Header Ads

30 Resepi Makan Sahur dan Berbuka Di Bulan Puasa Ramadhan


"Resepi Ringkas Ketika Bersahur dab Berbuka"

Tiba sahaja bulan puasa, ramai yang akan bangun awal untuk bersahur. Bersahurlah walau dengan sebiji kurma dan segelas air masak.


30 Resepi Makan Sahur
30 Resepi Makan Sahur
Kadang-kadang makan ketika bersahur memerlukan 'semangat' atau 'penggerak' untuk bersahur. Salah satunya dengan mempelbagaikan menu makanan ketika bersahur bagi yang mampu. 



Menu Biasa Makan Sahur

Variasi bau, warna dan rasa boleh memberikan satu kekuatan untuk meneruskan 'upacara' bersahur ini.

Resepi dan bahan adalah sekadar cadangan memandangkan makanan di Malaysia biasanya tiada sebarang kuantiti jumlah yang tetap, yang ada adalah perkataan 'agak-agak' jika diukur kuantiti bahan.

Dibawah disenaraikan 20 resepi makanan yang pernah penulis makan ketika bersahur.


1. Ayam Masak Kicap


Ayam Masak Kicap | Google Image
Bahan-Bahan :

5 ketul ayam
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
beberapa biji cili padi - jika suka
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Bahan-Bahan Perapan :

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

Cara-Cara Memasak :

1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap untuk dihidangkan.

2. Ayam Masak Merah Ringkas


Ayam Masak Merah | Google Image
Bahan-Bahan :

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

Bahan-Bahan Kisar :

4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

Cara-Cara Memasak :

1. Bersih ayam. 

2. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. 

3. Goreng sehingga 2/3 masak

4. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. 

5. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.

6. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. 

7. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.

8. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. 

9. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

3. Ayam Masak Halia


Ayam Masak Halia | Google Image
Bahan-Bahan :

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak. 

2. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

3. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..

4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. 

5. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

6. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. 

7. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

8. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. 

9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

10. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. 

11. Hidangkan bersama nasi panas.

4. Ikan Asam Rebus


Ikan Asam Rebus | Google Image
Bahan-Bahan :

3 ekor ikan selar 
3 biji cili merah (Dikisar)
½ sudu teh belacan (Dikisar)
3 biji bawang merah (Dikisar)
5 keping asam gelugur 
2 tangkai daun kesum 
¼ biji nanas (Dipotong kecil) 
4 cawan air 
Sedikit serbuk kunyit 
Garam secukup rasa

Cara-Cara Memasak :

1. Bersihkan ikan kemudian tuskan. Potong dua. 

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 

3. Masak sehingga mendidih. 

4. Tutup api dan hidangkan.

5. Asam Pedas Ikan Kembung


Asam Pedas Ikan Kembung | Google Image
Bahan-Bahan :

3 ekor ikan kembung ~ bersihkan dan potong 2
10 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
1 cekak daun kesum 
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 cawan air asam
air secukupnya 

Bahan-Bahan Kisar :

15 ~ 20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
3 batang cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc belacan

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak dan tumiskan, bahan kisar bersama serai yang di titik hingga harum dan terbit minyak

2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih

3. Masukkan daun kesum, dan perasakan dengan garam secukup rasa

4. Kemudian masukkan ikan

5. Biarkan ia merenih dan ikan empuk

6. Akhir sekali masukkan bunga kantan dan bendi

7. Biarkan bendi lecur sebentar dan sedia untuk di hidangkan

6. Sardin Kuah Pedas


Sardin Kuah Pedas | Google Image
Bahan-Bahan : 

700 g ikan tuna 1/2 cawan tomato puree 1/2 cawan minyak masak 25 g bawang putih
* 80 g bawang merah
* 20 g halia
*(dikisar halus) Garam dan gula secukup rasa 2 1/2 cawan air 3-4 sudu besar cili kisar (cili kering direbus dulu dan dikisar) - ni maz tambah sendri, resipi asal xletak 

Cara-Cara Memasak :

1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan. 

2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 

3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. 

4. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)... 

5. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin. 

