Fahami Konsep Al-Quran, Al-Sunnah, Hadis dan Qias Sebelum Menterjemah Al-Quran

Para Kafir Harbi sering mempertikaikan isi kandungan Al-Quran dimana mereka hanya menterjemah dengan sebulatnya isi kandungan tentang jihad yang di benarkan dalam Islam. 




Al-Quran

Bahasa Al-Quran adalah bahasa tertinggi dalam dunia, bahasa yang tidak boleh diambil dengan sekadar menggunakan google translate dari bahasa arab. Oleh hal demikian inilah Allah s.w.t menurunkan Nabi Muhammad s.a.w untuk menjelaskan isi kandungan Al-Quran. Maka Nabi Muhammad s.a.w adalah panduan terbaik sebagai rujukan.

Bukan bermaksud Al-Quran tidak lengkap kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w , pesuruh Allah diturunkan, tetapi sebagai translator isi kandungan Al-Quran tersebut. Disinilah Al-Sunnah lahir, dari setiap perbuatan, tutur kata baginda, serta jawaban dari persoalan dari kemusykilan para sahabat dan ulama' terdekat semasa Nabi Muhammad s.a.w belum lagi wafat.

Al-hadis

Setelah kewafatan Baginda Muhammad s.a.w, maka rujukan secara langsung mengenai isi kandungan Al-Quran terputus secara langsung di mana para sahabat dan masyarakat yang hidup semasa Baginda masih belum wafat, direkodkan oleh perawi hadis, penghafal hadis, jika dihafal oleh sahabat yang mendengarnya dari mulut serta tingkah laku Nabi Muhammad sendiri maka Hadis tersebut diklasifikasikan sebagai Hadis Sahih.

Qias

Sejajar dengan peredaran zaman dan ketamadunan manusia. Keadaan sudah berbeza, dengan pudarnya yang lama, timbul keadaan serta dunia yang baru. Maka segala hukum hakam syariah juga beredar seiring dengan peradaban semasa. Dengan itu wujudnya Qias.
Qias, merupakan perbandingan persamaan oleh para cendekiawan islam dan para ulama' dalam menyimpulkan sesuatu permasalahan.

Contohnya, ketika Nabi Muhammad s.a.w belum lagi wafat, Baginda mengatakan bahawa arak adalah haram, kerana ia 'memudaratkan kesihatan manusia'. Dengan berpandukan 'memudaratkan kesihatan manusia' maka para ulama' serta mufti yang benar-benar Islam (bukan liberal) akan membandingkan dengan rokok serta vape di masa sekarang sebagai haram kerana sifatnya 'memudaratkan kesihatan manusia', contoh kepada konsep Qias itu.

Maka, marilah kita membetulkan kembali konsep bahawa Al-Quran adalah panduan terbaik umat manusia (bukan untuk islam sahaja tetapi untuk sekelian alam), Nabi Muhammad s.a.w diturunkan untuk menerangkan makna isi kandungan Al-Quran yang bukan sahaja boleh diterjemah dengan menggunakan google translate sahaja yang membawa kepada sunnah dari Baginda.

Tak tahu tanya dulu, jangan gomar memandai-mandai sebagaimana kafir harbi mentermah bahawa di dalam Al-Quran, Allah menyuruh kita membunuh sesama manusia. Sedangkan mereka hanya membaca kandungan Al-Quran yang bulat-bulat diterjemah ke bahasa mereka.

Anda fikir anda tahu Fahami Konsep Al-Quran, Al-Sunnah, Hadis dan Qias Sebelum Menterjemah Al-Quran ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...