Dapat Dividen Harian Dengan Simpan Wang Di Go+ Invest Touch n Go Ewallet

Sebagai rakyat yang dalam kategori M40 dan ke bawah apalagi masih bekerja dan ada pendapatan yang sentiasa masuk, waktu inilah waktu terbaik untuk membuat simpanan.

Dapat Dividen Harian Dengan Go+ Invest


Apalagi sebagai penulis sendiri yang mendapat pendapatan dari pekerjaan swasta, pastinya tiada pencen apabila sudah tidak larat bekerja nanti.


Perlu ada simpanan. Simpanan bukan sahaja untuk kita gunakan apabila sudah tidak bekerja lagi, namun, simpanan akan amat berguna apabila tiba masa kita amat memerlukan wang ketika kecemasan.

Jadikan 30% dari Gaji untuk Simpanan

Bagi penulis simpan di bank duit lebihan yang dapat dari gaji selepas ditolak segala komitmen dan belanja keperluan bukan sesuatu yang agak bijak. Penulis akan ambil 30% dari gaji bersih untuk simpanan.

Jika boleh simpan dimana duit itu boleh 'beranak' menghasilkan wang lagi dalam bentuk dividen (earning) harian.

Simpan di bank sebenarnya ada juga sedikit pulangan yang akan diberikan namun ia tidaklah begitu banyak. Mungkin dalam sekitar 1% per tahun sahaja.

Menyimpan Duit Sambil Dapat Dividen

Touch n Go Ewallet Apps
Touch n Go Ewallet Apps


Mengikut formula penulis sendiri, jika kita hendak membuat simpanan di mana mana tempat simpanan wang yang boleh memberikan pulangan ada baiknya pilih yang memiliki pulangan dividen melebihi nilai inflasi negara sekarang.

Sebagai contoh, simpan menggunakan Go Invest dalam aplikasi dompet eletronik (ewallet) dari Touch n Go.

Go Invest Front Page


Jika anda menyimpan dengan Go Invest oleh Touch n Go ini, anda akan dapat dividen pulang sekitar >3.45% setahun.

Contoh Pengiraan Dividend Earning Go Invest Touch n Go

Contoh pengiraan dividen simpan di Go Invest;

Anda simpan dalam RM550 dalam Go Invest. RM 550x3.45% = RM 18.975 setahun. Sehari anda akan dapat RM 0.05 setiap hari. Kalau 10 hari sudah RM 0.10. 

Mungkin nampak sedikit namun jika dibiarkan sahaja dan simpan secara berkala lama-lama mampu buat bayar parkir atau bayar tol secara percuma.

Bayaran Dividen Masuk Setiap Hari

Contoh Dapat Dividen Hari Hari
Contoh Dapat Dividen Hari Hari


Go Invest akan bayar dividen (contoh di atas RM 0.05) ini setiap hari. Ini beza dengan simpan di Amanah Saham Berhad (ASB) atau Tabung Haji, walaupun pulangan agak tinggi sedikit pada Go Invest ini, ASB dan TH memerlukan setahun untuk dapatkan dividen tersebut.

Pengeluaran Duit Dalam Dua Hari

Dengan Go Invest Touch n Go e-wallet ini juga anda boleh keluarkan (withdraw) simpanan anda ini pada bila bila masa. Akan tetapi, akan masuk ke akaun bank anda dalam masa 2 hari bekerja.

Apa yang menyebabkan penulis menjadikan Go Invest salah satu dari banyak tempat simpanan adalah pulangan dalam bentuk dividen yang masuk hari-hari. Nak keluarkan pun senang apalagi TnG ewallet ini kita boleh buat belian terus dari apps.

Ada Kad Debit Visa Sendiri

Lebih terbaik adalah, ia ada Kad Debit Visanya sendiri. Di mana kegunaannya sama sahaja seperti kad debit bank yang ada. Ini adalah salah satu kelebihan yang agak unik yang ada pada Go Invest ini berbanding tempat simpanan dengan dividen lain yang ada.

Kad Visa Debit Touch n Go Ewallet
Kad Visa Debit Touch n Go Ewallet

Untuk gunakan aplikasi simpanan Go Invest boleh daftar dahulu E-Wallet TOuch n Go dengan pautan di bawah;


Penulis bukanlah seorang penasihat kewangan, namun, kongsikan pengalaman sendiri 
menggunakan Go Invest by Touch n Go ini.

Mahu cuba atau tidak terpulang kepada hak masing-masing.

Anda fikir anda tahu Dapat Dividen Harian Dengan Simpan Wang Di Go Invest Touch n Go Ewallet ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan