Header Ads

Bagaimana Cara 'Gamers' Menghasilkan Duit Pendapatan ?

"Pendapatan Seorang Gamer"

Dahulu kalau bermain game (permainan), khususnya game digital merupakan aktiviti masa lapang untuk menghilangkan kebosanan.


Cara Gamers Jana Pendapatan
Cara Gamers Jana Pendapatan
Apalagi retorik pemikiran orang tua lebih jelas ibu bapa bahawa bermain game elektronik ini cukup tidak memberikan faedah.


'Gamers' Zaman Dahulu

Itu dahulu, dimana kanak-kanak masih bermain 'beyblade' yang dinamakan gasing. Balik mengaji atau fardhu ain singgah kedai runcit beli tikam cap dayak, itu dahulu.

Mahu dapatkan kereta dash yankuro pun agak sukar. Apalagi Playstation atau konsol permainan yang untuk mereka yang 'bangsawan' sahaja.

Zaman berubah, cara dan gaya hidup juga berubah. Jangan bandingkan, kerana itu lumrah.

'Gamers' Zaman Sekarang

Zaman kini meskipun tiada kelihatan kereta terbang yang digambarkan oleh ilustrator zaman dahulu bahawa 2020 adalah kemajuan dunia. apa yang maju hanyalah perut ke depan.


Bermain PUBG Mobile
Bermain PUBG Mobile
Sukan SEA di Manila, Filipina ( Disember 2019) bermulanya titik tolak bermain game menjadi satu acara sukan.

Lebih dikenali sebagai Sukan Elektronik (Esports).

Di Malaysia memang tidak menyeluruh, namun di dunia luar Esports bukan suatu yang baharu.

Tiada faedah di zaman dahulu, kini Esports mampu menjadi satu cabang bisnes apalagi sebagai kerjaya.

Cara 'Gamers' Menghasilkan Wang Pendapatan

Jom lihat bagaimana cara Esports seperti Pro Evolution Soccer (PES),Counter Strike, Mobile Legends, PUBG atau Call of Duty (COD PC atau Mobile) mampu memberikan pendapatan lumayan

1. Hiburan

Dari zaman perang Melaka dengan Portugis, malahan zaman kuno lagi, hiburan adalah sesuatu yang digemari, itu lumrah manusia.


Chocotaco Gameplay PUBG
Chocotaco Gameplay PUBG
Melihat benda hebat, dengan kemahiran tertentu.

Namun, ada juga yang melanggan tidak kira facebook atau twitch untuk streaming permainan bukan semata-mata untuk belajar dan mengagumi kemahiran, tetapi lebih berminat kepada  pemainnya apalagi yang kacak dan cantik serta seksi seperti Kime Hime contohnya, eh.

2. Promosikan Barangan Lembut (Software)

Sekarang sudah banyak sebenarnya pengeluar software untuk permainan video, tidak kira di konsol atau di personal computer (PC) apalagi untuk telefon bimbit.


Football Manager 2019 Gameplay
Football Manager 2019 Gameplay
Bagi pemain permainan video yang menggunakan produk software game tertentu mestilah akan secara langsung mempromosikan software tersebut.

Contoh software yang sering menaja 'gamer' adalah

Maka sebagai upah terdapat bayaran dari pengeluar software permainan tersebut. Menarik bukan.

3. Promosikan Barangan Keras (Hardware)

Tidak sangat lari untuk pandangan nombor dua. Disini pemain (gamer) akan mempromosikan pula gajet dan alat untuk bermain game.


Watch Pewdiepie Minecraft Gameplay
Watch Pewdiepie Minecraft Gameplay
Sebagai contoh pemasangan (set up) untuk PC bermain permainan video. 

Sekarang banyak sahaja pengeluar 'rig' permainan yang memiliki jenama tertentu.
Bukan sahaja 'set up' untuk PC malahan kerusi pun turut disesuaikan untuk permainan video.

Contoh barangan dan rig serta aksesori permainan video dari razer, republic of gamers dan banyak lagi.

4. Iklan Penaja

Kebanyakan pemain atas talian (online gamers) sentiasa berhubung dengan peminat mereka. 


PUBG Mobile Miramar Gameplay Screenshot
PUBG Mobile Miramar Gameplay Screenshot
Sentiasa berkomunikasi meskipun bukan secara bersemuka. Banyak sahaja cara untuk 'interact' dengan peminat dan pengikut.

Sudah banyak sebenarnya platform untuk 'online gamers' berkomunikasi dengan pengikut melalui aplikasi streaming.

Dari poin ini, jika terdapat penaja, tidak kira yang terkait dengan permainan tersebut atau tidak, akan memberikan 'tugasan' untuk memprosmosikan barangan dan produk mereka ketika berhubung dengan pengikut atau yang melihat.

Upah tetap jalan.

5. Online Publisher (Adsense, Innity, Amazon dan Affiliate)

Apa yang penulis senaraikan di atas adalah sumber pendapatan pemain permainan yang mendapat 'upah' secara terus.

Ini adalah untuk yang mendapat 'upah' secara pasif.

Pasif dalam erti kata tidak begitu cuba keras (try hard). Anda terkenal dan sudah popular. Semestinya sudah boleh berdiri sendiri.

Sebagai contoh, anda masukkan (upload) video permainan anda di Youtube dan Blog anda. Dari sini anda boleh jana pendapatan melalui Google Adsense, sebagai contoh.



Teruskan sahaja 'kerja' anda dan pendapatan akan terus masuk mengikut tontonan.

Jom subscribe channel youtube blog ini untuk info menarik lain :




6. Penjualan Cenderahati (Merchandise)

Anda sudah terkenal sebagai seorang 'online/offline gamers'. Pengikut sudah ramai dan peminat berduyun-duyun.

Anda kini perhatian orang ramai dan menjadi idola. Usah kira pembenci (haters) mesti ada.

Inilah masanya para 'online gamers' mendapatkan hasil. Dengan jualan barangan merchandise sendiri.

T-shirt, mug, topi ataupun mafla dengan jenama gamers itu sendiri menjadi produk. Betul bukan ?

Bukan Mudah Untuk Menjadi Gamers Berjaya Dengan Cepat

Itulah antara cara pemain permainan video (gamers) untuk jana pendapatan.
Jadi jangan diingat bahawa bermain permainan video atau menjadi 'gamers' tiada masa depan.


Berjaya Sebagai Gamers
Berjaya Sebagai Gamers
Cuma usaha pertama yang perlu ada, tidak semua semudah memakan kacang yang sudah dikoyak kulitnya.

Perlulah kita membuka kulitnya tersebut, untuk menjadi pemula (beginner) memanglah sukar, namun apabila sudah konsisten dan ada kemahiran, Insha Allah berjaya.

Sebelum naik perlu ada usaha dan kemahiran. Pewdiepie (100mil award subscribers) bermula dengan minecraft di channel youtubenya dengan hanya 3-4 views. Itu contoh.

......bukan mudah untuk berjaya menjadi gamers dengan cepat kecuali anda adalah awek yang seksi dan comel, lelaki yang kacak, anak orang jaya..ini mudah.

Keperluan Asas Menjadi Gamer Pemula

Apa persediaan biasa sebelum menjadi Gamers, boleh klik link di bawah untuk mendapatkan keperluan asas seorang gamers

1. Internet berkelajuan tinggi
2. Computer Rig
3. Software Permainan 

Anda fikir anda tahu Bagaimana Cara Pemain Permainan (Gamers) Dapatkan Pendapatan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.