Perbezaan Maksud Blu Ray, WEBDL, DVDRips dan HDTV


"Extension Video Download"

Bagi penggemar movie atau filem dan downloader tegar dari internet beberapa istilah seperti Blue Ray, Web Dl, HDTV dan DVDRips sudah agak biasa dilihat melalui kornea terus ke otak.

Geng downloader tegar sudah biasa dengan istilah-istilah tersebut melalui pengalaman. Dari aspek kapasiti fail, kualiti gambar serta kualiti bunyi. Namun secara teorinya ramai yang tidak mengetahuinya.


Blu Ray (BRRIP dan BDRIPs)

Contoh Blu Ray
Sistem file yang agak universal dalam kesesuaian dalam membacanya seperti DVD (dengan sokongan Divx/Xvid), XBOX 360, PS3 serta peranti yang lain. 

Jenis file ini boleh dikatakan adalah yang terbaik setakat ini dalam membaca file atau 'burn' dari DVD. Amat direkomen jika ingin mendapatkan kualiti gambar dan bunyi yang baik.

WEB-DL

Contoh Web-Dl
Filemnya datang dari sumber online, Online distribution website. Website online untuk mendownload. Kualiti boleh tahan bagus seperti blue ray kerana tiada sebarang ubahan atau re-encoded dibuat ketika di upload.

Kebanyakkan file adalah bersumberkan iTunes. Sebagaimana anda melihat di iTunes seperti itulah filenya setelah di download. Tiada sebarang logo network kelihatan pada skrin.

Kebanyakan di Malaysia adalah datangnya dari astro best atau astro first.Kualiti berdasarkan cara rekod oleh perekod cerita. Netflix dan iflix beberapa sumber lain

DVDRips

Contoh DVDrip
Jelas pada namanya. Merupakan hasil dari pembelian dvd yang sudah diekstrak menjadi soft copy. Ramai yang mengatakan kualitinya adalah terbaik, excellent. Namun harus diingat pada bila ia di'rip' dari dvd, kerana dvd dikeluarkan pada peringkat-peringkat tertentu.

Peringkat terakhir pengeluaran dvd adalah yang terbaik.

HDTV

Contoh HDTV
Bagi mereka yang memiliki PVR astro, atau sebarang tv kabel yang membenarkan anda untuk merekod cerita, jika cerita anda direkod melalui tv itu bermakna file tersebut adalah dari HDTV. Namun mestilah dari rancangan HD atau memiliki tv HD.

Kebanyakan di Malaysia adalah datangnya dari astro best atau astro first.Kualiti berdasarkan cara rekod oleh perekod cerita. Netflix dan iflix beberapa sumber lain.

HDCam

Contoh HDCam
Jika anda ke laman download movie, anda akan menjumpai fail jenis sebegini meskipun cerita masih rancak dipanggung.

Kalau anda bukan jenis yang mahukan kualiti gambar dan ingin menjadi seorang 'spoiler movie' yang berjaya. Fail filem sebegini anda akan download juga.


Mencuri gambar dari panggung wayang.

Rip : adalah suastu aktiviti pengambilan data dari sesuatu sumber tiada kaitan dengan rest in peace.

Anda fikir anda tahu Perbezaan Maksud Blue Ray, WEBDL, DVDRips dan HDTV ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Catat Ulasan

0 Ulasan