Gunung Mauna Kea Hawaii Gunung Tertinggi Di Dunia Bukan Gunung Everest Nepal


"Mauna Kea"

Apa sahaja benda di dunia, yang 'paling' itu dikenali. Namun, adakah yang 'paling' itu sebenar-benarnya yang 'paling'. Dalam hal kali ini, paling tinggi di dunia. Jika bercakap mengenai paling tinggi di dunia dalam kategori semulajadi, gunung Everest adalah pemegang rekodnya.

Gunung Everest bukan gunung tertinggi (paling tinggi) di dunia. Itu fakta


Gunung Paling Tinggi Di Dunia

Gunung Everest adalah daratan paling tinggi di dunia. Puncak tertinggi dari paras laut (mean sea level) . Gunung Everest kedudukannya adalah dalam pergunungan himalaya. Gunung ini merupakan salah satu dari gugusan gunung-ganang di pergunungan himalaya.

Jadi, jika bukan Gunung Everest, apakah gunung yang tertinggi di dunia ?


Gunung Mauna Kea. Gunung ini terletak di kepulauan Hawaii Amerika Syarikat. Gunung ini berketinggian 10,000 kaki dari paras kaki gunungnya berbanding gunung Everest dengan ketinggian 8850 kaki.


Namun, jika dikira dari paras laut, Gunung Mauna Kea berketinggian 4,205 meter (13,796 kaki) berbanding gunung Everest  8,850 meter (29,035 kaki). Sesuatu yang diukur dengan menjadikan 'mean sea level' (paras laut) sebagai 'datum' (rujukan) tidak dipanggil dengan istilah tinggi, tetapi altitud.

Gunung, semestinya memiliki kriteria, kaki gunung, lurah, dan puncak. Apa yang menjadikan Gunung Mauna Kea gagal mendapat tempat pertama sebagai puncak paling atas dunia adalah kerana sebahagian dari 'badan' gunung ini berada di bawah paras laut kira-kira 6000 meter. Bermaksud, 6km lagi 'badan' gunung ini berada di dalam laut.

Jika teknologi mampu mengangkat kedua-dua gunung ini dan meletakkannya pada satu dataran lurus dan diletakkan sebeleh menyebelah, maka Gunung Mauna Kea adalah Gunung Paling Tinggi Di dunia, berbanding Gunung Everest yang patut diubah gelarannya kepada 'puncak dunia paling tinggi'. 


source: geology.com

source: geology.com


Perbezaan 'datum' ini terjadi apabila plat-plat bumi pada masa dahulu bertembung sesama sendiri dan hasil perlanggaran menyebabkan ada plat yang berada di bawah dan ada juga yang tenggelam ke bawah. Dalam situasi dua buah gunung ini, Gunung Everest berada pada plat yang tinggi berbanding Gunung Mauna Kea yang berada pada plat yang terperosok ke dalam paras laut yang menggagalkannya merangkul gelaran puncak dan gunung tertinggi sekali gus.


source: bussinessinsider.com
Kesimpulannya, ia bergantung dari mana kita mengukur ketinggian antara kedua-dua tanda keangungan ciptaan Tuhan ini. Jika diukur dari paras 'base' gunung maka Mauna Kea adalah yang tertinggi, dan jika diukur dari paras laut maka Everest adalah gunung tertinggi di dunia.
Anda fikir anda tahu Gunung Mauna Kea Hawai Gunung Tertinggi Di Dunia Bukan Gunung Everest Nepal ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan