Header Ads

Nasi Daging Kambing Bakar Warung Imam Muda Kampung Jalan Kebun


"Warung Imam Muda"

Menu kambing adalah antara menu yang memiliki peminatnya sendiri. Ada yang semata-mata berulang alik dengan jarak yang jauh semata-mata untuk menikmati menu masakan berasaskan daging kambing.


Nasi Kambing Bakar Warung Imam Muda
Nasi Kambing Bakar Warung Imam Muda
Hidangan kambing juga boleh wujud dalam banyak variasi pilihan selera. Ada yang dipanggang dan dicecah dengan kuah. Ada dijadikan lamb chop. Dijadikan lauk dalam nasi goreng dan pelbagai jenis hidangan.


Lamb Chop Hidangan Popular

Paling popular adalah dalam menu 'lamb chop', harganya juga lebih mahal berbanding hidangan western lain. Daging kambing memang sesuai dengan sediaan perapan sebelum dibakar. Jarang sekali jumpa dengan hidangan daging kambing goreng atau gulai.
Bukan tiada, cuma tidak sepopular daging kambing yang dibakar.

Jika dimakan dalam bentuk hidangan western food cukup biasa. Meratah daging kambing yang dibakar dengan coleslaw dan kentang goreng, itu biasa.

Kurang biasanya apabila dimakan dengan nasi putih dengan sup. Itu dahulu, kurang biasa. Tapi kini sudah banyak penyediaan menu kambing bakar dimakan bersama nasi dan sup.

Bukan kali pertama penulis mencuba hidangan sebegini, kali pertama ketika mencuba hidangan ini di Setia Taipan Setia Alam.

Daging Kambing Bakar Jalan Kebun

Untuk kali ini, penulis mencuba pula nasi putih dengan sup berlaukkan daging kambing bakar di kawasan yang sedang membangun kepesatan ekonomi dari sosio permakanan iaitu Jalan Kebun.

Jalan Kampung Lombong sebenarnya. Terdapat sebuah kedai makan yang menyediakan hidangan nasi daging kambing bakar set di Jalan Kg Lombong ini. Kedai tersebut dikenali sebagai Warung Imam Muda.

Bukanlah asing bagi penulis yang pernah menetap di kawasan sekitar sini. Namun ini kali pertama mencuba hidangan disini.

Warung Imam Muda Jalan Kebun

Nama warungnya sahaja sudah komersil. Warung Imam Muda, merupakan gelaran yang cukup laris di dunia selebriti apabila terdapat gelaran ini dipangkal nama.

Kita akan bercerita perihal asal usul Warung Imam Muda nanti, siapakah iman muda tersebut ?

Set Nasi Kambing Bakar Imam Muda

Kita menyelusuri perihal nasi kambing bakar popular di warung Imam Muda Jalan Kebun ini.

Set Nasi Daging Kambing Bakar Imam Muda
Set Nasi Daging Kambing Bakar Imam Muda
Tersedia dalam kategori set, pesan sahaja sudah pasti pengunjung akan diberikan hidangan seperti:

Nasi Putih


Semangkuk Nasi Putih
Semangkuk Nasi Putih
Nasi putih yang dalam 'portion' bentuk mangkuk kecil. Pastinya yang masih panas. Nasi yang bewarna putih tanpa sebarang warna lain.

Didatangkan dalam pinggan.

Daging Kambing Bakar Black Pepper


Daging Kambing Black Pepper
Daging Kambing Black Pepper
Sepinggan daging kambing yang dibakar dilelehkan dengan sos lada hitam. Diletakkan sekali sayuran seperti hirisan timun dan daun salad.

Hijau dan hitam kombinasi pada pinggan ini.

Bau hamis menandakan memang daging kambing disediakan.

Sup Kosong


Sup Kosong
Sup Kosong
Nasi yang pejal dan daging yang tekturnya liat-liat kambing, sos yang mampu melekat di kerongkong.

Sup adalah kombinasi terbaik untuk membantu campuran-campuran ini sampai ke tangki perut selepas dilincirkan olehnya. Sup berperisa dengan taburan daun sup.

Teh O Ais Limau
Teh O Ais Limau
Bilas segala makanan yang berjaya ditelan dengan teh o ais limau.

Ulasan Penulis

Dari segi rasa daging kambing bakar dengan sos, sedap, bukan terlalu sedap atau terlalu tidak sedap. Sesuai dengan harganya. Portion lauk boleh diberikan pujian, agak banyak.

Rasa Daging Kambing

Dari segi tektur daging kambing, masih lagi dari aspek sedan-sedan, masih senang dikunyah tidak begitu liat. Cukup senang menggunakan sudu dan garfu untuk meleraikan isi dengan tulang. 

Terdapat bau hamis kambing, untuk mereka yang tidak gemarkan bau ini mungkin akan terkesan sedikit.

Rasa Sos Lada Hitam

Sos lada hitam tidak begitu menonjol, dengan maksud adalah baik kerana tidak terlalu merosakkan rasa daging kambing. Agak cair dan sukar untuk melekat pada daging. Namun masih sedap.

Sup kosongnya tidak begitu kosong. Masih terdapat rasa penambah perisa kekurangan rasa rempah.

Dari segi persekitaran, kerana terlalu hampir dengan parit bersebelahan mungkin terdapat masa yang menghadirkan aroma yang tidak senang dari kawasan parit.

Rating Warung

Secara keseluruhan agak baik, adakah penulis akan datang lagi ? Ya
Dengan mata 3.5/5 boleh diberikan.

Info Warung

Meskipun dinamakan Warung Imam Muda, kedai makan ini bukanlah dimiliki atau ada tempias dari rancangan realiti Imam Muda di Astro.

Imam muda yang terdapat pada nama warung ini adalah kerana pemiliknya adalah seorang imam muda (timbalan imam) di kariah ini.

Penulis juga ada terfikir adakah ia milik salah seorang peserta imam muda di kaca tv. Memang bukan tepat sangkaan penulis.

Konsep islamik diterapkan dalam pengurusan warung, dengan alunan dari corong pembesar suara yang menyenangkan dan dengan pemakaian pekerja yang lebih menjurus kepada kesopanan dan kesusilaan.

Informasi Pengunjung

Lokasi Di Kg Jalan Kebun

Terletak di Lorong Haji Hussain, Kampung Jalan Kebun tidak sesukar mana untuk ke warung ini.

Jalan Haji Hussin, 
Kampung Jln Kebun, 
40460 Shah Alam, 
Selangor



Waktu Operasi Warung Imam Muda

Dibuka setiap hari kecuali hari jumaat. Beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 3 petang. Dua sesi makanan disediakan, 8-11.30 pagi untuk sarapan dan 11.30 sehingga 3 petang untuk hidangan berat.

Harga Makanan

Dua set nasi daging kambing bakar dengan air limau ais dan teh o ais limau dalam RM22.50

Kawasan Parkir

Cukup Luas dan disediakan untuk pengunjung. Melebihi 10 kenderaan bersaiz sedan boleh dimuatkan dalam satu-satu masa.

Anda fikir anda tahu Nasi Daging Kambing Bakar Warung Imam Muda Kampung Jalan Kebun ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.