6. Hidangkan denga nasi panas atau dibuat sandwich.

7. Kerabu Taugeh Dengan Kerang


Kerabu Taugeh Kerang
Kerabu Taugeh Kerang | Google Image
Bahan-Bahan :

2 cawan taugeh 
5 batang kacang botor 
1 biji bawang besar - boleh kurangkan 
1 biji cili merah - boleh tambah 
1/2 cawan udang kering 
1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah jus limau nipis secukupnya 
sedikit belacan 
kerisik secukupnya 
Garam dan gula secukup rasa ** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . 
Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing ya.. 

Cara-Cara Memasak : 

1. Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja . 

2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .

3. Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya. 

4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . 
Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing. 

8. Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa


Cencaru Sumbat Sambal Kelapa
Cencaru Sumbat Sambal Kelapa | Google Image
Bahan-Bahan :

1 ekor ikan cencaru (bersihkan dan belah belakang)
Cuci dan bersihkan. Sebelum sumbat dengan sambal kelapa tu, lumur sikit dengan garam.

Bahan-Bahan Sambal Kelapa:

1 cawan kelapa parut
2 senduk cili boh (blend)
3 biji bawang putih (blend)
3 biji bawang merah (blend)
1.5 cm belacan (blend)
1 sudu lada putih (blend)
2 batang serai (hiris halus dan blend)
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1 sudu serbuk kunyit.
Garam dan gula

Cara-Cara Memasak :

1. Bersihkan ikan cencaru dan toskan hingga kering.

2. Blend kesemua bahan yang mak kalerkan biru tu. Bawang putih dan bawang merah, lada merah, serai, belacan dan lada putih hingga lumat.

3. Kemudian, panaskan kuali. Masakkan bahan-bahan yang diblend tadi ke dalam kuali.

4. Agak-agak cilinya dah masak, masukkan serbuk kunyit, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.

5. Kemudian masukkan kelapa parut dan kacau hingga mesra.

6. Masukkan kesemua bahan tadi ke belakang ikan.

7. Balutkan dengan daun pisang, letak minyak sikit dan panggang sehingga masak.

8. Bila ikan dah masak. Perahkan limau kasturi. (Penambah selera)

9. Hidangkan ikan cencaru panggang sumbat sambal kelapa dengan sambal kicap hiris cili, bawang, perahan limau.

9. Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai


Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Sambal Tumis Ikan Bilis Petai | Google Image
Bahan-Bahan :

1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia - opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara-Cara Memasak :

1. Kisar semua bawang dan halia berserta cili. 

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. 

3. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. 

4. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. 

5. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. 

6. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

10. Daging Masak Kicap


Daging Masak Kicap
Daging Masak Kicap | Google Image
Bahan-Bahan :

400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar, atau cili
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Cara-Cara Memasak :

1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur.

2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang.

3. Kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

4. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat. 

5. Masukkan daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat 

6. Sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan.

11. Bihun Goreng Simple


Bihun Goreng
Bihun Goreng | Google Image
Bahan-Bahan :

400gm Bihun atau 1 bungkus - direndam lebih kurang 8 jam
500gm Udang sederhana dibuang kulit - kulit udang diblander dan ambil airnya
200gm Daging - dihiris nipis
250gm Isi Ayam - dihiris kecil
8 biji Bawang Merah @ 2 biji bawang besar - dikisar
4 biji Bawang Putih - dikisar
20 Tangkai Cili Kering @ 2 sudu besar cili giling
2 sudu besar Sos Tiram - kalau xnak letak pun xpa
4 sudu besar kicap manis @ kicap mee
Garam, gula, perisa tambahan secukup rasa
Untuk hiasan - telur dadar dan dihiris nipis
Sedikit minyak

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan cili giling. Biarkan sehingga naik bau dan masukkan daging dengan air udang. Biar sehingga daging lembut

2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga lembut. Masukkan kicap manis dan sos tiram.  

