Senarai Plaza Tol Boleh Bayar Gunakan Kad Debit

Banyak kali penulis bertemu dengan mereka yang ditakdirkan tidak memiliki satu sifat cakna dan acuh dalam diri ketika menunggu untuk menjana ekonomi negara melalui plaza tol.

Senarai Plaza Tol Bayar Gunakan Kad Debit
Senarai Plaza Tol Bayar Gunakan Kad Debit


Jika hal tersebut hanya menyusahkan individu tersebut sahaja tidak menjadi masalah. Namun, apabila memerlukan penulis sendiri yang diperlukan tanpa rela untuk 'reverse' kenderaan kerana berada di belakang individu istimewa ini ia adalah masalah.


Tidak semua manusia di Malaysia contohnya, celik aplikasi seperti pasang aplikasi Touch n Go Ewallet dalam telefon 'pintar' mereka, apalagi untuk mendapatkan kad Touch n Go versi NFC yang membolehkan isian semula (top up) baki akaun kad touch n go secara sentuhan kad dan telefon pintar.

Lupakan teknologi di atas, memandangkan tiada inisiatif dari mana-mana kerajaan yang ingin menghapuskan sistem tol dan hanya sekadar retorik dalam manifesto pilhanraya maka cara mudah untuk membuat bayaran tol tanpa memerlukan sedikit ingatan dalam minda untuk 'top up' baki touch n go melalui bayaran secara debit, hanya gunakan kad bank mydebit untuk bayaran tol.

Antara plaza tol yang menggunakan sistem mydebit untuk bayaran tol adalah;

1. Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)

2. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

3. Lebuhraya Guthrie (GCE)

4. Lebuhraya SPRINT

5. Lebuhraya NPE

6. Lebuhraya Damansara - Ulu Klang (DUKE)

7. Lebuhraya MEX

8. Lebuhraya BESRAYA

9. Lebuhraya SMART

10. Lebuhraya AKLEH

11. Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE)

12. Lebuhraya JPP

Jika kad debit pun tiada, bolehlah duduk sahaja di dalam gua bersama peminat pasukan Chelsea dan Spurs, kerana secara hakikatnya ada akaun bank pasti mudah untuk mendapatkan kad debit dari bank, usah bercerita lagi tentang debit kad lain seperti kad debit Touch n Go atau kad debit bank digital GX Bank.

Harap membantu mereka yang agak pelupa untuk mengisi baki touch n go, hanyak memerlukan sentuh kad debit bank anda untuk bayaran tol yang mungkin tidak akan dimansuhkan oleh kerajaan ini.

Anda fikir anda tahu Senarai Plaza Tol Boleh Bayar Gunakan Kad Debit ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan