Header Ads

Tempat-Tempat Menarik Popular Di Sabah Malaysia


"Tempat Menarik Popular Sekitar Sabah"

Sabah terletak di Kepulauan Borneo. Dengan masa perjalanan menggunakan pesawat Airbus A320 dari KLIA2 ke KKIA selama 2 jam setengah cukup berbaloi.

Tempat Menarik yang Popular Di Sabah
Tempat Menarik yang Popular Di Sabah
Lapangan terbangnya sendiri sudah memiliki perkataan antarabangsa. Menjadi hub pelancong domestik dan luar negara.


Lokasi-Lokasi Percutian Popular Sabah

Pulau yang cantik, makanan eksotik dan tradisi manusia yang pelbagai, antara mengapa Sabah menjadi tumpuan pelancong. Memang banyak lokasi dan tempat menarik di Sabah, tetapi ini adalah lokasi percutian popular yang selalu dikunjungi di Sabah.

Disenaraikan tempat-tempat menarik sekitar Sabah yang selalu dikunjungi pelancong yang datang ke Sabah:

1. Pekan Kundasang


Replika Kobis Kundasang
Replika Kobis Kundasang
Kundasang tempat terletaknya Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Kawasan tinggi sebegini memang menjanjikan hawa cuaca yang memang sejuk.

Sejuk pada kulit dan sejuk mata memandang. Dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, lembah sekitar Kundasang memang cantik panoramanya.

Pelbagai tumbuhan jarang ditemui, tumbuhan ditanam juga menarik. Jangan lupa singgah di pasar malamnya untuk mendapatkan makanan yang jarang anda temui.
Dapatkan 'chicken wing' madu yang dibakar. Dalam suasana sejuk memang terbaik.

Dengan replika daun salad yang masih belum kembang, mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

2. Kinabalu Park, Kundasang

Ingin merasai sedikit pengalaman pendaki Gunung Kinabalu boleh berkunjung ke sini. Jika bernasib baik dapat bergambar di beberapa lereng bukit yang nampak puncak Gunung Kinabalu.

Jika cuaca tidak mengizinkan boleh juga bergambar di hadapan pintu gerbang permulaan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu walaupun belum berhasrat untuk menawan gunung ini.

3. Desa Dairy Farm in Mesilau, Little New Zealand of Sabah


Lembu Di Dairy Farm Kundasang
Lembu Di Dairy Farm Kundasang
Namanya sudah menggambarkan keadaan. Little New Zealand. Sebuah ladang ternakan lembu di lembah kaki Gunung Kinabalu. Ladang yang cukup luas dengan ternakan lembu hitam putih luar negara.

Bagi yang pernah menonton muzik video kumpulan Atmosfera Original Sabahan pasti akan teruja kerana penampakan Gunung Kinabalu adalah di hadapan dairy farm ini.

Selain melihat kepelbagaian lembu yang diternak tidak kira yang di kandang atau dilepaskan sekitar padang ragut, pengunjung boleh mendapatkan hasil tenusu yang segar selain mendapatkan gambar yang menarik dengan 'background' Gunung Kinabalu.

4. Polumpung Melangkap Kota Belud


Polumpung Melangkap Kota Belud
Polumpung Melangkap Kota Belud
Tidak berpeluang merasai air bersih berasal dari Gunung Kinabalu tidak mengapa. Hasil dari gabungan air terjun dari puncak Gunung Kinabalu menghasilkan beberapa anak sungai sebelum menuju ke laut.

Dalam perjalanan air ini akan menempuhi kawasan berbatu yang menghasilkan jeram.

Masih lagi dengan latar Gunung Kinabalu namun di kawasan jeram. Sangat indah panoramanya.

Lebih kepada aktiviti 'adventure' seperti berkhemah (bukan bersama si nopal), water-rafting, flying fox dan pelbagai aktiviti lasak.

Untuk yang sekadar inginkan mendapatkan panorama menarik ini adalah tempatnya.

5. Kelah Sanctuary Sungai Moroli Ranau


Ikan Kelah Sanctuary Ranau
Ikan Kelah Sanctuary Ranau
Ikan Kelah memang ikan yang tinggi nilainya. Dari segi sifat fizikal dan penampilannya yang elegan.

Bukan semua boleh memeliharanya.

Datang sahaja ke Sanctuari ini, beri makan dan pegang pun boleh. Memang jinak, tidak perlu menggunakan kaedah pelik untuk memanggil ikan-ikan Kelah ini datang kepada anda.

Dengan memberinya makan, penuh di kaki ikan ini. Urutan mulut oleh ikan-ikan Kelah ini mampu membuatkan anda tersenyum.

Melihat ikan-ikan berenang tidak tersedar masa berlalu, bukan sahaja kanak-kanak teruja malahan dewasa juga.

6. Pulau Sapi


Pulau Sapi Sabah
Pulau Sapi Sabah
Datang ke Sabah tanpa mengunjungi pulau-pulaunya tidak lengkap kunjungan. Pulau Sapi antara salah satu pulau yang terletak di dalam gugusan Pulau Tunku Abdul Rahman yang dijaga.

Sampai sahaja di jeti dengan airnya yang jernih dan latar belakang hutan tropika menghijau, tenang jiwa.



Apalagi apabila anda snorkeling di Pulau Sapi. Ikan-ikan yang jinak dengan kepelbagaian hidupan laut tambahan airnya yang jernih memang akan meninggalkan pengalaman kepada pengunjung.

Dari jeti Jesselton mengambil masa 20 minit untuk sampai.

