 meter klinik yang ada.


Siam International Clinic Koh Lipe
Siam International Clinic Koh Lipe
 Siap dengan ambulan, pastikan nombor kecemasan ada disalin oleh anda.

5. Restoran / Kedai Makan / Bar atau Pub


Restaurant In Koh Lipe Island
Restaurant In Koh Lipe Island
Premis sebegini adalah paling banyak. Dalam kesibukan dan dikerumuni pelbagai makanan yang tidak halal, terdapat juga kedai makan untuk yang muslim, halal.

Pastikan yang memiliki logo bulan dan bintang.


Halal Restaurant Walking Street Koh Lipe
Halal Restaurant Walking Street Koh Lipe
Bar dan pub, adalah biasa bagi tempat sebegini.Itu penulis tidak akan jelaskan.

6. Kedai Aktiviti Air (Peralatan Snorkeling, Scuba , Island Hopping....)

Jika anda terlupa atau memang buat-buat lupa untuk bawa pakaian sesuai untuk mandi laut, snorkeling,pergi Island hopping senang cerita aktiviti air, disini banyak juga kedainya.


Kedai Kelengkapan Aktiviti Air Koh Lipe
Kedai Kelengkapan Aktiviti Air Koh Lipe
Beg kalis air macam hypergear, baju renang, baju mandi atau pelampung ada dijual. Sediakan wang sahaja, dalam baht semestinya.

Sebaiknya dapatkan barangan sebegini dahulu supaya bajet percutian anda tenang, klik pautan ini :

7. 7 Eleven (Kedai Serbaneka)

Bagi seorang pelancong atau 'traveler', penulis tahu, benda pertama yang anda 'google search' adalah '7E di Koh Lipe'.


Jalan Jalan Sebelah Tepi 7 Eleven Koh Lipe
Jalan Jalan Sebelah Tepi 7 Eleven Koh Lipe
Memang terdapat 7E disini, jangan risau. Malah, anda 'dibekalkan' dengan dua buah 7E. Satunya di tengah Walking Street dan lainnya di bahagian hujung walking street (bukan di pantai).

Makanan halal ada di 7 Eleven Koh Lipe, jangan risau. Khidmat dapatkan air panas untuk buat susu anak atau mi segera jika chalet anda tiada cerek pun boleh di 7E.

8. Kedai Komunikasi (Phone Store)


Sim Card dan Phone Store Koh Lipe
Sim Card dan Phone Store Koh Lipe
Ini agak penting sebenarnya, jika boleh dapatkan dahulu sim kad Thailand. Untuk pelancong terdapat pakej terhad hari, contohnya XXGB untuk 5 hari atau sebagainya. Komunikasi cukup penting.

Ada kedainya.

9. Pusat Urut (Massage)

Sekali dengar sudah tersenyum mereka yang 'jauh' pemikirannya. Ini bukan pusat urut yang sinonim dengan Thailand.


Pusat Urut (Massage) Di Koh Lipe
Pusat Urut (Massage) Di Koh Lipe
Pusat urut untuk mereka yang sudah penat berjalan, apalagi yang baharu saja pulang dari island hopping dan snorkeling, tidak lupa juga yang pergi scuba.

Penat woi ! (selain kulit makin tan), bolehlah menggunakan beberapa pakej urutan. 

Ibu ibu makcik makcik akak akak jangan risau jika pasangan lelaki anda agak 'miang', pengurut lelaki untuk lelaki dan seterusnya.

10. Farmasi

Bagi yang mengalami kecederaan ringan atau mencari apa yang boleh membantu. Farmasi ada disini.


Farmasi Depan 7 Eleven Koh Lipe
Farmasi Depan 7 Eleven Koh Lipe
Boleh tahan juga bilangannya, kiri kanan depan belakang terdapat dua tiga buah juga farmasi.


Memang tidak risau jika terdapat sakit pening yang biasa-biasa atau baharu sahaja mabuk laut.

Banyak Keperluan Harian Di Walking Street Koh Lipe Thailand

Ya! itu antara senarai apa yang boleh dilakukan oleh pelancong jika singgah di Walking Street Koh Lipe selain dari berjalan-jalan dan cuci mata.


Pekan Koh Lipe Thailand
Pekan Koh Lipe Thailand 
Dari pengalaman penulis, apa yang penulis senaraikan di atas rasanya keperluan yang terdapat di walking street Koh Lipe Thailand.

Supaya pelancong kali pertama yang akan ke Koh Lipe tidak rasa sesat dalam ramai mencari keperluan.

Atau mungkin untuk lebih faham akan suasana di Walking Street Koh Lipe boleh lihat video dibawah, 

Apa yang ada di Walking Street ? 
Jauhkah berjalan Walking Street ? Suasana siang dan malam di Walking Street ?

Boleh jadikan video ini sebagai panduan




Jangan lupa subscribe channel untuk lagi video travel dan event dari belangtarung.com

P/S: Oh, sebelum terlupa sepanjang Walking Street terdapat 'penunggu' dan 'penjaga' iaitu anjing bukan peliharaan.

Bagi yang fobia boleh berhati-hati. Pada hematnya mereka ini tidak mengganggu namun sekadar peringatan supaya tidak sukar untuk sertu nanti jika dijilat.
Tempat yang biasa ditemui adalah 7E.

Anda fikir anda tahu Apa yang Ada Di Walking Street Koh Lipe Thailand ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.