Kesan Data Non-Farm Payroll (NFP) Kepada Pasaran Saham, Emas, Kripto

Memandangkan pasaran dunia (ketika ini) masih lagi menggunakan Dollar Amerika (USD) sebagai 'pegged' atau pegangan dalam pasaran, maka mahu atau tidak pasaran komoditi, sekuriti atau ekuiti perlu berdasarkan USD ataupun matawang Amerika.

Kesan NFP Terhadap Pasaran Ekonomi
Kesan NFP Terhadap Pasaran Ekonomi


Oleh itu, segala laporan kewangan, ekonomi di Amerika menjadi rujukan untuk menilai pasaran ekonomi dunia.


Apakah Itu NFP ?

Salah satunya adalah Non-Farm Payroll atau singkatannya NFP.Data NFP ini adalah kayu ukur keadaan buruh/pekerjaan yang ada di Amerika Syarikat. Data 

Bilakan Data NFP akan Dikeluarkan ?

NFP biasanya adakan dikeluarkan (release) pada Jumaat minggu pertama setiap bulan.

Cara Melihat Perubahan Nilai Data NFP

Perubahan nilai sebelumnya dan data sekarang menjadi rujukan. Termasuk juga data 'estimated' yang dikeluarkan oleh penganalisis/pakar ekonomi.

Kesan Data NFP Kepada Pasaran Ekonomi

1. US Dollar

NFP Meningkat : Nilai dollar US akan menguat kerana modal asing dari luar negara mula masuk.

NFP Menurun : Nilai dollar US akan melemah kerana sentimen terhadap polisi ekonomi yang longgar

2. Pasaran Saham/Ekuiti

NFP Meningkat : (lebih banyak pekerjaan ditambah daripada yang dijangkakan): Boleh meningkatkan keyakinan dalam ekonomi tetapi mungkin menyebabkan harga saham jatuh jika pelabur bimbang Fed akan menaikkan kadar faedah untuk mengawal inflasi.

NFP Menurun : Mungkin menandakan kelembapan ekonomi, yang boleh menjejaskan saham melainkan ia mengurangkan kemungkinan kenaikan kadar faedah.

3. Pasaran Bon

NFP Meningkat : Hasil biasanya meningkat apabila pelabur menjangkakan kadar faedah yang lebih tinggi.

NFP Menurun : Hasil sering jatuh apabila jangkaan beralih ke arah pemotongan kadar atau sokongan ekonomi.

4. Emas,Bitcoin dan Komoditi

NFP Meningkat : Emas biasanya jatuh (dolar yang kukuh + kebimbangan kenaikan kadar).

NFP Menurun : Emas mungkin meningkat sebagai lindung nilai terhadap kelemahan ekonomi atau kadar kejatuhan.

Cara Mudah Lihat Data NFP Terhadap Pasaran Dagangan

Pada ringkas dan mudahnya para pelabur dan pedagang pasaran akan melihat kepada perubahan kekuatan dan kelemahan pada nilai USD pun sudah memadai.

NFP mengukuh nilai US Dollar akan meningkat maka semua pasaran yang bergantung kepada nilai USD akan jatuh, dan sebaliknya.

Anda fikir anda tahu Kesan Data Non-Farm Payroll (NFP) Kepada Pasaran Saham, Bitcoin, Emas ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan