Header Ads

Aktiviti Hiking Ke Puncak Bukit Keluang Besut Terengganu


"Hiking dan Trekking Bukit Keluang"

Bukit Keluang bukanlah satu destinasi asing bagi penulis. Lebih kurang 2 tahun lebih penulis menjadikan Bukit Keluang sebagai kawasan permainan.




Apa tidaknya, dua tahun meneruskan pelajaran di MRSM Kota Putra (Ulul Azmi ketika ini). Dengan berbasikal saban petang ketika di bangku sekolah sebagai riadah santai budak asrama.


Ketika itu Bukit Keluang masih belum tersohor seperti sekarang.

Dengan naiknya nama Bukit Keluang dan pantainya, kini penduduk Kuala Besut sudah boleh berbangga dengannya.

Dahulu hanyalah kawasan hutan gelam tepi laut yang panas bahangnya ditiup angin dari Lautan China Selatan.

Aktiviti Di Bukit Keluang Besut

Apa yang ada di Bukit Keluang ?


Dari kawasan tandus dan tidak bermaya. Bukit Keluang sudah mula menjadi destinasi penduduk tempatan dan luar dalam kategori riadah dan rekreasi. Kawasan tarikan pelancongan Bukit Keluang yang berada dalam daerah Besut ini dikelaskan kepada dua aktiviti tipikal.

1. Hiking dan trekking Bukit Keluang dan 
2. Aktiviti air sekitar Pantai Bukit Keluang.

Jika sebelum ini penulis berpeluang mandi-manda di pantai Bukit Keluang bersama keluarga, kini tiba giliran untuk penulis menawan puncak Bukit Keluang itu sendiri.

Hiking dan Trekking Di Bukit Keluang

Bukit Keluang bukanlah satu-satunya tempat tinggi yang pernah penulis lakukan aktiviti hiking, Gunung Tebu dan Gunung Nuang pernah penulis tawan.


Bukit Keluang adalah salah satu hasil lipatan benua yang terjadi di zaman lampau yang menyebabkan berlakunya kenaikan struktur tanah yang membentuk tanah tinggi sehingga digelar bukit.

Apa yang menarik mengenai Bukit Keluang adalah kedudukannya yang menghadap Laut China Selatan. Kaki bukitnya memangn mencecah gigi air laut. Itulah antara keistimewaan Bukit Keluang. Para pendaki bukan sahaja boleh menikmati permandangan dari udara namun merasai sendiri bayu laut di hadapan.

Ketinggian Bukit Keluang Besut 

Bukit yang dalam kategori sederhana ini berketinggian 346 meter dari aras laut (approx. 1135 feet from Mean Sea Level) menjanjikan suatu yang baharu pada mereka yang baharu saja ingin mencuba menawannya.

Jenuh di media sosial gambar pendaki yang berjaya menawan puncak Bukit Keluang dengan gambar dengan satu papan tanda dengan jarak destinasi dunia. Penulis jadikan papan tanda ini sebagai garisan tamat pendakian.

Dua Pintu Masuk Permulaan Pendakian

Terdapat dua entri atau permulaan pendakian untuk menuju ke puncak Bukit Keluang.




Berdekatan parkir kenderaan atau dibahagian belakang bukit. Namun, lebih ideal adalah dibahagian belakang bukit yang memerlukan pendaki berjalan kaki lebih kurang satu kilometer setengah dari kawasan parkir.

Bawa kereta boleh ke sana, namun sama sahaja pada akhir pendakian anda akan ke tempat tadi dengan berjalan, lainlah ada yang mengupah uber untuk 1.5km tersebut.

Kawasan parkir ditempat belakang ini disediakan cukup luas juga. Pendakian dimulakan dengan mercu tanda billboard yang agak besar yang menyatakan selamat datang ke Bukit Keluang Besut.

Permulaan Pendakian ke Puncak

Pendakian bermula melepasi satu pentas yang didirikan billboard besar tadi. Melalui denai pendakian yang telah disediakan penulis, isteri dan adik ipar memulakan pendakian.
Dengan baju larian dan berseluar celoreng askar menjadi semangat untuk menawan puncak Bukit Keluang.




Wow! Bukan semudah yang disangka sebenarnya. Jalan kaki 1.5km dari tempat parkir tidak cukup sebagai 'warming up' untuk mendaki. Memerlukan warming up yang cukup bersedia sebenanya. Boleh dikatakan agak curam untuk beginner dan mungkin pemanas badan untuk otaik hiking.

Tali disediakan untuk berpaut, jika tidak larat jangan dipaksa dan bolehlah berehat sebentar di bangsal yang ada didirikan untuk berehat dan berteduh.

Pastikan air dibawa secukupnya. 

Struktur Muka Bumi

Struktur muka bumi laluan adalah batuan, tanah liat dan akar-akar pohon besar. Memang hiking dalam kondisi sekeliling alam semulajadi melainkan bangsal dan tali berpaut semuanya alam semulajadi.




Berpeluh juga untuk menghabiskan beberapa ratus meter pertama. 300 meter lebih jika di laluan mendatar apalah sangat, apabila agak condong ia agak mencabar mereka yang jarang hiking, seperti penulis.

Kawasan redup dengan kanopi pohon tropika kiri, kanan mula cerah dengan pancaran matahari, itu penanda sudah mula sampai di puncak.

Dari pendakian kini berubah struktur muka buminya kepada mendatar, boleh memulakan acara menyedut oksigen dan menghilangkan penat. 

