Kemunculan Dua Matahari Di Kanada Tanda Kiamat ?

Kemungkinan Dua Matahari Muncul Dalam Realiti

Sun Dogs (Parhelion)

Fenomena sun dog berlaku apabila dilangit kita akan dapat melihat dua buah matahari. Juga dikenali sebagai 'mock sun'. Wujud bersebelahan dengan matahari sebenar dengan jarak 22 darjah perbezaan antara satu sama lain.





Bagaimana Sun Dogs Berlaku ?

Biasanya terjadi pembiasan cahaya oleh ice crystal di dalam atmosfera yang berbentuk hexsagon yang terdapat di dalam awan cirrus atau cirrostratus. Boleh terbentuk ketika cuaca yang amat sejuk dengan kehadiran ais yang berbentuk kristal. Cahaya matahari akan terbias setelah melalui kristal yang berbentuk prisma ini dan akan menghasilkan dua bebola cahaya di sisi matahari sebenar.Pernah berlaku di sekitar atmosfera Amerika Syarikat.

Halo

Cincin bewarna pelangi yang mengelilingi matahari.Juga dikenali sebagai 22 degree halo. Pada keadaan tertentu halo boleh mewujudkan sun dog iaitu kemunculan matahari sebanyak empat penjuru dipisahkan dengan 90 darjah.



Bagaimana Halo Wujud ?

Halo terbentuk sebagaimana sun dog terwujud juga iaitu hasil pembiasan oleh ice crystal yang terdapat di dalam awan cirrus dan awan cirrostratus. Pembiasan dengan kristal ais ini akan menyebarkan warna pelangi mengelilingi matahari.



Kebelakangan ini pihak astronomi celup kian berselera untuk membuat sebaran mengenai penemuan mereka yang pertama fiksyen mengenai dunia akan bergelap selama 15 hari pada bulan november 2015 sebagai mana artikel ini ( Bumi Bergelap 15 Hari), manakala pihak astronaut whatsapp juga ada menyebarkan bahawa sudah hampir kiamat apabila dua buah matahari telah dijumpai oleh seorang observer di New York, Amerika Syarikat, para 'pengkaji falak' whatsapp mengatakan ia berlaku di Kanada. Namun jika dilihat kembali video berkenaan di depan observer tersebut adalah Empire State Building Amerika.

Bukti kejadian alam seperti sun dog dan halo di atas boleh dijadikan sangkalan atau bangkangan terhadap wujud dua matahari telah muncul. Namun sun dog atau halo yang begitu jelas (sebagaimana video) adalah agak kurang logiknya. 

Tambahan pula, tiada sebarang artikel dikeluarkan pihak NASA mengenai fenomena dua matahari muncul di negara mereka. Jika dibuat carian pada enjin pencari google mengenai 'sun dog in america' tiada sebarang viral mengenainya. Matahari adalah besar dan hanya satu sahaja. 

Mengapa hanya seorang observer yang dapat melihatnya, dan tidak diambil gambar jika memang benar penampakan dua biji mathari di langit,usah ditanya pada mereka yang tinggal berjauhan dengan tempat observer itu merakanm video tersebut, tetapi semestinya mereka yang berada dalam radius terdekat semestinya peka akan kejadian pelik ini. Mungkin bateri semua pengguna gajet sudah habis ?

Oleh itu, sudah-sudahlah menyebarkan berita palsu atau hoax kerana bagi mereka yang benar-benar taksub maka mereka mempercayainya secara 200% daripada apa yang kita kongsikan.



Kemungkinan Dua Matahari Muncul Dalam Video

1.Berlaku fenomena sun dog, halo atau parhelion.
2.Pembiasan pada cermin bangunan.
3.Edited by observerd dan rakan-rakan sebagai hoax.

Anda fikir anda tahu Kemunculan Dua Matahari Di Kanada Tanda Kiamat ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan