Satar Ikan, Ketupat Sotong Antara Resepi Lauk yang Sedap Menu Berbuka Ketika Bulan Puasa


"Menu Sampingan"

Trafik 'jammed' setiap kali minggu pertama menuju ke pantai timur. Perkara biasa saban tahun, apabila bulan mulia ramadhan menjelma.

Kebanyakkan perantau dari pantai timur akan menghabiskan minggu pertama puasa di kampung halaman. Selain dari rindu akan kuih pelik tapi sedap [pautan: Kuih Muih Bulan Puasadan ingin menikmati air tangan keluarga bersahur dan berbuka bersama ayah bonda, pencarian makanan tradisi bulan puasa menjadi kemestian.



Lauk Pauk Berbuka

Kuih muih merupakan hidangan biasa, namun terdapat beberapa makanan yang sukar ditemui di bandar-bandar, jika ada mungkin tidak sesedap kawasan asalnya. Hidup di kampung jika tidak meriah jenis lauk pauk ketika berbuka kurang sedikit rasa ramadhannya. Makanan yang menjadi sampingan kepada nasi dan lauk perlu ada bagi menambahkan selera ketika bersahur atau berbuka.



Mungkin makanan-makanan ini sudah ada di mana-mana, akan terdapat perbezaan dari segi rasa dan 'secret recipe'nya jika bukan dibeli di kawasan yang popular dengan hidangan ini. Ketahui beberapa makanan 'side dish' masyarakat kampung pantai timur ketika berbuka atau ketika bersahur.

1. Satar Ikan


Satar Ikan 

Pantai timur dan makanan berasaskan ikan cukup sinonim. Meskipun ada dijual di serata alam, kapasiti ikannya berbeza. Makanan yang biasanya dibuat dengan isi ikan tenggiri yang telah dibuang kulit dan tulang ini boleh dijadikan sebagai peganti lauk.

Dengan kehadiran kelapa parut, lada, bawang dan daun kunyit sudah cukup untuk diratah begitu sahaja. Makan dengan nasi putih yang panas sudah cukup bagi golongan sederhana. Adakalanya satar boleh dipanggil juga dengan 'kerabu ikan' kerana tidak begitu lari dengan jenis kerabu-kerabu yang lain. Bagi yang menemui satar dalam versi 'hot and spicy' adalah golongan yang beruntung kerana ada juga satar yang dimasukkan dengan cili yang pedas bagi menambahkan seri dalam campuran satar.

Satar juga kini sudah menerima kesan frozen apabila sudah ada versi frozen. Penulis pernah mendapatkan frozen satar di sekitar Kuala Besut besut dan Tok Bali Pasir Putih sebagai stok musim lapar.

2. Kerabu Sarang


Kerabu Sarang | Google Image

Dikhuatiri tiada kaitan dengan bahasa korea, saranghae. Bentuknya sahaja menjadikan salah satu jenis kerabu ini dipanggil sarang.

Agak menyerupai sarang tupai dan sarang burung maka dipanggil kerabu sarang. Makanan yang boleh dikategorikan jarang ditemui, kecuali pada bulan puasa di pantai timur, tambah-tambah lagi kelantan.

Rumpai laut kering digunakan sebagai 'sarangnya'. Mungkin dalam bahasa moden, boleh dipanggil 'kerabu rumpai laut'. Kehadiran ikan dan kelapa dalam hidangan ini dalam kuahnya. Namun, berhati-hati ketika menjamu takut-takut tertukar dengan bulu kucing parsi yang termasuk ke dalam pinggan.

Rumpai laut yang kaya dengan kandungan kolagen boleh dijadikan 'lauk' yang boleh dikategorikan sebagai ubatan.

3. Kangkas (sambal) Nasi Kerabu


Tumis Nasi Kerabu | Google Image

Kebiasaannya kita temui nasi kerabu yang sudah siap. Bagi masyarakat di pantai timur, tema ala carte untuk nasi kerabu juga ada.

Tanpa disertakan nasi, boleh 'do it yourself' (diy) dirumah nasi yang bewarna-warni, makan dengan nasi putih pun cukup menyelerakan. Dalam bungkusan terdapat ulam-ulaman yang sudah dipotong dan sambal tumis.

Cara penyediaan seperti ini membantu anda mengukur sendiri 'portion' yang dkehendaki. Memandangkan nasi kerabu ada dalam dua jenis, satu jenis kering dan satu lagi jenis sambal bertumis, dengan pembelian 'kangkas' nasi kerabu ini tiada sebarang paksaan dalam memilih jenis nasi kerabu yang digemari.

