Punca Kegagalan Operasi Rayani Air


Belum menginjak usia setahu malahan 6 bulan beroperasi syarikat penerbangan baharu yang berteraskan syariat Rayani Air sudah digantung Department of Civil Aviation (DCA).

Dunia penerbangan merupakan industri yang agak besar, memerlukan persediaan yang amat terperinci dalam penubuhannya. Bukan seperti usaha menubuhkan syarikat teksi atau kereta sewa malah syarikat bas ekspress.




Kapal Terbang (Fleet) Lama

Setakat Februari 2016, Rayani Air memiliki dua buah pesawat jenis sederhan iaitu dua buah pesawat Boeing 737-400. Menggunakan pendaftaran 9m-RKA dan 9m-RKB. Dari sejarah airfleets, kedua-dua pesawat ini adalah bekas milik Malaysia Airlines.

9m-RKA (formerly 9m-MQB) memulakan operasi dengan Malaysia Airlines pada 15/9/1993 iaitu pada 22 tahun lepas. 9M-RKB (formerly 9M-MMK) pula mula bersama Malaysia Airlines pada 1/12/1992 iaitu lebih kurang 24 tahun dalam operasi. Kedua-duanya adalah dari keluarga Boeing 737-400.


Boeing 737 merupakan 'type' yang paling laris di dunia maka sehingga artikel ini ditaip kebanyakkan airlines telah menggunakan Boeing 737-next gen iaitu variant 737-800 dan 737-900.

Cuba bayangkan berapa lama usia operasi sehingga kini, malah jika dilihat pengeluaran type 737 dari Boeing, pesawat yang digunakan Rayani Air sudah tidak relevan dengan keadaan semasa dari aspek keselamatan dan kos penyelenggaraan.

Kos Pentadbiran dan Penyelenggaraan

Menggunakan pesawat lama seperti menggunakan kereta yang lama, untuk penyelenggaraan ia memakan masa dan kos. Salah satunya, pesawat yang lama untuk membaikpulih akan memakan masa yang lama untuk mendapatkan barangan ganti. 

Keadaan airframe pesawat juga mungkin sudah tua apabila sudah menjangkau usia 20-an.

Penjagaan pesawat berusia akan banyak memakan belanja dan masa. Bagi sebuah airlines yang baru mula bertapak, modal permulaan buknalah sesuatu yang boleh menampung semua ini. Bagi mengelakkan kerugian maka kewangan dari bahagian lain mungkin akan digunakan. Kekangan kewangan mula melanda.

Mogok Pekerja

Nadi sesebuah industri adalah pekerja. Tiada pekerja tiada kerja, tiada kerja maka tiada sebarang produktiviti. Juruterbang-juruterbang merupakan nadi kepada sesebuah syarikat penerbangan seperti Rayani Air. 




Kebanyakan juruterbang dari Rayani Air adalah mereka yang boleh dianggap senior dan veteran. Itu permulaan pengurusan Rayani Air dalam isu pekerja, kerana mereka sendiri tidak akan memperjudikan nyawa penumpang dengan menggaji kadet lepasan akademi penerbangan. Malah yang veteran sahaja yang memiliki type rating license untuk pesawat ini.

Dengan keadaan pesawat yang kurang elok, dan tidak dipercayai, juruterbang berhak untuk tidak menggunakan pesawat berkenaan. Bukan seperti sebuah kereta lama yang boleh berhenti di bahu jalan jika terdapat masalah penyelenggaraan, di langit bolehkah mereka berhenti di bahu langit menunggu tow airtruck (jika wujud) ?

Kos penyelenggaraan dan pelbagai kos lain mungkin telah merosakkan agreement di dalam offer letter ketika mula-mula perkhidmatan dengam Rayani Air, maka terdapat isu kewangan dengan lebih terperinci lagi gaji lambat bayar atau bukan seperti yang dijanjikan. Maka faktor ini menambahkan lagi perasa ke dalam konflik yang melanda Rayani Air.

Penstrukturan Semula

Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui DCA Malaysia telah cuba memberi ruang kepada Rayani Air untuk penstrukturan semula sebelum boleh meneruskan operasi. 

Bermula dengan kepercayaan, dengan melaburkan dana untuk mendapatkan pesawat yang boleh dipercayai, apa salahnya bermula dengan pesawat yang kecil, seperti Fokker, ATR atau pesawat berkapasiti regional seperti keluaran Bombardier yang tidak memakan belanja penyelenggaraan yang besar.

Tiada sebarang kerugian jika menggunakan pesawat regional yang baru dan kurang harga maintenance nya. Jika dilihat pada route yang dirancang Rayani Air kesemuanya adalah route domestik dan regional, ATR dan FOkker atau Twins Otter boleh dijadikan permulaan aset mereka. Apabila sudah mendapat pulangan bolehlah mula mengimpikan pesawat seperti Boeing 737 atau AIrbus A320.

Kegopohan mendapatkan fleets yang luas merupakan pelaburan yang tidak menjamin kelansungan hidup bisnes Rayani Air.

Dapatkan pesawat regional/domestik baharu seperti Twins Otter, Fokker, atau ATR (pesawat digunakan Firefly). Tiada lagi ketirisan kewangan dari bahagian lain hanya untuk penyelenggaraan pesawat. Kewangan mula mengunjur elok pekerja dan juruterbang mula berasa selamat dan tiada lagi berlakunya mogok dan operasi berjalan seperti diinginkan. 

Usah dibandingkan dengan Air Asia atau Malindo Air, kedua-dua airlines ini sebenarnya bukan bermula dari kosong, Air Asia merupakan syarikat dibawah DRB-Hicom yang di struktur semula oleh TOny Fernandes manakala Malindo Air adalah anak syarikat gabungan NADI dari Malaysia dan Lions Air Group Indonesia.

Anda fikir anda tahu Punca Kegagalan Operasi Rayani Air ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...