Bumi Akan Bergelap Selama 15 Hari. Apa kata NASA ?

Dalam arus kemodenan zaman viral ini, pelbagai benda yang lebih cepat daripada dakwat laserjet untuk menaip. Whatsapp, Facebook, Twitter, dan Instagram merupakan medium viral yang sudah sinonim. Terdapat yang baik, alhamdulillah, ada juga yang palsu atau kata pujangga inggeris hoax. 



Namun kebanyakkan info adalah hoax semata-mata kerana orang pertama yang menemuinya mahu popular menjadi orang pertama yang mengongsikannya sehingga mereka ini tidak lagi takut akan balasan memakan daging saudara sendiri yang sudah mati.


Kini timbul pula isu bumi akan bergelap selama 15 hari dari 15 November 2015 hingga 30 November 2015. 

Benarkah bumi akan bergelap selama itu, mari kita berhujan bukan sebagai seorang astronaut mahupun pekerja NASA. Para 'astronaut whatsapp' ada menyatakan bahawa matahari, venus, jupiter dan bumi akan berada pada garisan selari dimana bayang-bayang venus dan jupiter akan jatuh ke atas bumi selama 15 hari.

Ura-ura ini tidak pernah wujud sama sekali dengan NASA. Jika kita melayari laman web NASA tiada sebarang bukti yang mengesahkan laporan sebuah blog sehingga memomokkan pengguna whatsapp malaysia dengan kejadian tersebut. 

Laporan itu juga tidak disokong oleh agensi angkasa lain selain NASA, iaitu ESA, JAXA, LAPAN, mahupun ANGKASA dan banyak lagi agensi angkasa lepas.
Menurut blog berkenaan jupiter (yang paling besar antara ketiga-tiga planet) akan berbeza jarak sebanyak 1 darjah sahaja yang akan menjadikan mereka sebaris atau selari menutup bulan.

Dari kajian penulis blog falakonline dengan beberapa apps free dari google store, penulis falakonline telah mengatakan bahawa sebenarnya pada tarikh 15 November 2015 sebenarnya perbezaan mereka untuk sebaris adalah 18 darjah. 18 darjah tersebut adalah jarak selisih antara diameter 86 buah bulan diletakkan melintang dengan kata lain kita meletak 86 biji (ke buah) bulan di angkasa dan lihatlah jarak sebenar jupiter dan venus ketika itu. Maka mereka (jupiter dan venus) tidak sebaris dan tidak akan menghalang cahaya matahari ke bumi.



Kita sering melihat gerhana bulan dan matahari, bukan keseluruhan planet bumi dilitupi bayang bulan tetapi sesetengah sahaja kawasan yang dilitupi dalam suatu masa. Itu pun kerana bulan kita nampak amat dekat dengan bumi, tetapi venus dan jupiter jika kita lihat dengan mata kasar di langit terbuka luas kita hanya akan melihat seumpama bintang-bintang yang lain sahaja jupiter dan venus dari pandangan mata kasar. 

Maka logikkah objek sekecil bintang (dari pandangan mata kasar manusia normal) menghalang cahaya matahari yang amat besar ? Mungkin ada mungkin amoeba dan beberapa ekor plankton yang akan bergelap dilitupi bayang dua planet tersebut.

Dengan itu sebaran mengenai Bumi akan bergelap selama 15 hari dari 15 November 2015 hingga 30 November 2015 adalah PALSU dan HOAX semata-mata.

Berita palsu ini pernah tersebar pada Oktober 2014 iaitu 15 hari juga Bumi bergelap.

Bagi penyebar pertama mengenai fenomena ini, diharap usah lagi dipengaruhi majalah mastika dan beberapa siri kisah benar yang dahulunya amat laku dipasaran selain dari majalah dugong berposing di tepi kolam.

NASA tiada memberi sebarang komen/kesimpulan. Namun mungkin manusia bernama NASAruddin ada membuat sebaran ini.

Anda fikir anda tahu Bumi Akan Bergelap Selama 15 Hari. Apa kata NASA ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....



Catat Ulasan

0 Ulasan