Header Ads

Lubuk Barangan Bundle Murah untuk Memulakan Bisnes Bundle Sendiri


"Cari Lubuk Bundle"

Bundle bermaksud bilangan sesuatu dalam kuantiti yang banyak dan disatukan.
Itulah yang menjadi maksud sebenar pakaian yang boleh dikatakan menjadi trend masa kini.


Lubuk Barang Bundle Borong
Lubuk Barang Bundle Borong
Fikiran negatif terhadap barangan bundle mula menjadi positif. Jika dahulu, jika kata kita dapatkan barang tersebut dari kedai bundle, ejekan dan cacian mula datang.
Itu mereka yang masih belum kenal dengan barangan bundle.


Apa Itu Barangan Bundle ?

Ya, betul. Barangan bundle adalah barangan terpakai, bukan barang baru yang masih ada plastik dan berbau kedai shopping complex.


Contoh Barangan Bundle Laris
Contoh Barangan Bundle Laris
Namun, apa yang menjadi rebutan terhadap barangan bundle adalah 'originality' nya.
Ketulenannya.

Jangan tidak tahu barangan bundle boleh mencecah puluhan ribu jika kena dengan nilai, ketulenan dan kesukaran mendapatkannya.

Tidak hairanlah jika ada seorang pemuda yang pulang ke kampung dengan sebuah Toyota Alphard (paling kurangnya) jika ditanya pekerjaannya, adakah seorang majistret, seorang artis, atau doktor.

Dengan selamba dia berkata berniaga bundle.

Berminat Untuk Memulakan Bisnes Bundle Sendiri ?

Bagi yang tahu sahaja boleh nampak betapa jauhnya masa depan perniagaan bundle. Jika tidak tidak akan ada yang mencari artikel ini.

Artikel ini untuk mereka yang percaya bahawa perniagaan bundle memberikan keuntungan lumayan dengan modal yang tidak besar.

Cuma, inginkan langkah dan cara serta lubuk untuk mendapatkan barangan bundle.

Mari penulis namakan lubuk untuk mendapatkan bundle ini dengan nama 'Lubuk X'.
Pada dasarnya, lubuk x terletak di negara Thailand.

Lubuk X terkenal dengan barangan bundle yang dijual dengan harga murah dan senang untuk didapatkan barangan bundle dengan gred terbaik.

Rahsia dan Panduan Lubuk Bundle yang Jarang Diketahui

Nak tahu di mana letaknya lubuk X, anda perlu berkorban sedikit sahaja.
Dengan mendapatkan satu naskah E-book yang ditulis oleh 'otai' bundle di Malaysia.


Lubuk Barangan Bundle Untuk Bisnes
Lubuk Barangan Bundle Untuk Bisnes
Dalam E-book ini terdapat isi penting seperti :

1. Lokasi sebenar "Lubuk X" di peta Thailand! Dan bagaimana untuk pergi ke sana? .

2. Saya tunjukkan anda bagaimana untuk pergi ke "Lubuk X" itu, menerusi laluan di utara, pantai timur dan juga laluan udara menaiki Kapal Terbang dari KLIA! .

3. Ada 10 perkara yang perlu anda persiapkan sebelum memulakan perjalanan anda ke Lubuk X, tertinggal salah satu dari 10 perkara ini! Perjalanan anda ke lubuk X mungkin akan menjadi bencana!

4. Bila dah sampai ke Lubuk X, nak duduk kat mana? Nak makan kat mana? Makan apa? Jangan risau!  Saya tunjukkan anda di dalam ebook ini tempat bermalam yang selesa dan murah serta  kedai makan yang halal di sana!

5. Ramai orang selalu fikir, hanya untuk dapatkan t-shirt dan jeans sahaja untuk dijual di kedai bundle, tetapi sebenarnya, ada banyak lagi barangan lain yang boleh anda jual di kedai bundle. Dalam ebook ini, saya tunjukkan 12 jenis barangan bundle yang boleh anda borong dari Lubuk X dan jual ia di Malaysia!

6. Bila dah tahu nak beli apa, tibalah masanya untuk membeli... tapi kalau anda tak pandai cakap thailand, macam mana nak beli? Jangan risau! Saya tunjukkan cara bagaimana saya borong berguni-guni barangan bundle di Lubuk X ini walaupun saya tak pandai cakap thailand sepatah haram pun!

