Bagaimana Pesawat Boeing Dilahirkan ?


Jika kita pernah telusuri perjalanan pesawat airbus (klik sini) dari sekecil-kecil skru sehingga mampu membawa manusia dari setiap benua maka kini kita jejaki pula kisah lahirnya pesawat buatan boeing.

Boeing mengeluarkan pesawat komersil mereka dari tiga lokasi utama. Renton Boeing, Washington, di mana varian pesawat 737 dikeluarkan. Manakala bagi varian boeing 747, 767, 777 dan 787 pesawat-pesawat ini dikeluarkan di fasiliti pembuatan di Everett. Bagi fasiliti terbaru boeing di Charleston, South Carolina hanya body-wide 787 dipasang dan keluarkan di sini.




Menjejak Pesawat Melalui Flightradar24

Dikatakan untuk menjejak pesawat boeing yang baru dilahirkan amat mudah kerana Everett dan Renton tidak jauh dari segi jaraknya. Jika airbus menggunakan callsign AIB, boeing pula menggunakan callsign BOE. Kebiasaannya test flight bagi boeing yang baru dikeluarkan adalah tengah-tengah peta Seattle, Washington.

Airport lain yang boleh dijadikan rujukan oleh para planespotter adalah lapangan terbang tasik Moses (MWH) di bahagian timur Washington dan lapangan terbang Victorville (VCV) di California.

Boeing masih menggunakan MWH sebagai lapangan terbang ujian penerbangannya dari awal pembuatan pesawat boeing lagi. Victoville pula merupakan tempat dimana pesawat-pesawat yang sudah siap dipasang ini di cat dan dilakukan modifikasi jika perlu.






anda fikir anda tahu Bagaimana Pesawat Boeing Dilahirkan ? 

anda fikir sekali lagi....

assalamualaikum...


Catat Ulasan

0 Ulasan