7. Pulau Manukan


Pulau Manukan Sabah
Pulau Manukan Sabah
Sebuah lagi pulau yang kaya dengan hidupan laut, masih dengan panorama hutan hujan tropika sebagai latar belakang dengan pantainya yang memutih dan air kehijauan. Tempat snorkeling yang menjanjikan kepuasan dalam misi mencari ikan-ikan yang unik dan cantik di dalam air. Sungguh jinak.

Mandi manda adalah kemestian, jika bernasib baik boleh mandi manda dan berenang dengan ikan-ikan yang ada.

Untuk ke pulau-pulau sebegini di Sabah, dapatkan pakej island hopping di jeti jesselton Kota Kinabalu.

8. Ladang Teh Sabah Tea Ranau


I Love Sabah Tea
I Love Sabah Tea
Terletak di antara Pekan Kundasang dan Fish Spa Sungai Moroli. Terdapat satu-satunya ladang teh di kepulauan Borneo.

Selain menikmati keindahan kehijauan ladang teh boleh dapatkan kenangan bergambar dengan mercu tanda yang ada.

Kedudukan yang agak tinggi nun di atas bukit, meskipun tengah hari masih terasa hawa sejuk. 

9. Masjid Terapung Likas Kota Kinabalu


Masjid Terapung Bandaraya Likas
Masjid Terapung Bandaraya Likas
Selain tempat beribadah Masjid Terapung Bandaraya menjadi tumpuan pelancong. Terletaknya dekat dengan laut menghasilkan angin sepoi-sepoi apalagi masjid ini terapung di atas air.

Senibinanya juga menarik. Memang cukup cantik untuk bergambar.

Bagi non-muslim yang ingin memasuki melihat keindahan alam, disediakan jubah menutup aurat.

Dari luar cantik, dalaman indah.

10. Salut Sulaman Sepanggar


Salut Sepanggar
Salut Sepanggar
Air kelapa dengan laut jarang tidak serasi. Jum singgah dapatkan air kelapa muda yang dibakar di sekitar Jalan Sulaman ini, boleh menghilangkan dahaga, selain berkhasiat.

Mungkin ada yang belum pernah makan satu kepah yang dinamakan lokan.

Bolehlah mencuba lokan bakar mana tahu serasi dengan citarasa. Kawasan ini memang menjual makanan seperti yang disenaraikan di atas, sepanjang jalan. Itulah keunikannya.

11. Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu


Makanan Laut Segar Waterfront Sabah
Makanan Laut Segar Waterfront Sabah
Nak menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan laut (seafood) sinilah tempatnya. Dari pelbagai jenis, bentuk, warna dan rasa boleh didapati.

Dikelaskan kepada dua bahagian, satu bahagian untuk pembelian seafood dan satu lagi untuk di makan.

Kebiasaan apabila pengunjung datang ke sini akan memilih makanan laut di gerai-gerai makanan laut yang mentah yang cukup banyak.

Kemudian akan ke bahagian hujung yang merupakan kawasan restoran yang boleh masakkan untuk anda.

12. Pasar Filipina Kota Kinabalu


Shopping Cenderahati Di Pasar Filipina
Shopping Cenderahati Di Pasar Filipina
Jarang pelancong yang datang tidak akan membawa pulang ole-ole untuk diri sendiri atau mereka yang gagal datang bersama.

Disinilah tempatnya. Apa-apa jenis cenderahati boleh didapati, baju, keychain, semua ada.

Apa yang unik disini adalah mutiaranya, ramai pengunjung mencari mutiara di sini tidak kira dalam bentuk cincin, rantai, ataupun butang baju melayu.

Rambang mata mereka yang meminati mutiara untuk memilih.

Bukan barangan itu sahaja, keropok, amplong (keropok versi Sabah) , ikan kering dan macam-macam lain makanan yang boleh dibawa pulang.

Peniaga-peniaga disini juga cukup peramah, siap akan tolong bungkuskan barangan anda.

13. Tugu I Love KK 


Tugu I Love KK Sabah
Tugu I Love KK Sabah
Antara mercu tanda anda sampai di Kota Kinabalu. Perkatan 'I Love KK' yang bewarna merah (ketika penulis datang) boleh dijadikan bukti anda pernah menjejakkan kaki di sini.

Membelakangi laut membolehkan latar belakang lebih menarik.

14. Tugu Ikan Todak


Tugu Ikan Todak KK
Tugu Ikan Todak KK
Apalagi mercu tanda todak yang didirikan di tengah-tengah bulatan juga rugi jika tidak dijadikan kenangan, namun, berhati-hati kerana ia ditengah jalan raya.

Itinerary Percutian Sabah

Ini adalah sebahagian tempat menarik yang popular dan pernah penulis jejaki. Mungkin berpeluang ke Sabah lagi, akan ditambah tempat menarik yang berjaya dijejaki.

Boleh dapatkan contoh itenerary Kundasang-Kota Kinabalu di bawah:



Tips Percutian Ringkas

1. Mudahkan pencarian penginapan di tempat-tempat menarik sekitar Sabah dengan Traveloka.

2. Untuk tiket penerbangan Malaysia Airlines ada menawarkan harga promosi ke Sabah atau boleh jadikan Malindo Holidays sebagai pilihan lain.

3. Untuk ke pulau-pulau sekitar Sabah dan tidak mahu barangan peribadi basah boleh mendapatkan barangan HyperGear yang kalis air

Anda fikir adan tahu Tempat-Tempat Menarik Popular Di Sabah Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.