3. Setelah isi ayam agak lembut masukkan isi udang. Masak hingga sebati.

4. Setelah sebati dan masakkan menjadi pekat masukkan garam, gula dan penambah perasa. Biarkan sekejap.

5. Masukkan bihun yang telah lembut. Goreng sehingga sebati dan kering. Setelah sebati padamkan api dan hidangkan dalam bekas

6. Taburkan telur dadar dan bawang goreng. Dan sedia dihidangkan.

12. Nasi Goreng Simple


Nasi Goreng
Nasi Goreng | Google Image
Bahan-Bahan :

6 cawan nasi putih
3 sudu besar udang kering - direndam seketika, kemudian dibasuh dan ditoskan.
3 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 sudu teh lada hitam
1 biji cili merah dihiris
Garam, gula dan perasa 
Minyak untuk menumis

Cara-Cara Memasak:

1. Masukkan garam, gula, dan perasa ke dalam nasi dan gaulkan rata.

2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris beserta dengan udang kering. Kacau sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Jangan sampai rentung.

3. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur sehingga sebati dengan bahan-bahan tumisan.

4. Masukkan nasi, cili merah, dan lada hitam. Gaulkan sehingga sebati.
Sedia untuk dihidangkan.

13. Mi Goreng Simple


Mi Goreng
Mi Goreng | Google Image
Bahan-Bahan :

1 packet mi kuning
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
Cili padi ikut korang nak buh berapa genggam. Hehee.. Nina tak letak pun
Minyak masak

Bahan-Bahan Sos :

4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis 
1 cawan air panas 
Perencah dan perisa
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm
Lobak Merah

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering gitu). 

2. Ketepikan..

3. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.

4. Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih. Pastu masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.

5. Masukkan mi kuning. Kacau rata kesemuanya. Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama garam secukup rasa. Kalau perlu laa… Selalunya Nina tak letak pun. Kicap sos segala tu dah cukup dah rasanya. Ikut selera tekak Nina laa

6. Sedia untuk dihidang bersama bawang goreng.

14. Ayam Goreng Kunyit


Ayam Goreng Kunyit
Ayam Goreng Kunyit | Google Image
Bahan-Bahan :

Dada ayam – dipotong dadu
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar sos tiram (pilihan)
Lobak merah -dipotong memanjang
Cili padi – diketuk
1 biji bawang besar – dihiris halus
Bunga kobis – dipotong
Kacang panjang – dipotong

Cara-Cara Memasak : 

1. Satukan serbuk kunyit, lada sulah, serbuk kari, tepung jagung dan gula pasir. Gaul sehingga sebati.

2. Panaskan minyak masak dan pastikan minyak tidak terlalu banyak. Goreng ayam terlebih dahulu sehingga garing dan tidak melekat di kuali.

3. Selepas itu masukkan lobak, bawang merah dan lada.

4. Kemudian masukkan bunga kobis dan akhir sekali masukkan kacang panjang.

5. Perasakan dengan sedikit garam dan kacau sehingga sebati.

6. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidang.

15. Singgang Ikan Tongkol


Singgang Ikan Tongkol
Singgang Ikan Tongkol
Bahan-Bahan:

1 ekor ikan tongkol - dibersihkan dan dipotong
1 labu bawang besar - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inchi halia - dihiris nipis
1 inchi lengkuas - dihiris nipis
1 inchi kunyit - ditumbuk
2 batang serai - diketuk
4 biji cili api merah - ditumbuk kasar
1 asam keping atau air asam jawa
3 cawan air
Garam dan serbuk perasa

Cara-Cara Memasak :

Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih dan hidangkan didalam mangkuk. Sesuai makan dengan nasi panas diwaktu tengahari.

16. Sup Ayam Ringkas


Sup Ayam | Google Image
Bahan-Bahan :

1/4 ekor ayam (di potong kecil2)
3 biji kentang (potong 6 @ 4 bergantung saiz)
1/2 biji carrot
4 biji bawang merah/kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 bungkus sup bunjut Adabi
minyak masak
garam secukup rasa
6 cawan air

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang merah, putih & halia yg telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan air, ayam, kentang, carrot dan sup bunjut juga garam secukup rasa. 