4. Otak-Otak


Otak Otak | Google Image

Sudah cukup popular. Jika ke restoran atau kedai makan, sebelum melabuhkan punggung ke kerusi lagi akan datang otak-otak dalam bakul.

Ketika penulis masih kecil ketika di kampung, jarang menemui otak otak bewarna merah seperti yang ada sekarang. Mungkin ingin menyerupai warna otak manusia kerana terpengaruh dengan siri the walking dead.

Dahulu otak otak bewarna seperti satar, putih kelapa parut. Ikan kembung menjadi kebiasaan dalam otak otak pantai timur. Dengan kehadiran kelapa parut, ia agak 'adik beradik' dengan satar. Berbanding dengan otak otak merah, otak otak putih sesuai dimakan bersama nasi.

Kini zaman frozen, let it go mungkin, otak otak sudah dijadikan ala ala popia berisikan otak otak.

5. Ketupat Sotong


Ketupat Sotong | Google Image

Sukar untuk diletakkan di mana mana kategori makanan ini. Makanan laut atau bahagian kuih bulan puasa, ketupat pulut. Namun ia cukup popular.

Boleh dinamakan sebagai ketupat orang berada, biasa ketupat pulut dibalut dengan daun palas, kerana berada 'balut' dengan sotong. Konsep sotong berintikan pulut, cukup menjadi di dalam mulut.

Sotong dan pulut, mana datangnya rasa selain kenyal dan berlemak. Oleh kerana ini, sotong-sotong bersama yang kenyang dengan pulut ini dibiarkan berenang di dalam kuah yang dibuat dari gula melaka atau manisan atau nisan atau nise.

Hidangan ketupat sotong telah disertakan dengan pengcungkil gigi atau lidi sebagai 'free gift' jika terlekat sesuatu pada gigi.

6. Solok Lada


Solok Lada | Google Image

Masih lagi berkisar kepada kisah ikan dan santan. Gabungan dari dua bahan mentah ini disertakan dengan lada akan menghasilkan satu hidangan lain yang mampu memerikan selera ketika makan nasi.

Ikan kembung atau selayang yang dbuang isi, direbus sebelum ditumbuk dan digaulkan dengan sebati sebelum disumbat ke dalam 'lada' yang bersaiz besar. Mudah ditemui apabila membeli nasi kerabu kerana sentiasa bersama selain dari telur masin.

Sukar pada masa sekarang ingin menemui peniaga yang menggunakan lada yang pedas, kebanyakkan menggunakan lada yang menyerupai rasa cili benggala. Pedas dan berlemak, rasa lemak yang terhasil bila solok direbus dengan santan.
Sesuai dijadikan lauk tambahan jika kuantiti isi ikan melebihi kuantiti kelapa parut.

7. Begedil Ikan / Ayam / Daging

Bergedil Daging | Google Image

Makanan yang sesuai disediakan ketika dalam keadaan marah. Kerja meramas amat diperlukan. Begedil yang menjadikan ubi kentang sebagai sumber karbohidrat ini menjadi sebahagian dari lauk sampingan.

8. Keropok Lekor/Losong/Keping


Keropok Losong | Google Image

Ini jarang berlaku dijadikan lauk, namun keistimewaan tetap ada. Keropok yang penuh dengan nutrien protein ikan sesuai dijadikan lauk tambahan jika inginkan cara penyediaan makanan yang agak 'rare'. Jadikan keropok keping yang sudah digoreng sebagai 'sudu' ketika memakan mee hun, maggie, atau mee goreng dan mamah keropok itu sekali adalah kemahiran yang sudah ditelan zaman.

Ikan, ayam atau daging tiga perisa yang boleh dipadankan dengan ubi kentang sebagai begedil. Dari pengetahuan penulis, semua bahan, ubi kentang dan 'perisa' dihancurkan atau dilecek dan digaul bersama sebelum digoreng.

Sekali imbas bentuknya seperti cekodok atau jemput-jemput, namun cukup terbaik untuk dijadikan lauk tidak kira bulan puasa atau tidak.

Apa yang membezakan dan menjadikan bulan puasa ramadhan unik selain jemaah terawih di majid adalah aneka makanan.

Bukan mahu mengagungkan makanan semata-mata, dengan makanan juga boleh dijadikan media untuk beribadah. Berkongsi rezeki yang ada dengan jiran tetangga dan mereka yang memerlukan. Usah membazir dengan makanan yang ada.

Anda fikir anda tahu Satar Ikan, Ketupat Sotong Antara Resepi Lauk yang Sedap Menu Berbuka Ketika Bulan Puasa ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan