Header Ads

Teppanyaki Daging Kambing dan Ayam Di Teppan Sijangkang


"Teppan Sijangkang"

Mula-mula mendengar, membaca perkataan 'teppan' bukanlah mudah untuk diolah oleh otak penulis apakah itu teppan. Perkataan 'teppan' penulis temui di satu kedai makan di Sijangkang, itu yang pertama kali.


Review Teppan Sijangkang
Bagi peminat makanan berasaskan Jepun, perkataan teppan bukanlah sesuatu yang asing. Malahan boleh dikatakan agak popular untuk penggemar masakan atau menu dari Jepun.


Apakah Itu Teppan dan Teppanyaki ?

Setelah diperhalusi melalui carian di enjin carian, maka fahamlah penulis apa itu teppan. Teppan sebenarnya nama alatan untuk memasak makanan, jika di temui dalam kamus, teppan bermaksud 'iron plate' atau pelantar besi.

Dapur Teppanyaki
Dapur Teppanyaki
Perkataan 'pan' yang bermaksud kuali pun sudah boleh diagak, namun kuali yang mendatar, senang cerita kuali burger di tepi jalan.

Sepatutnya dipanggil 'burger teppan', sekadar meneka.

Hasil masakan di atas teppan ini maka terhasilah menu yang digelar 'teppanyaki'.

Konsep Barbecue dan Grill

Teppanyaki sebenarnya tidak jauh menyimpang dari 'grill' atau barbeku (bbq). Dengan cara gorengan kilas di atas teppan maka siaplah teppanyaki.

Kebiasaan teppanyaki menggunakan bahan mentah yang boleh di panggang seperti ayam, daging lembu dan daging kambing.

Untuk melengkapkan hidangan teppanyaki, daging-daging ini yang telah diperap akan digoreng kilas dengan sayuran dan bawang holland.

Dengan desiran dari jus perapan daging dan kepanasan teppan menambahkan selera penggemar makanan ini.

Kali pertama penulis mencuba hidangan teppan dalah di Kg Sijangkang. Sebuah kedai makan bersaiz sederhana yang diberi nama Teppan Sijangkang.

Menu Teppanyaki Buatan Malaysia

Dua jenis hidangan teppan yang penulis cuba adalah teppan ayam dan teppan daging kambing. Terdapat dua pilihan menu untuk kedua-dua jenis lauk ini, untuk makan bersama nasi atau meratah sahaja lauk ini.

Untuk bersama nasi, akan digelar set teppan ayam atau set teppan kambing.

Teppanyaki Daging Ayam Bakar


Teppan Ayam Bakar
Teppan Ayam Bakar
Dengan disediakan dalam satu pinggan mampu milik yang biasa ditemui di kedai dua ringgti atau ekonomi.

Dalam pinggan ini tersedia, daging ayam yang dipotong kecil kecil seumpama ingin dibuat sup, yang telah diperap dengan perapan seumpama bbq.

Digoreng kilas bersama dengan hirisan tomato, daun salad atau kobis beserta bawang holland.

Kuahnya tidak begitu pekat yang membolehkan ia digelar kuah berbanding sos. Pekat dan hitam boleh dianggap sebagai ayam masak kicap bersama sayuran.


Set Nasi Teppan Ayam Bakar
Set Nasi Teppan Ayam Bakar
Untuk set, nasi sepinggan diletakkan bersama semangkuk sup kosong (yang sememangnya kosong rasanya).

Teppanyaki Daging Kambing Bakar


Teppan Kambing Bakar
Teppan Kambing Bakar
Daging kambing bersaiz biasa dilihat di restoran-restoran steamboat and grill, yang pastinya sudah diperap sebelum di goreng kilas bersama sayuran dan bawang di atas teppan yang panas.

Daging kambing memang berbeza dari daging-daging lain, yang lainnya adalah aromanya. 


Sayuran Dalam Teppan
Sayuran Dalam Teppan
Digaul mesra antara daging kambing yang diperap dengan sayuran seperti hirisan tomato dan daun salad menghasilkan satu hidangan ranggup dan berperisa. Ditambah pula dengan bau dan rasa manis bawang holland yang turut ada dalam hidangan.

Tidak begitu jauh persembahan antara teppan ayam dan daging kambing, masih menggunakan pinggan mampu milik.

Sepinggan nasi (bukan semangkuk) akan disertakan bersama sup kosong untuk hidangan set teppanyaki daging kambing.

Hidangan Lain


Senarai Menu Teppan Sijangkang
Senarai Menu Teppan Sijangkang
Di Teppan Sijangkang, bukan hanya menjurus kepada dua hidangan di sebutkan di atas.
Terdapat hidangan lain berupa masakan panas. Pelbagai nasi goreng, tidaklah begitu pelbagai seumpama kedai tom yam siam, ada juga setengah-setengah hidangan yang tiada dalam menu.

Masakan Panas (Goreng-Goreng)

Untuk masakan panas, penulis telah mencuba nasi goreng seafood. Mimpi ngeri untuk memesan nasi goreng seafood adalah seafood nya tiada atau sedikit (kecil), rasa nasi goreng yang boleh dibuat campak-campak di kuali di rumah.


Nasi Goreng Seafood
Nasi Goreng Seafood
Ok, itu mimpi ngeri. Hakikatnya atau realitinya, di Teppan Sijangkang salah satu masakan panas yang diberikan nama, nasi goreng seafood di sini memang boleh dipuji. Dengan portion nasi goreng agak banyak, udang yang diletakkan di dalam hidangan besar dan banyak.

Seafood yang lain juga turut dihadirkan di dalam hidangan sotong turut kelihatan bertaburan.

Sizzling dan Claypot


Sizzling Claypot Teppan
Sizzling Claypot Teppan
Sizzling, masakan yang bukan selalu dilihat di kedai makan. Dari segi sizzling, cukup lengkap mengikut tema, datang dalam claypot dengan kuah yang masih gelegak.
Secara lahiriahnya, penulis boleh gelarkan sebagai sizzling claypot.

Kedai ini juga turut menyediakan makanan untuk sarapan termasuklah menu kacang pool untuk menu sarapan pagi.

Suasana Kedai

Bukan sekali dua penulis menemui kedai makan yang berkonsepkan suasan drama oleh Rashid Sibir atau suasana malap seperti dalam filem munafik dari Syamsul Yusuf.
Teppan Sijangkang turut mengaplikasikan tema ini. Malap dan kelip-kelip.

Susun atur kerusi dan meja berbentuk L dengan susunan yang agak banyak. Berada betul-betul di sebelah jalan raya.

Hiburan melihat orang lalu lalang itu ada. 

Tidak banyak sebenarnya boleh diceritakan suasana kedai ini kerana suasana yang memang romantik.

Ulasan Penulis

Makanan

Kali pertama mencuba masakan atas teppan sukar untuk membuat perbandingan dengan mana-mana.

Untuk kali pertama mencuba teppanyaki ayam dan teppanyaki kambing penulis lebih suka akan teppan kambingnya.

Teppan ayam tidak jauh sangat bezanya dengan ayam masak kicap (banjir) di rumah. Namun, yang lainnya kuah tidak begitu menghilangkan rasa ayam itu sendiri dengan terdapat rasa pedas lada hitam yang tidak begitu kuat.

Teppan kambing tidak begitu hamis dagingnya (bau kambing perlu ada), dagingnya masih manis oleh kerana tidak terlalu dibayangi oleh rasa kuahnya penulis masih lagi boleh merasai tektur lembut kambing.

Kuah dan daging kambing boleh dikatakan masing-masing tidak 'overshadow' rasa masing-masing.

Masakan panas di kedai ini nasi gorengnya cukup sedap. Dari pemerhatian penulis juga, ramai sebenarnya datang ke sini memesan masakan panas, lebih-lebih lagi nasi goreng. Seumpama masakan teppan bukan masakan utama.

Untuk sizzling dalam claypot yang penulis cuba, tiada sebarang keistimewaan selain kepanasan kuah dan agak hambar perisanya. Isteri penulis yang mencuba sizzling tersebut terpaksa menceduk kuah dari teppan penulis untuk dimasukkan ke dalam sizzling tersebut.

Harga

Kurang berbaloi sebenarnya teppanyaki daging kambing yang agak sedikit sebenarnya portion di dalam pinggan mampu milik. Dengan bayaran tersebut boleh dapatkan makanan lain yang lebih mengenyangkan.

Jika perkadaran portion dengan harga sekarang agak tidak berbaloi sebenarnya.

Dengan rasa teppan kambing yang biasa penulis rasakan harga tersebut tidak begitu berpatutan.

Untuk teppanyaki ayam, cukup berbaloi harganya cukup murah dan tersedia dengan set nasi yang boleh mengenyangkan.

Suasana

Ketika penulis datang ke kedai ini, lampu berjaya mempermainkan pengunjung. Ada sesekali terpadam dan berkelip-kelip.

Memandangkan kawasan sekitar adalah semak dan kebun, pengehadan pengcahayaan untuk kedai makan sebegini sebenarnya tidak sesuai melainkan memang tema anda seumpama rumah ustaz Adam filem munafik, untuk penjimatan bil eletrik.

Portion

Untuk portion lauk makanan selain teppan kambing memang terbaik. Cukup banyak tidak kedekut.

Informasi Pengunjung

Lokasi

Terletak di dalam Kg Sijangkang Telok Panglima Garang. Agak tersorok di tengah-tengah kampung namun tidak begitu sukar untuk ditemui.

Restoran Teppan Sijangkang,
Jalan Orkid, 
Kampung Sijangkang, 
42500 Telok Panglima Garang, 
Selangor



Harga Makanan

Teppan Ayam Bakar - RM4 (+RM1 untuk Nasi dan Sup Kosong)
Teppan Kambing Bakar - RM14 (+RM1 untuk Nasi dan Sup Kosong)

Masakan panas - Harga biasa di lain lain kedai 

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Mula beroperasi dari jam 8 malam hingga 11 malam.
Kebanyakan public holiday kedai ini akan tutup.

Parkir

Cukup terhad. Disarankan datang bukan dengan bas atau kenderaan melebihi saiz sebuah kereta sedan beramai-ramai.

Anda fikir anda tahu Teppanyaki Daging Kambing dan Ayam Di Teppan Sijangkang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.