7. Lepas dah borong berguni-guni... macam mana nak hantar ke Malaysia? Ah ha! Ada 2 cara! Saya tunjukkan caranya di dalam ebook ini! Anda tidak perlu lagi lakukan kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu di mana, saya membawa semua hasil borong itu menaiki kapal terbang! Tak pasal-pasal saya dikenakan cukai apabila sampai di airport! Rugi bos!

Ini adalah bulat-bulat ayat yang diberitahu oleh penulis E-book ini apa yang ada dalam bukunya.

Rahsia dan panduan ini ditulis oleh Encik Azuri Zakaria.

Kisah Pengalaman Otai Dalam Bisnes Bundle Di Malaysia

Jom Baca Sedikit Sebanyak Pengenalan Dengan Otai Bundle


Encik Azuri Zakaria


Nama saya Azuri Zakaria!Saya ni, sejak zaman sekolah lagi memang minat sangat kat barang bundle!
Kalau jumpa atau ternampak mana-mana kedai bundle masa tengah jalan-jalan... memang saya mesti akan masuk punya! Tak tahu kenapa.. tapi rasa macam seronok je bila dapat masuk kedai bundle dan lihat barang-barang yang dijual di dalam kedai tu!
Pada tahun 2009, kira-kira 10 tahun yang lalu.... saya telah memulakan bisnes bundle saya yang pertama dengan membuka kedai di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Masa mula-mula start bisnes dulu, saya ambil barang bundle dari pembekal di Singapore! Ambil secara guni! Satu guni, berharga RM200 masa tu!
Dalam guni tu pula, bercampur lah pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak. Masa mula-mula ambil tu.. ok!.. Tapi lepas 2-3 bulan.. bila buka je guni... 70% pakaian adalah pakaian wanita! Saya dah mula jem! Sebab tak cukup stok, saya try pula beli dari pembekal tempatan... beli secara guni juga! Tapi bila belah je guni tu... nak menangis rasa...  hanya beberapa helai baju je yang boleh dikategorikan sebagai gred C... selainnya...  gred E,F dan Z...  lebih sesuai untuk dibuat kain buruk sahaja!
Itu cerita saya masa mula-mula bisnes dulu lah......Tapi... Sekarang dah ok!
Ya! Sekarang dah ok! Sebab saya dah jumpa lubuk barangan bundle seperti yang saya ceritakan kat atas tadi! Benda inilah yang saya nak kongsikan dengan bos! Saya tak nak bos alami nasib yang sama seperti mana yang pernah saya alami suatu ketika dulu! Tercari-cari ... dimana lubuk yang terbaik untuk ambil stok barangan bundle!
Jadi, untuk memudahkan... saya ambil keputusan untuk tuliskan pengalaman saya ini menjadi sebuah ebook panduan!
Lebih mudah, lengkap dan teratur, sebab dalam ebook ni, saya dah susun pengalaman saya ini secara langkah-demi-langkah supaya mudah untuk diikuti!

Rahsia yang sudah menjadi panduan ini dijual pada harga RM70 sahaja.
Inilah modal pertama RM70 untuk anda.

Bonus E-book untuk Harga Sebuah

Opps!!

Mungkin anda fikir dengan bermodalkan RM70 anda akan memiliki satu sahaja buku rahsia untuk mendapatkan barangan bundle yang murah.

Semestinya tidak. terdapat dua lagi bonus untuk anda sebagaimana di bawah:


5 Barang Bundle Senang Di Jual
5 Barang Bundle Senang Di Jual

Tips dan Lubuk Jualan Bisnes Bundle
Tips dan Lubuk Jualan Bisnes Bundle

3 Buah E-Book untuk RM70 Sahaja!!!!

3 buah buku panduan untuk memulakan bisnes bundle dengan harga RM70. Masih tidak berbaloi ? Hmmm..mungkin anda patut berhenti sahaja impian untuk menjadi peniaga bundle yang berjaya.

Bagi yang merasakan 3 buah E-book ini dengan harga hanya RM70 berbaloi untuk anda boleh klik pautan pada gambar dibawah untuk membuat belian.


Anda fikir anda tahu Lubuk Barangan Bundle Murah untuk Memulakan Bisnes Bundle Sendiri ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.