Sampai ke Puncak Bukit Keluang

Sampai sahaja di kawasan mendatar ini bermulalah perjalanan menyusuri lereng bukit dengan permandangan lautan. Cukup berkobar untuk meneruskan perjalanan.




Meskipun berada betul-betul di lereng bukit menghadap laut. 'Handrail' atau tempat berpaut ditempatkan sekitar lereng untuk memudahkan pendaki berpaut.

Masih belum sampai.

Nun disana, terdapat 'checkpoint' lain yang lebih menarik. Kalau tidak silap penulis, tiga 'checkpoint' untuk disinggahi.



Dalam keterujaan mencari port terbaik melayan permandangan laut dari aras 300 meter, pastikan awasai setiap langkah kerana lerengnya yang agak curam.



Mujur ada isteri dan adik ipar yang sudi menemani penulis membuat pendakian setlah sekian lama lutut tidak merasai bengkok ketika memanjat bukit.




Papan Arah Popular

Di checkpoint seterusnya inilah terdapat mercu tanda puncak yang agak popular dalam gambar, penunjuk arah dengan jarak. Terdapat juga papan tanda bahawa anda sudah berjaya menawan Bukit Keluang yang berketinggian 346 meter ini.




Tempat berehat yang luas dengan bumbung ada disediakan untuk berehat atau merawat hasil dari pendakian. Tiada sebarang kedai atau tempat membeli makanan atau minuman di bahagian atas, jadi bawalah secukupnya bekalan anda.




Ambil masa yang agak lama juga untuk menikmati alam sekitar, terasa agak sayang jika tidak diabadikan memori disini.




Rugi jika tidak diabadikan dengan kamera kawasan yang dilalui semestinya dengan warna alam yang begitu indah. Kehijauan dan kebiruan dengan kanvas alam semulajadi.




Jika dilihat ke arah tenggara, Bukit Keluang seumpama memiliki ekornya. Seolah-olah sedang hikinh pada bahagian belakang badan naga.




Penurunan Bukit Bermula

Tiba masa untuk pulang dan turun dari puncak Bukit Keluang. Bukan melalui laluan yang sama hanya memerlukan perjalanan, kali ini dalam posisi menuruni.




Banyak lagi sebenarnya 'jendela' yang ada selain dari di kawasan puncak tadi. Jendela yang memberikan permandangan cukup cantik.




Semasa menuruni bukit ini, setelah di beritahu oleh seorang hiker tegar Bukit Keluang, Abang Fauzi yang juga anak tempatan sini, terdapat satu pokok yang memiliki lubang di dalamnya. Dengan rasa tanpa segan penulis memasuki lubang tersebut. Agak 'rare'.



Sungguh beruntung bertembung dengan 'otai' yang banyak kali mendaki Bukit Keluang. Pelbagai ilmu dalam hutan dikongsikan. Dari pengalaman bertahun-tahun bersama alam semulajadi, abang Fauzi cukup arif dengan tumbuhan dan kawasan sekitar. Pelbagai info mengenai Bukit Keluang dikongsikan.




Beberapa ratus meter untuk sampai ke kaki bukit, perjalanan agak mencabar sedikit dengan laluan agak curam dan bentuk muka bumi yang agak licin. Pemakaian kasut hiking yang sesuai perlu dipatuhi.




Bak kata 'announcer' tren, please mind your step.




Apabila sampai di kaki bukit dan mendapatkan hembusan oksigen dengan tenang. Dapatkan minuman dan makanan di gerai berdekatan. Jangan balik lagi. Tenangkan jiwa dengan berjalan sekitar pantai di Bukit Keluang. Tenang is good.




Mungkin ingin bermain air atau melalui gua-gua yang terbentuk sekitar Bukit Keluang.




Mesti ada yang tertanya-tanya kawasan penggambaran Andainya Takdir 2 dimana keluarga Airil bermain-main ditepian pantai yang berbukit serta menaiki bot mengelilingi pulau.

Lokasinya adalah di Bukit Keluang Terengganu inilah.

Tonton sedikit video pergerakan manusia-manusia sepanjang pendakian ke puncak Bukit Keluang Besut.





Harap boleh datang lagi ke sini dengan waktu dan kelenagkapan yang lebih sesuai. Lagi menarik jika berpeluang menyaksikan matahari terbit dari ufuk timur pada waktu pagi.



Sebelum berjaya memulangkan diri sendiri ke rumah, singgah sebentar di sekolah yang banyak kenangan haha. MRSM Kota Putra.



Informasi Pengunjung

Lokasi Bukit Keluang

Terletak tidak jauh dari pekan Kuala Besut. Cukup mudah untuk ke destinasi dengan kenderaan. Grab juga mungkin dapat membawa anda ke sini.



Waktu Operasi

Oleh kerana Bukit Keluang menghadap Laut China Selatan yang menghadap laut arah timur. Sesuai untuk datang sesudah subuh untuk melihat matahari terbit dari timur.

Mula panas dan mungkin berpeluh sekitar jam 8 pagi.

Kemudahan Awam

Tandas awam disediakan. 

Tempat jualan air dan makanan ringan disediakan. Malah terdapat kedai makan yang beroperasi.

Parkir Kenderaan

Cukup luar sememangnya disediakan untuk pengunjung yang ingin menikmati pantai dan hiking. Petak-petak parkir tersedia. Tanpa sebarang bayaran dikenakan.

Anda fikir anda tahu Aktiviti Trekking dan Hiking Di Bukit Keluang Besut ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.