Header Ads

10 Fakta Mengenai Jambatan Angkat (Drawbridge) Di Kuala Terengganu


"Terengganu Drawbridge"

Dari pengalaman sebelum terjadinya 'pelancongan' yang menyebabkan pelancong datang ke sesuatu kawasan atau tempat memerlukan satu tarikan.


Fakta Mengenai Drawbridge Terengganu
Fakta Mengenai Drawbridge Terengganu
Tarikan yang memberikan ingatan apabila berada di situ.


Terengganu : Bandaraya Warisan Pesisir Air

Terengganu darul iman. Mendengar atau membaca perkataan ini kepada pelancong semestinya terbayang keindahan pantai dan pulau-pulau apalagi makanannya.

Jika dahulu untuk mengingatkan tentang bandar Kuala Terengganu, penulis terbayangkan Bukit Besar yang tertulis 'Allah peliharalah Terengganu'.

Kini, drawbridge atau jambatan angkat (boleh dibuka-buka, portable) menjadi ikon bandaraya pesisir air Kuala Terengganu.

Fakta Menarik Mengenai Drawbridge Terengganu

Jom kenali drawbridge yang menjadi kebanggan rakyat terengganu ini.

1. Pembinaan jambatan unik yang juga sebahagian projek ECER itu membabitkan kos RM248 juta dan menjadi mercu tanda ikonik baharu yang pertama seumpamanya di tanah air dan Asia Tenggara.

2. Jambatan sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir itu adalah komponen dalam pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC).

3. 80 peratus daripada kira-kira 250 pekerja terbabit dalam projek pembinaan jambatan angkat adalah pekerja tempatan.

4. Jambatan yang diinspirasikan seumpama London bridge di London ini dibuka kepada umum untuk tempoh percubaan (sementara waktu) pada 2 Jun 2019 jam 7 pagi

5. Sebagai jalan pintas untuk menghubungkan Kuala Terengganu bahagian selatan dan Kuala Terengganu bahagian utara.

6. Terdapat dua buah menara pada jambatan drawbridge ini, menara selatan dan menara utara


Menara Drawbridge
Menara Drawbridge
7. Di menara selatan dijadikan galeri dan menara bahagian utara di jadikan restoran yang mampu menampung 200 orang. Restoran di tingkat 14,

8. Dua menara yang dibina ini dilengkapi dengan lif, surau dan tandas. Ruang solat dan tandas di tingkat 13.

9. Terdapat menara tinjau atau 'deck' di kiri dan kanan hujung tiang menara yang berlantaikan kaca dengan ketebalan 12mm dengan disusun sebanyak sembilan lapisan, membolehkan pengunjung melihat 'menembusi' lantai ke bawah.

Membolehkan pengunjung menikmati keindahan pulau persekitaran, Dataran Syah Bandar serta suasana Bandaraya Kuala Terengganu di waktu malam.
(Seumpama lantai Skybridge Langkawi dan lantai 'roof top' mall One City di Puchong)

10. Pihak berkuasa Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECERDC) yang bertanggungjawab membina keseluruhan projek Kuala Terengganu City Centre atau KTCC dan jambatan angkat ini yang menelan kos pembinaan kira kira Rm 5 billion.

Informasi Pengunjung

Lokasi Galeri Drawbridge Terengganu



Harga Tiket (harga promosi)


Harga Tiket (Promosi) Drawbridge Terengganu
Harga Tiket (Promosi) Drawbridge Terengganu
Warganegara Malaysia

Kanak-kanak (0-2 tahun) : Percuma
Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM 5.00
Dewasa (13-55 tahun) : RM 5.00
Warga Emas (55 ke atas) : RM 5.00

Bukan Warganegara

Kanak-kanak (0-2 tahun) : Percuma
Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM 10.00
Dewasa (13 ke atas) : RM 15.00

Waktu Operasi Galeri

Dibuka setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Jumaat terdapat waktu rehat dari jam 12:30 tengah hari sehingga 2:30 petang.

Pengalaman Melalui (Drive Through) Di Jambatan Angkat Terengganu


Drawbridge Terengganu
Drawbridge Terengganu
Dalam perjalanan untuk pulang ke Lembah Klang baru-baru ini penulis akhirnya berjaya menjejakkan kaki di Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu ini untuk kali pertama.

Setelah mendapatkan beberapa keping gambar.


Pandangan Dari Pesisir Payang
Pandangan Dari Pesisir Payang
Penulis abadikan sedikit kenangan pengalaman melalui jambatan angkat ini.
Boleh rujuk video di bawah;




Anda fikir anda tahu 10 Fakta Mengenai Jambatan Angkat (Drawbridge) Di Kuala Terengganu ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.