Header Ads

Nasi Kukus Ayam Panggang Sedap Di Cowboy Place Port Dickson


"Review Nasi Kukus Ayam Panggang Koboi Port Dickson"

Nasi ayam biasanya mudah didapati di sekitar kawasan yang biasa ditemui seperti pekan dan bandar atau di kawasan penduduk ramai.Nasi ayam bukanlah satu hidangan makanan yang asing bagi penduduk Malaysia.


Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy PD
Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy PD
Nasi yang berlaukkan ayam yang dipotong dilengkapi dengan sup kosong dan kicap serta sambal, memang menyelerakan apalagi ketika perut sedang meminta-minta diisi.


Biasanya menu nasi ayam menggunakan ayam yang digoreng setelah diperap dengan rempah tertentu. Ayam tergantung di kedai nasi ayam begitulah kaedah biasanya.

Kali ini nasi ayam menggunakan ayam yang dipanggang menjadi satu kaedah lain untuk membentuk satu hidangan istimewa.

Ayam Dipanggang Dengan Rempah

Ayam yang diperap dengan rempah ratus yang tersendiri oleh pengusaha dan dibakar diatas bakaran arang kayu yang menghasilkan rasa berlainan. Itu satu hal, keunikan nasi ayam yang menggunakan ayam yang dipanggang sebagai lauk.


Ayam Di Panggang
Lagi istimewa adalah kawasan jualan nasi ayam panggang ini. Di perkampungan koboi ala-ala kisah retro Wild Wild West yang menempatkan ramai koboi yang tipikalnya bertopi bulat dan dilengkapi pistol pada pinggang, tersisip angkuh.

Koboi Suka Nasi Ayam

Koboi gemarkan nasi ayam ? Agak sukar ditelan pemikiran seketika keran itu boleh menyebakan wartawan Ripley Believe It or Not mampu membuat liputan.


Koboi dan Ayam Panggang
Tidak mustahil sebenarnya menemui nasi ayam panggang di kawasan penempatan koboi apalagi wujudnya kawasan ini di Port Dickson, negeri Sembilan.

Cowboy Place Di Port Dickson

Dimana ? Di Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson.


Nasi Ayam Panggang Cowboy Style
Memang unik satu kawasan ala-ala penempatan koboi yang diwujudkan dengan suasana Texas. Topi koboi, aneka jenis pistol, hiasan red indian serta motor motor retro zaman tv hitam putih belum wujud menghiasi Cowboy Place ini.

Pengunjung yang datang bukan sahaja boleh menghilangkan lapar dan dahaga malah menghilangkan 'lapar' di mata dengan hiasan koboi disekeliling.


Pintu Masuk Restoran
Inilah 'trademark' nasi kukus lauk ayam panggang disini. Makan dalam suasana koboi. Jarang ditemui di mana-mana, malahan di tempat asal koboi sendiri tiada nasi kukus ayam panggang.

Kawasan Strategik Pelancongan Port Dickson

Menu utama di restoran yang terletak di Jalan Pantai menuju Tanjung Tuan ini adalah nasi kukus dan ayam panggang.

Dari jauh sudah kelihatan asap putih berkepul-kepul menyelubungi udara sekitar menandakan sudah mula beroperasi pemanggangan ayam yang dibelah kepada empat bahagian sedang berjalan.

Apalagi datang lebih dekat, lagilah mula tercabar keroncong di perut dengan aroma baunya.

Ayam Panggang Menyelerakan

Segala pancaindera mula terusik, dengan ayam yang digolek dengan kadar putaran mesin yang sederhana dan kelihatan pengunjung beratur menunggu giliran mendapatkan hidangan utama ini.

Ayam Bakar Sedap
Mula sampai di hadapan restoran sahaja sudah merasakan betapa koboinya anda untuk berada di sini.

Suasana Penempatan Koboi 

Dengan bentuk papan tanda yang dipengaruhi rekabentuk papan tanda di zaman koboi pengunjung mungkin tiba-tiba merasakan diri adalah seorang koboi.


Lukisan Koboi
Sekitar kawasan bertemakan koboi. Lukisan hero-hero kobi turut diletakkan. Memang keterujaan sebelum menjamu selera dapat menjamu selera mata memandang.



Untuk suasana yang lagi realiti, terdapat satu kawasan seumpama bar tempat para koboi melepak dengan hiasan pelbagai jenis topi koboi dan terdapat juga senapang serta motosikal dipamerkan dipertengahan kawasan restoran.



Lepas enak menjamu mata, jum bercerita tentang tugasan utama. Iaitu mendapatkan makanan yang ada.

