Header Ads

Makanan Unik dan Sedap di Malaysia - Thailand Halal Food Festival Aeon Bukit Rimau Shah Alam


"MaThaf Fair Bukit Rimau"

Masam, pedas dan authentic, itu tiga ciri makanan thai.
Malaysia dan Thailand adalah negara yang bersempadan dan sebelah menyebelah.


Mathaf Halal Food Festival
Mathaf Halal Food Festival
Kedua-dua negara dari segi makanan tidak jauh lari tema dan konsep. Rakyat Malaysia boleh terima masakan Thailand dan sebaliknya.


Bukti fizikal, banyak sudah terdapat restoran dan gerai tom yam dan makanan Thai bertapak di Malaysia.


Kuah Tom Yam Thai
Kuah Tom Yam Thai
Kebanyakan makanan yang agak biasa dan mudah dikenali, tom yam, som tam dan kerabu megi. Mudah untuk didapati di restoran yang memiliki pelayan yang bercakap pelat melayu siam.


Gerai Mango Float
Gerai Mango Float
Bagaimana pula dengan makanan yang agak jarang ada di Malaysia ? Makanan yang jarang masuk ke mulut dan dirasai lidah rakyat Malaysia.

MATHAF

Bagi merasai perisa yang sebenar-benarnya Thai, terdapat satu acara yang mungkin menjadi acara tahunan di Malaysia, iaitu MaThaf. Mathaf adalah singkatan kepada Malaysia-Thailand Halal Food Festival.




Kali pertama mathaf yang pernah penulis kunjungi adalah di Seksyen 7 Shah Alam dua tahun lepas dan kali ini mathaf telah berjaya dilangsungkan di perkarangan Aeon Big Bukit Rimau, Kota Kemuning Shah Alam Selangor.



Seumpama 'road-tour', oleh kerana sambutan dari hangat dari pengunjung mathaf sudah menjadi satu festival yang tidak asing lagi.

Makanan Sedap Di Sekitar MATHAF Bukit Rimau

Cukup untuk penulisan, bab makan jika tiada gambar kurang seleranya. Ini antara makanan  sekitar MaThaf Bukit Rimau Shah Alam.


Ketam Baby Goreng Pedas
Ketam Baby Goreng Pedas
Baby crab goreng yang cukup laris di Mathaf di sini. Dengan mempelbagaikan perisa gorengan pedas dan biasa mencuit mata pengunjung untuk merasai ketam kecil yang sesuai di makan sebagai snek. Dua hara RM20 dan RM10 mengikut saiz bekas.


Dim Sum
Dim Sum
Dim sum. Memang bukanlah makanan asing bagi masyarakat Malaysia sendiri. Namun dengan kepelbagaian warna dan rasa memberikan kelainan kepada pengunjung yang datang.


Ketam
Ketam yang cukup besar saiznya. Sukar ditemui sebenarnya pada waktu biasa apalagi di pasar-pasar malam atau ramadhan. Bentuk yang unik dengan menyelerakan boleh menggugat iman dan nafsu pengunjung.


Kerang Rebus
Kerang Rebus
Walaupun memang selalu ditemui di Malaysia. Mesti ada pengunjung yang tergoda dengan kerang yang masih berjus dan dengan pencicahnya yang cukup lain warnanya apalagi rasanya.


Kerabu Megi
Kerabu Megi
Kerabu Megi. Pasti yang pernah mencuba makanan ini dengar atau baca nama sahaja sudah kembali memori mengunyahnya. Apalagi dengan rasa pedas dan masam bercampur di dalam mulut bersama bahan-bahan yang ranggup. Mesti kecur liur memikirkannya.


Mi Siam
Mi Siam
Mi siam original. Memang cara dan rasa asal dari menu mi siam. Mi yang sungguh lembut selain warna kuahnya yang memang menarik deria penglihatan. Seolah-olah kuah masak lemak cili api. Memang dari warna dan rasa seumpama masakan tersebut, dengan aroma masakan Thai. Pengalaman baharu mencuba menu baharu.


Biryani Ayam
Biryani Ayam
Hidangan ini termasuk dalam kategori masakan Malaysia. Lihat sahaja nasi kekuningan yang umpama memanggil manggil peminat hidangan ini, lauk ayamnya yang begitu besar 'portion'nya kalau perut tengah lapar sudah tidak hirau orang sekeliling.


