Header Ads

Ada Apa Dengan Permainan PlayerUnknown's BattleGrounds (PUBG)


"Sejarah Erangel"

Erangel sebuah kepulauan yang agak asing. Tidak semua orang tahu akan sejarah tempat ini. Sebuah pulau yang agak besar dengan beberapa pulau kecil mengelilinginya.


Pertempuran Di Erangel
Pertempuran Di Erangel
Erangel seumpama pulau tinggalan pihak soviet ketika perang. Sunyi dan tiada penghuni. Bertemankan angin dan bauan kesengsaraan dengan panorama seumpama bumi sudah tiada makhluk bernyawa.


Erangel Map Classic
Erangel Map Classic
Malahan kelibat seekor lalat pun sukar ditemui apalagi desingan bunyi nyamuk di cuping-cuping telinga.

100 Orang Berperang Sesama Sendiri

100 orang pejuang telah ditempatkan di sebuah pulau kecil nun jauh di penjuru atas kanan geografi Erangel.

Berlainan watak dan perilaku dengan hanya berpakaian seluar dalam dan coli sahaja untuk wanita. Jika bernasib baik mampu memiliki seluar slack hitam dan baju kemeja hitam.

Apabila cukup 100 orang kapasiti yang ada di pulau tersebut yang memerlukan hanya satu minit untuk memenuhi pesawat pengangkut buatan Lockheed, Charlie C-130 Hercules.

Terjun Dari Pesawat C-130 Hercules

Pesawat C-130 ini hanya mampu mengelilingi Erangel sahaja. Melepasi Erangel tidak pernah seumpama bahan apinya sekadar mampu memberikan kuasa dalam perimeter Erangel sahaja.


Terjun Dari C130 Hercules
Terjun Dari C130 Hercules
100 orang manusia yang berbekalkan backpack yang berisi payung terjun 'dipaksa' untuk terjun menyentuh bumi Erangel, jika tidak mahu terhempas dengan C130 yang ditumpangi tadi.


Parachute Dalam PUBG Mobile
Parachute Dalam PUBG Mobile
Pencarian Senjata dan Barangan Ikhtiar Hidup

Setiap peserta akan menuju ke kediaman atau fasiliti tinggalan yang tidak lagi berfungsi di Erangel.

Looting Dalam Rumah Jumpa UMP4
Mencari segala perkakas (loot) untuk meneruskan kelangsungan hidup di bumi Erangel usang.

Senjata dan peluru, pakaian, alatan medikal akan ditemui di fasiliti dan kediaman terpilih. Nasib baik mungkin akan menemui sniper riffle, M16 atau AK-47 dengan peluru dan scope sekali.



Bergantung kepada terjahan ke bumi di mana 100 orang tadi singgah. Letih untuk marathon jangan risau, pelbagai kenderaan boleh didapati dari jip askar, ATV serta kereta volvo apalagi motosikal boleh digunakan.

Menjadi Wira 1 Dalam 100

Misinya hanya satu, teruskan hidup sehingga tinggal seorang sahaja, ya, dari 100 orang yang terjun bersama.




Bunuh sesama sendiri sehingga anda adalah manusia terakhir di bumi Erangel.Jika anda tidak membunuh, bom dari C130 dan serangan 'nuklear' biru akan menamatkan riawayat anda. Itu, dalam versi solo, anda juga boleh melakukan misi untuk terus hidup dalam 2 atau 4 orang untuk mencapai gelaran terakhir!!

WINNER WINNER CHICKEN DINNER!

Ini adalah sinopsis ringkas sebuah permainan yang cukup popular dimainkan ketika ini. Bermula dengan permainan 'Battle Royale' yang memiliki filem dan novel sendiri buatan Jepun. 

Keinginan Membunuh Ala Hunger Games dan The Purge

Keinginan tahu manusia mengenai sifat manusia sendiri sebagaimana filem 'Purge'.
Keinginan mengetahui apa yang akan berlaku jika ditempatkan di sebuah pulau atau tempat asing, berbunuhan semasa sendiri sehingga tinggal seorang sahaja yang tinggal.

Mungkin sedikit tema dari sekuel, filem epik Hunger Games.

PlayerUnknown's BattleGrounds (PUBG)



PUBG atau disebut PUB-G (sebutan:pab G), PlayerUnknown's Battle Ground ini adalah ciptaan Brendan Greene.

Sejarah Penciptaan PUBG

Brendan Greene bukanlah seorang designer/programmer permainan tetapi adalah seorang jurukamera dan pereka laman web dari Ireland.




Permainan 'Arma' dan 'DayZ' adalah permainan ciptaannya selepas kembali dari Brazil.

Greene ingin mencipta satu permainan di mana pemain dapat melepaskan 'kebebasan' dan 'ketamakan' untuk melakukan sesuatu apabila diberikan peluang untuk meneruskan hidup apabila berperang.

Kolaborasi Blue Hole Korea Selatan

Kolaborasi dengan Chang Han Kim, pereka permainan dari BlueHole Korea mula menjanakan peluang PUBG untuk hadir ke muka bumi.




Dengan tema 'Battle Royale' dan inspirasi permainan Greene terdahulu, DayZ. Mula dibangunkan sekitar 2016.

Di Lancarkan Kepada Dunia Secara Rasmi

Pada Mac 2017, PUBG telah dilancarkan secara rasmi.

Tiga hari dilancarkan, PUBG berjaya meraih kutipan sebanyak $11 juta dengan harga jualan $29.99 satu unit perisian permainan.

Pengguna android dapat download permainan ini dengan percuma di Play Store, untuk mobile semua percuma bukan sahaja untuk android sebenarnya.

Inovasi Kisah Combat Permainan Sebelumnya

Bagi peminat permainan video Counter-Strike dan Call Of Duty, PUBG adalah satunya permainan yang dinantikan.

Mujurlah dengan Huawei Nova 2i 4GB RAM berjaya penulis pasang di android penulis tanpa sebarang kesukaran.

Lebih banyak peta (maps) akan dibawakan ke dalam PUBG. Maka akan lebih meriah PUBG nanti.

Kini penulis sudah menjadi sebahagian dari PUB-G walaupun dalam versi Mobile. Menggunakan PC mungkin lebih seronok.


*segala gambar adalah dari screen shot PUBG-Mobile, kerana penulis bermain untuk mobile


Anda fikir anda tahu Ada Apa Dengan Permainan PlayerUnknown's BattleGrounds (PUBG) ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.