Konsep Layan Diri

Di restoran ini kaedah layan diri diperlukan. Setiap menu makanan ditempatkan di stesen masing-masing. Ayam panggang, nasi kukus, sayur dan lauk sampingan serta air ditempatkan di stesen berlainan.


Tempat Pesan dan Bayar
Pengunjung perlu membuat pesanan dan bayaran dahulu di tempat pembayaran yang terletak ke dalam sedikit dari kawasan pintu masuk.


Tempat Pesanan Minuman
Di atas meja sudah terdapat set makanan yang disediakan, pesan dan bayar. Anda akan diberikan resit untuk mendapatkan makanan di stesen-stesen yang telah disediakan.


Layan Diri
Cari Tempat Duduk - Pesan - Bayar - Ambil Makanan/Minuman

Set Nasi Kukus Ayam Panggang 

Penulis memilih set nasi kukus ayam panggang dengan jus tembikai dan teh o ais.


Set Nasi Kukus Ayam Panggang
Dalam set ini disediakan satu portion nasi dengan kuantiti semangkuk (mangkuk nasi kukus), keratan ayam panggang yang dipotong dengan saiz ayam seekor dikerat lapan, satu mangkuk sup kosong dan sambal kicap semangkuk. Timun sebagai ulaman.


Sepinggan Nasi kukus Ayam Panggang
Sebagai hidangan sampingan penulis mencuba kailan ikan masin. Turut dihidangkan adalah telur dadar. Segalanya seumpama 'ala carte', bayar dan pilih yang mana makanan yang diingini.


Hidangan Sampingan
Untuk satu set nasi kukus ayam panggang, harganya adalah RM6.00 - RM7.00
Harga untuk penulis di hari tersebut adalah RM 6.00.

Beli Lauk Ayam Panggang 

Pelanggan juga boleh membuat belian ayam panggang yang disediakan jika tidak mahu memesan set nasi kukus biasa. Mungkin yang datang ramai dan boleh membuat belian secara seekor-seekor ayam panggang. Seekor atau dikerat dalam pelbagai saiz.


Ayam Panggang Pelbagai Saiz
Harga untuk ayam panggang berlainan mengikut saiz, seperti:

1 Ekor: RM 20.00
1/2 Ekor: RM 10.00
1/4 Ekor: RM 5.50
Pedal, Tongkeng, Bebola, Sosej: RM 1.00

Pilihan Minuman Terhad


Jus Tembikai
Dari segi penyediaan minuman, hanya air jus tembikai, jus epal dan air kosong sahaja yang disediakan. Namun, memang segar kerana pelanggan akan diberikan jus yang baharu sahaja beberapa saat di kisar. Itu dahulu tetapi sekarang teh o ais ada disediakan.

Hiburan Lagu 'Country' Dari Live Band

Sedang enak melayan nasi kukus dengan ayam panggang boleh juga layan lagu dari busker atau live band yang dibayar pihak restoran.


Live Band
Alunan lagu 'country' yang menjadi kegemaran Blake Shelton dalam The Voice menjadi peneman penulis dan isteri menjamah hidangan di dalam suasana dekorasi ala-ala bar cowboy di Texa, Amerika.

Begitu romantik dan mempesonakan ditambah dengan makanan yang sedap.

Pilihan Ruang Makan Banyak

Pilihan Tempat Duduk Banyak
Luas kawasan ruang makan, memanjang sehingga ke belakang. Pilihan meja dan kerusi cukup untuk mereka yang datang berdua atau beramai-ramai.


Ruang Makan Luas
Pelanggan juga boleh memilih 'port' masing-masing, dibawah payung, dibawah bumbung restoran, dikawasan tidak berbumbung atau di kawasan yang dindingnya dilukis mural zaman koboi apalagi terdapat satu bar yang menambahkan suasan 'cowboy place'.


Elvis Presley Spot
Pengalaman makan di sini memang unik dan menarik. Inilah tarikan Cowboy Place Port Dickson, sambil menjamu selera, menikmati suasana dalam zaman koboi.

Informasi Pengunjung


Tidak jauh dari PD Ostrich Show Farm dan menuju ke arah Tanjung Tuan jika datang dari arah Pantai Teluk Kemang.

Alamat


Lot 2755, 
Batu 9 Mukim, 1/4,
Jalan Pantai, Taman Orkid, 
71050 Port Dickson, 
Negeri Sembilan



Waktu Operasi Nasi Kukus Ayam Panggang Koboi PD

Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 9.30 malam.

Kawasan Parkir

Agak luas disediakan pihak restoran. Mampu memuatkan sekitar 20 kenderaan dalam satu satu masa selain dari parkir di bahu jalan.

Anda fikir adan tahu Nasi Kukus Ayam Panggang Sedap dan Murah Di Cowboy Place Port Dickson ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.