Header Ads

Pengeluaran Buku Komik Majalah Komik Gempak Dihentikan


"Goodbye Komik Gempak"

Vanness, Si Kosong, Bepop dan Xena...Opps terlupa watak kegemaran Aditas. Watak-waak yang ditaipkan ini adalah 'ambassador' atau duta kepada majalah komik gempak.


Majalah Gempak Dihentikan
Tiada Lagi Majalah Gempak
Sebelum dunia remaja ditenggelami dengan gajet dan permainan video dalam versi digital seperti sekarang yang melahirkan remaja 'wechat', komik berupa hard copy atau dijilidkan secara fizikal cukup popular. Ujang, Apo? adalah antaranya, itu komik dalam kategori kemasyarakatan. Ada satu lagi kategori yang penulis letakkan kepada satu majalah komik ini, kategori urban, kategori bacaan remaja yang up-to-date pada masa itu.

Siapa tak kenal akan komik Gempak.


Komik Gempak merupakan majalah yang memiliki temanya sendiri. Himpunan pengkarya-pengkarya komik boleh dikatakan dalam kategori indie dan belum terjebak dengan dunia mainstream. Selain dari himpunan karya kartunis, Komik Gempak juga merupakan satu majalah hiburan sebelum keluarnya bingkisan atau 'anak didik' dari majalah Gempak sendiri iaitu Majalah utopia.

Pelbagai info mengenai hiburan dalam dan luar negara, selain dari berita mengenai dunia game dan gajet pada masa tersebut.

Penamatan Pengeluaran Buku

Nasib majalah berjilid fizikal atau dalam kategori buku ini kian lama ditenggelami oleh bacaan digital, selepas Ujang dan apo? komik gempak antara mangsanya. Komik Gempak tidak akan lagi dikeluarkan dalam bentuk bacaan buku. Kesan dari dunia digital. Pada masa akan datang sesiapa yang masih memiliki koleksi-koleksi ini mungkin menjadi hartawan kerana komik gempak akan tergolong dalam bahan carian 'rare' sebagaimana duit seringgit tanda tangan 'Abul Hassan'.

Mungkin berdasarkan angka jualan buku yang tidak memberikan pulangan yang besar, maka pihak Gempak Starz akan memberhentikan cetakan Majalah Gempak sehingga isu yang ke 410. Seterusnya berakhirlah sebuah lagenda buku komik urban Majalah Gempak.

Ok, cerita itu habis situ...


Screenshot Gempak Starz Facebook
Majalah Gempak sememangnya sudah mempunyai nilai branding tersendiri. Apalagi memiliki peminat yang sememangnya diangkat sebagai kipas-susah-mati (die hard fans) bagi majalah Gempak.

Di zaman milenia, para pengkarya khususnya dalam industri kartun dan animasi Malaysia perlu berskala lurus dengan kemajuan teknologi maklumat, bukan terus berhenti atau tersungkur kerana bahan bacaan fizikal berupa buku atau majalah mereka tidak laku di pasaran.

Majalah Gempak Digital

Memang buku Majalah Gempak terkubur sehingga isu ke 410 namun Gempak Starz masih lagi wujud dan bukan lagi dalam keadaan fizikal atau buku. Mengikuti peredaran zaman digital. Penyampaian karya melalui medan digital iaitu laman sesawang mereka sendiri sebagaimana apa yang telah terjadi kepada Majalah Ujang dan Apo? yang telah menjadi dua kisah seperti di bawah:

Kisah JenamaX
Kisah Bekazon

Sama juga dengan Gempak, karya Zint (Pelukis Under 18) dan juga Keith (Lawak Kampus) masih boleh memberikan lawak dalam karya mereka kepada pembaca melalui medan sosial iaitu dalam laman sesawang mereka www.gempakstarz.com

Mungkin ada pengguna/peminat menayakan adakah penukaran kepada material digital menguntungkan pihak kartunis dan produksi ? Sebenarnya sama sahaja pendapatan melalui digital dari trafik pembaca yang memasuki laman sesawang mereka dan mungkin mendapat keuntungan dari penaja/pengiklan yang mengiklan dalam laman sesawang mereka.

Bezanya ? Jika dahulu pulang dari sekolah kita terus mengerumuni kedai uncle/pak cik yang menjual akhbar di jalanan namun kini dapatkan data/sumber internet untuk menikmati karya kartunis kegemaran.

Meskipun mengikut peredaran zaman, zaman Majalah Gempak masih dalam isu 'hard copy' mungkin akan dirindui kerana melalui naskah sebegitulah menjadikan dunia remaja pada zaman terdahulu lebih memiliki kenangan.

Kenangan pinjam meminjam buku komik, apalagi kenangan bercerita 'face to face' bukannya bercerita sambil melihat gajet di tangan. Pengalaman pinjam buku kawan dengan baca dalam gajet semestinya tidak sama dengan bacaan melalui fail .pdf atau menggunakan laman sesawang namun masa sudah berubah, bak kata kumpulan Kristal dalam lagu seragam hitam, zaman ini serba pantas lambat sikit kita kan ditinggal.

Anda fikir anda tahu Pengeluaran Buku Komik Majalah Komik Gempak Dihentikan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.