Header Ads

45 Ekor Udang Celup Tepung Dengan Harga RM 10 Di Restoran Ombak Pantai Penarik Terengganu


"Celup Tepung Pantai Penarik"

Sesuai dengan namanya Pantai Penarik, kini sudah menjadi satu tarikan untuk pengembara, pelancong dan penggemar makanan. Angin hembusan angin dari Laut China Selatan  yang menerpa pohonan rhu sepanjang pantai penarik cukup untuk memberikan pesona tepi pantai.


Udang Celup Tepung Viral Pantai Penarik Ombak Pantai
Udang Celup Tepung Viral Pantai Penarik
Tidak lengkap kunjungan ke Pantai Penarik jika tidak menikmati celup tepung disini. Dari hujung ke hujung deretan kedai celup tepung melambai-lambai pengunjung yang melalui Jalan Penarik yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kota Bharu melalui jalan pantai.


Terpulang kepada mereka yang melalui jalan ini untuk memilih kedai manakah yang menjadi pilihan untuk singgah menikmati celup tepung.

Jika dahulu, penulis memang sering menggunakan laluan ini untuk ke Lembah Klang melalui Lebuhraya Pantai Timur 2, Pantai Penarik tidaklah semeriah sekarang, sekadar singgahan untuk berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan.

Disebabkan promosi yang dilakukan dan idea yang mungkin boleh dikatakan agak bernas dari pemilik restoran tepi Pantai Penarik ini, telah menghidupkan suasana pantai yang cukup indah sebenanrnya. Setiap restoran atau kedai makan berlumba-lumba menaikkan 'billboard' dan 'bunting' betapa murah dan banyaknya udang celup tepung jualan mereka.

Makan udang celup tepung sebanyak 45 ekor dengan harga hanya RM 10.

45 ekor udang itu sudah boleh dikira banyak, jenuh penulis melihat pekerja yang sedang membilang udang yang dimasukkan ke atas pinggan yang penulis pesan. Ketika ini fokus dan penghayatan yang tinggi diperlukan pekerja untuk meletakkan udang yang dicelup tepung dan telah digoreng ini ke dalam pinggan, takut-takut tidak cukup atau terlebih.

45 ekor cukup banyak apalagi dengan harga RM 10.

Restoran Ombak Pantai, Pantai Penarik

Penulis memilih Restoran Ombak Pantai Pantai Penarik untuk mencuba hidangan makanan celup tepung yang tular (viral) di Pantai Penarik ini.


Restoran Ombak Pantai
Restoran Ombak Pantai sudah dikenali ramai. Ketika penulis singgah untuk menikmati hidangan makanan laut celup tepung di sini pun memang kenderaan tidak putus-putus memenuhkan ruangan parkir.


Jarang Bergambar Tapi Payung Satu Kali
Pelbagai Makanan Laut Celup Tepung

Di Restoran Ombak pantai ini, selain udang celup tepung, terdapat juga ikan celup tepung, sotong celup tepung, ketam goreng bercelup tepung dan kerang rebus. Keropok lekor yang menjadi 'trademark' makanan ringgan di sekitar pantai timur juga disediakan.


Udang Ikan Sotong Celup Tepung Ombak Pantai
Udang Ikan Sotong Celup Tepung
Itu makanan laut yang dicelup tepung. Antara menu lain yang juga terdapat di Restoran Ombak Pantai ini ialah mee celup, maggie celup lebih mudah ceritanya makanan bercelup dengan sup, nasi ayam dan juga masakkan panas tersenarai dalam menu yang disediakan.

Itu sekadar hidangan sampingannya, oleh kerana sudah berkunjung di restoran yang menyediakan makanan laut celup tepung maka dengan ghairahnya penulis memesan 45 ekor udang celop tepung, seekor ikan mata besar 'lolong' celup tepung, seekor sotong bersaiz sederhana celup tepung dan ditemani dengan air coconut shake.


Ketam Celup Tepung
Sebenarnya, Ombak Pantai menawarkan saiz pada udang goreng celup tepung mereka. Dengan kategori tertentu dengan jumlah udang yang berbeza namun dalam kadaran harga RM 10.

Saiz Udang Goreng Celup Tepung

Antara kategori udang yang mengikut saiz adalah:

Gred A: 15 ekor udang celup tepung
Gred B: 30 ekor udang celup tepung
Gred C: 45 ekor udang celup tepung


Udang Celup Tepung Gred B
Udang Celup Tepung Gred B
 Ya, betul, bermakna penulis memilih udang bersaiz gred C yang membawa kepada 45 ekor untuk RM 10. Dari gambar saiznya tidaklah begitu berbeza namun saiznya pada realiti agak berbeza jika diukur dengan angkup vernier.

Saiz udang bagi gred C adalah udang bersaiz biasa, udang yang dijual merata-rata sekitar pasar atau bahagian makanan laut di pasaraya.

Udang Celup Tepung Gred C
Udang Celup Tepung Gred C
Perbezaan antara gred C dan gred B tidaklah begitu ketara namun masih boleh rasa isinya, semakin besar udang semakin rasa isinya. Untuk gred C seumpama memakan snek sambil ditabur keruping hasil adunan telur dan tepung.

Walaupun 45 ekor udang yang bersaiz kecil untuk dihabiskan seorang itu agak sukar untuk dihabiskan penulis seorang, portion ini berjaya dihabiskan oleh penulis, isteri dan kakak ipar penulis sebagai hidangan makan tengah hari.

Ikan Mata Besar 'Lolong' Celup Tepung

Dalam pinggan yang lain, terhidang ikan lolong yang telah dicelup tepung dan digoreng. Masih segar dan isinya begitu putih dan rasanya masih segar. Isinya cukup banyak, untuk sampai ke bahagian tulang belakangnya memerlukan dua cubitan, untuk menggambarkan isi yang gebu amat menarik apabila isinya yang 'gebu' dicecah ke dalam sos cili buatan sendiri.


Ikan Kembung 'Lolong' Celup Tepung
Ikan Mata Besar 'Lolong' Celup Tepung
Ikan lolong mungkin bahasa orang-orang sering ke pasar ikan, ikan mata besar mungkin nama lain bagi ikan lolong atau juga dipanggil ikan pelaling di setengah-setengah kawasan. Ada juga yang menggelarkan ikan 'uji rashid' kerana sifat matanya.

Sotong Celup Tepung

Berbalik ke pinggan sebelah adalah tersadainya seekor sotong yang sederhana besarnya yang telah di potong 'bersegmen'. Masih terdapat cairan pada sotong ini menunjukkan ia tidak begitu kering atau liat. Masih memiliki jus sotong yang bercampur dengan minyak gorengan. Jika bernasib baik akan menemui telur sotong sekali.


Sotong Celup Tepung Ombak Pantai
Sotong Celup Tepung
Cukup enak apabila dicecah ke dalam sos pencecah tempatan yang sememangnya sos yang terbaik untuk digunakan untuk mencecah makanan laut celup tepung ini.

Kita sudah mengetahui apa jenis celup tepung, saiz dan rasanya. Kita ke bahagian pengeluaran not kertas pula untuk hidangan yang diceritakan.

Harga Celup Tepung Di Ombak Pantai

Harga Makanan yang dipesan penulis:
Bagi udang celup tepung tular (viral), semuanya berharga RM 10
Ikan 'lolong' celup tepung, RM 5 seekor (mengikut saiz)
Sotong celup tepung, RM 12 seekor (mengikut saiz) 


Harga Celup Tepung Ombak Pantai
Harga Celup Tepung
Hidangan lain yang belum dicuba:
Ketam celup tepung RM 8-RM 16 (mengikut saiz ketam)
Kerang Bakar, RM 12/bekas

Pintu Gerbang 'Love' Berbunga

Memandangkan restoran yang mengadakan promosi makan udang celup tepung yang banyak dengan harga RM 10 memang banyak. Satu faktor unik yang membezakan restoran Ombak Pantai dengan restoran yang lain.


Prop Bergambar Ombak Pantai
Selain dari pengunjung yang boleh menikmati hidangan celup tepung di bawah pohonan rhu dan hembusan angin laut, terdapat satu bahagian di antara pantai dan tempat makan restoran ini diletakkan satu pintu gerbang kecil yang berbunga-bunga.


Boleh Bergambar Romantik
Mungkin untuk penulis yang cukup lurus (straight) ini tidaklah begitu teruja namun ia adalah satu 'prop' menarik untuk bergambar.


Angin dan Langsir
Kaun hawa, gegadis, mak gegadis dan kanak-kanak pasti menyukai 'prop' berbunga yang disediakan, apalagi dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan yang turut dihiasi dengan 'bonjolan' pulau-pulau yang terdapat sekitar Terengganu.

Informasi Pengunjung

Restoran Ombak Pantai terletak di pesisir Pantai Penarik. Kedudukan kedai dari kedua-dua arah Jalan Penarik, kedai ini berada di tengah-tengah jika dari segi susunan kawasan.
Waze dan Google Maps mengenali restoran ini, usah khuatir.


Waze Lokasi Ombak Pantai Celup Tepung Pantai Penarik
Waze Lokasi Ombak Pantai Celup Tepung
Alamat : 
LOT 4074, Jalan Pantai Penarek

Kampong Permaisuri, Setiu, Terengganu

Restoran dibuka setiap hari dan waktu operasinya adalah dari jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Kawasan parkir yang agak luas untuk menampung bilangan kenderaan biasa. Kemudahan lain seperti tandas disediakan untuk lelaki dan perempuan diasingkan.


Makan Di Bawah Pohon Rhu
Anda fikir anda tahu 45 Ekor Udang Celup Tepung Dengan Harga RM 10 Di Restoran Ombak Pantai Penarik Terengganu ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.