3. Biarkan pada api sederhana selama 1/2 jam.

4. Sedia untuk dihidang. Tabur daun sup & daun bawang serta bawang goreng.

17. Telur Masak Kicap


Telur Masak Kicap | Google Image
Bahan-Bahan :

5 biji telur - digoreng mata kerbau
1 biji bawang besar - dihiris membulat
2 - 3 biji cili padi - diketuk
1 biji buah tomato - dibelah empat
Daun sup/daun bawang - dipotong 1 inci panjang]
Garam/gula/serbuk perasa
Air secukupnya - (Boleh ditambah dan dikurangkan mengikut citarasa masing-masing).
Minyak secukupnya 

Bahan-Bahan Tumis :

2 bulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang kecil - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 sudu besar rempah sup - dibancuh dengan sedikit air

Bahan-Bahan Sos :

Kicap manis dan kicap masin (lebihkan kicap manis)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
(Bahan-bahan di atas disatukan dan dibancuh dengan sedikit air)

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga terbit bau.  

2. Kemudian masukkan rempah sup dan tumis sehingga garing.

3. Masukkan air secukupnya dan kacau rata.  

4. Tambahkan semua bahan sos.  Perasakan dengan gula, garam, dan serbuk perasa.  

5. Masak kuah sehingga hampir mendidih.

6. Kemudian masukkan telur goreng dan kacau semua bahan sehingga rata dan rasa kemasinannya,  Sekiranya kurang masin, bolehlah ditambah kicap masin lagi atau garam.  

7. Masak sehingga mendidih.

8. Akhir sekali masukkan potongan buah tomato, bawang besar, cili padi, daun sup dan daun bawang. 

9. Biar ia mereneh sebentar di atas dapur, kemudian tutup api.

10. Sedia untuk dihidangkan.

18. Sup Sayur


Sup Sayur | Google Image
Bahan-Bahan : 

80gm cendawan tiram
50gm brokoli
50gm bebola ikan
50gm isi ayam (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dihiris memanjang)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 tangkai daun bawang (dihiris nipis)
1 tangkai daun sup (dihiris nipis)
500ml air
1 biji kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Cara-Cara Memasak : 

1. Di dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan isi ayam. Kacau sebentar.

2. Kemudian masukkan air dan didihkan.

3. Apabila sup mendidih, masukkan lobak merah dan brokoli.

4. Setelah beberapa minit, masukkan pula bebola ikan dan cendawan tiram dan biarkan mendidih sebentar.

5. Masukkan pati ayam dan garam secukup rasa.

6. Hidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Sedia dinikmati.

19. Ikan Kembung Kukus Air Asam


Kembung Kukus Air Asam | Google Image
Bahan-Bahan :

4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar - di potong dadu
1 biji tomato - di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api -  Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh
1/2 biji cili besar - Kalau nak letak sebiji pun boleh
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam

Cara-Cara Memasak :

1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor. Angkat ikan dan ketepikan.

2. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.

3. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.Perah air limau. Masukan gula. Gaul hingga rata

4. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan

20. Ayam Goreng Mentega (Butter)


Ayam Goreng Mentega | Google Image
Bahan-Bahan:

2 bahagian isi ayam
2 sudu besar butter
2 biji cili padi
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
Setengah tin susu cair
Garam
Gula
Serbuk lada hitam

Bahan-Bahan Perapan :

Garam
2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu besar tepung gandum/tepung beras
1 telur

Cara-Cara Memasak :

1. Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Goreng ayam sehingga kekuningan.

2. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan kuali dengan butter. Tumis cili dan daun kari sehingga wangi.

4. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

5. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

6. Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang melekat pada ayam akan memekatkan kuahnya.

21. Bihun/Mi/Kue Teow Sup


Bihun Sup | Google Image
Bahan-Bahan :

Bihun/mi/kue teow 
2 ketul ayam (bahagian berisi)
1 pokok sawi
Segenggam taugeh
Daun bawang dipotong halus
Daun sup dipotong halus
Segenggam bawang goreng
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Rempah sup
Rempah kurma
Garam
Serbuk pati ayam
6 biji cili padi
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
Kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Air

Cara-Cara Memasak :

1. Rendam bihun/mi/kue teow dalam bekas berisi air 

2. Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia 

3. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih 

4. Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang 

5. Setelah itu, masukkan air secukupnya 

6. Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk sehingga mencapai kekeruhan yang disukai 

7. Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh) 

8. Masukkan garam dan serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh 

9. Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah dan seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis 

10. Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur sawi, taugeh dan bihun 

11. Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng di atasnya. 


12. Hidang dengan sambal kicap 

22. Bergedil Daging


Bergedil Daging | Google Image
Bahan-Bahan:

500 gram ubi kentang
150 gram daging kisar
1/2 biji bawang besar, didadu
2 biji cili merah, dihiris halus
2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
2 sudu besar bawang goreng
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur ayam
sedikit garam

Cara-Cara Memasak :

1. Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan. 

2. Biarkan seketika hingga kurang panas.

3. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.

4. Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan "masher" dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.

5. Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.


6. Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.

23. Udang Lipan Celup Tepung


Udang Lipan Celup Tepung
Bahan-Bahan :

Udang ketak (suka hati anda berapa kuantiti)
Telur ayam
Tepung untuk mencelup udang ketak.

Cara-Cara Memasak :

1. Masukkan udang ketak yang sudah disiang dan dibersihkan ke dalam mangkuk. Udang ketak yang dibuang kulit luarnya.


2. Pecahkan telur dan masukkan sekali tepung untuk mencelup udang ketak.

3. Gaulkan semuanya sekali dengan gaya anda sendiri dan pastikan semuanya rata, setiap sisi atau celah, ceruk udang menerima 'tempelan' ini.

4. Panaskan minyak, apalagi, gorengkan sahaja.

24. Solok Lada Kelantan

Solok Lada | Google Image
Bahan-Bahan :



7-8 ekor ikan sardin/kembung/mata besar (direbus dan ambil isinya)

10 biji lada hijau (lada kampung lebih sesuai)..belah ditgh,buang bijinya.

1/2 biji kelapa mesin putih (dari kelapa yg muda sedikit)

1/2 inci halia

5 ulas bawang merah

sedikit lada hitam
1/2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara Memasak :

1. Tumbuk lada hitam, halia, bawang merah sehingga lumat.

2. Kemudian tumbukkan pula isi ikan rebus dan campurkan dgn bhn tumbuk yg pertama tadi..biar sebati.

3. Masukkan kelapa mesin dalam mangkuk, gaulkan dengan bahan tumbuk tdi (ikan,bawang, lada hitam dan halia)..perisakan dgn garam dan gula kemudian gaul rata.

4. Sumbatkan adunan tdi dalam cili hijau, padat2kan dan bentukkan leper diluarnya.

5. Ulangi proses sehingga siap semuanya,seterusnya, tuangkan santan pekat dalam periuk dan susun solok dalam periuk..masak selama 10 minit.

6. Boleh dihidangkan dgn nasi kerabu ataupun nasi putih.


25. Singgang Daging

Singgang Daging | Google Image
Bahan-Bahan :

1/2 kg daging lembu
1 inchi lengkuas diketuk
2 sudu besar ketumbar tumbuk kasar
2 ulas bawang putih diketuk
3 keping asam gelugur
2 biji lada kering potong kecil
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-Cara Memasak :

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. 

2. Rebus sehingga daging empuk. Masukkan garam secukupnya. Biarkan seketika, kemudian bolehkan tutup api.

3. Siap untuk dihidang bersama nasi panas. 

26. Kerabu Ikan Bilis

Kerabu Ikan Bilis | Google Image
Bahan-Bahan :

Bawang besar/merah
Cili api/padi
Daun limau purut
Serai
Semua diatas dihiris halus2
Ikan bilis goreng
Sedikit gula
Air limau kasturi

Cara-Cara Memasak :

1. Gaul semua bahan dan sedia untuk dimkn

2. Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.

27. Salad Buah-Buah dan Pepita

Salad Pepita | Google Image
Bahan-Bahan :

1 pisang yang masak
1 buah pear
1/2 biji jus buah limau (lemon atau kasturi)
1/2 sudu kecil saigon cinnamon
2 auns Pepitas yang di bakar

Cara-Cara Memasak :

1. Bilas buah-buahan terpilih

2. Kupas pisang dan potong kecil-kecil

3. Kupas buah pear dalam bentuk dadu.

4. Perah limau di atas mangkuk terisi buah-buahan tadi.

5. Biarkan selama 10 minit untuk mereka berbabik-baik.

6. Tambah saigon cinnamon, biarkan dalam 5 minit.

7. Gulungkan kesemua adunan tadi dengan pepita yang telah dibakar.

8. Siap untuk anda

28. Spaghetti Olio Ayam Ringkas

Spaghetti | Google Image
Bahan-Bahan :

200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
1 keping dada ayam, didadu* (kalau nak ubah seafood pun boleh)
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap dengan ayam)
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan
Chilli flakes
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu.

2.  Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna.

3. Masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley dan chilli flakes sebelum dihidangkan.

4. Jika terlalu pedas, tambahkan sedikit lemon, atau boleh gunakan air rebusan spaghetti tadi untuk nampak basah sikit.

29. Kerabu Ayam

Kerabu Ayam 
Bahan-Bahan : 

1 cawan isi ayam dipotong dadu
rebus isi ayam dengan 1 cawan air hingga masak. Ketepikan.
1 biji cili merah
2 urat kacang panjang-hiris halus
1/2 cawan kelapa parut putih-disangrai sebentar hingga wangi- jangan sampai perang
segenggam taugeh dibersihkan dan dilalukan air mendidih
2 biji limau nipis diperah airnya
1 sudu besar sos ikan (namphla)
garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar :

2 batang serai- dihiris halus
3 biji cili padi
2 ulas bawang merah dihiris halus
1 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering/ ikan bilis siap dikopek

Cara-Cara Memasak :

1. Toskan isi ayam. Ambil 1 sudu besar air rebusan. 

2. Masukkan semua bahan termasuk isi ayam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan sedia dihidang. (atau simpan dalam peti ais dahulu sementara lauk lain disediakan) Kerabu lebih sedap dimakan sejuk bersama nasi dan lauk-pauk lain

30. Sup Cendawan Ringkas

Sup Cendawan | Google Image
Bahan-Bahan : 

240g cendawan pilihan (butang/swiss brown), dihiris
½ bawang merah besar, dicincang
1 ulas bawang putih, dicincang
2 cawan stok ayam
1 cawan krim masak atau susu sejat
Bahan Pantri

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Garam dan lada hitam

Cara-Cara Memasak : 

1. Tumiskan cendawan bersama bawang merah dan putih sehingga bawang merah menjadi lembut.

2. Tambahkan tepung dan gaul mesra.

3. Tuangkan stok ayam, gaul sehingga pekat.

4. Tuangkan krim dan ubah rasa dengan lada hitam dan garam.

5. Masak sehingga cukup pekat sambil menggaul dari semasa ke semasa

Menu Hidangan Terbaik Ketika Bersahur

Seloknya ketika bulan puasa hindari makanan yang pedas dan masam, kadang-kadang perut kita boleh meragam tanpa sebarang amaran. Cukup nutrisi untuk menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa.

Apabila meragam berlakulah beberap faktor yang mungkin merosakkan puasa.

Dari menu yang tersenarai di atas ada yang ringkas ada yang sederhana ringkas. Resepi-resepi diatas tidaklah 'berat' sangat ketika makan sahur, dengan 'portion' dan penyediaan yang tidak begitu banyak. Jika berlebihan jangan membazir, boleh gunakan untuk berbuka nanti.

Makan Sahur Ikut Kemampuan

Ada kala hanya seteguk air masak dan sebiji kurma sudah cukup untuk bersahur. Bagi yang 'terbeli mengikut nafsu' ketika waktu berbuka sebelumnya, ada baiknya simpan dengan elok dan boleh hangatkan untuk bersahur.

Anda fikir anda tahu 30 Resepi Makan Sahur Cadangan Di Bulan Puasa Ramadhan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.