Meatball Sos Lada Hitam
Meatball Sos Lada Hitam
Meatball dengan sos lada hitam. Mana-mana negara mengenali makanan barat ini.
Memang daging yang betul-betul asli, dengan perisa sos lada hitam yang pekat dan tidak begitu menyakitkan kerongkong kerana ia tidak begitu kuat dari segi perisa. Sedan-sedan rasanya. Tidak liat dan cukup lembut.


Sate
Warnanya sudah menggambarkan kekuatan perisa pada hidangan seumpama sate ini.
Daging lembu dan daging ayam dengan rempah tersendiri di bakar pula di atas api yang tidak begitu kuat. Bau dan aroma hidangan itu sendiri terus melekat pada sate tersebut.


Sate 
Sate dengan cara cucukan dan mempelbagaikan jenis yang dicucuk. Mungkin perisanya juga berbeza. Satu pilihan kepada pengunjung.


Kerabu Ayam
Kerabu Ayam
Kerabu ayam. Salah satu kerabu yang jarang ditemui di Malaysia. Orang Thai memang suka sesuatu yang menggunakan nama kerabu. Gabungan lauk dan sayur, mungkin jika ternampak oleh orang barat mereka menggelarkan hidangan ini, chicken salad.


Sotong Bakar
Sotong Bakar
Sotong bakar. cuba lihat saiznya, mungkin jika sotong ini adalah kenderaan di habitat asalnya ia boleh diumpamakan lori atau trailer. Seekor berharga RM15, mungkin berbaloi bagi penggemar sotong. Nampak segar dan berperisa.


Mi Goreng Udang
Mi Goreng Udang
Mi dan udang, rakan akrab yang boleh dikatakan sebagai b.f.f. Lihat sahaja jumlah udangya ini bukan sudah dalam kategori bersepah sudah bertimbun kuantitinya.


Mangga Buah Naga

Double Trouble Shake
Double-trouble. lebih kuranglah namanya. Sebagai pencuci mulut selepas menikmati pelbagai makanan masam dan pedas. Gabungan buah mangga dan buah naga. Rasa yang berlainan dan mungkin ada rasa yang sama. Terbaik untuk harga RM8/segelas.


Ais Krim
Bagi yang gemarkan ais krim dan coklat, ada pilihan untuk anda cuba. Penggemar coklat dan ais krim pasti tidak akan lepaskan untuk cuba minuman ini kalau ternampak.

Itu di antara makanan dan minuman yang ada, banyak lagi jika mahu disenaraikan namun itu yang terbaik yang dilihat.

Selain makanan utama Malaysia dan Thai, terdapat juga makanan lain yang terdapat di Mathaf di Bukit Rimau Kota Kemuning ini. Jeruk dan buah buahan boleh dibeli oleh pengunjung.


Jeruk Buah
Gerai-gerai yang didirikan dalam bentuk dua hala memudahkan pengunjung mengelilingi setiap gerai makanan yang ada. Teratur dan kemas.


Mangga Manggo Float
Rempah ratus yang jarang dilihat di pasar pasar sekitar Malaysia juga ada. orang Thai suka memasaka menggunakan sambal yang sudah dikeringkan dan pes yang memang tradisi mereka.


Sambal Kering Thai
Sambal Kering Thai
Tempat Makan Disediakan

Tempat makan 'on the spot' juga disediakan selain dari terdapat pentas hiburan yang memainkan lagu-lagu dua negara, yang faham akan faham yang tak faham buat-buat faham. Penulis hanya tahu lagu yang biasa budak-budak motor ke Thailand dengar, "du du du du tetam" ke apa.

Suasana Tenang dan Tidak Sesak

Kawasan yang luas dengan gerai yang banyak, boleh dikatakan Mathaf ini cukup baik.
Keadaan tidak begitu sesak berbanding mathaf ketika di Seksyen 7 Shah Alam dahulu mungkin kerana promosi yang kurang dan tidak begitu meluas.

Informasi Pengunjung


Venue

Bagi edisi kali ini festival diadakan di Aeon Big Bukit Rimau Kota kemuning Shah Alam. 
Cukup mudah untuk ditemui. Didirikan di kawasan penjuru kiri Aeon Big di kawasan parkir menghadap Jalan Persiaran Sungai Selangor.

Waktu Operasi

Bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12 tengah malam  dari 6 April sehingga 15 April 2018.

Anda fikir anda tahu Makanan Unik dan Sedap di Malaysia - Thailand Halal Food Festival Aeon Bukit Rimau Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.