Cara Mudah dan Pantas Membuka Akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) Anak Melalui Kiosk ATM ASB

Kekangan waktu apabila bekerja pagi balik petang adalah punca kepada penangguhan membuka akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) kepada anak.

Cara Buka Akaun ASB Anak Tanpa ke Kaunter
Cara Buka Akaun ASB Anak Tanpa ke Kaunter

Dengan dalam kepala 'kebiasaan' kaunter banyak kerusi kosong berbanding personel kaunter yang bertugas memainkan peranan dalam mengubah 'setting' dalam kepala untuk membuka akaun ASB untuk anak.


Cara Mudah Tanpa Sebarang Salinan Dokumen dan Beratur ke Kaunter

Namun, dari pengalaman sendiri penulis, sebenarnya ia cukup pantas, mudah dan senang tanpa perlu untuk mengisi borang, mengambil nombor giliran, dan ke kaunter.

Mesin ATM ASB Di Cawangan
Mesin ATM ASB Di Cawangan

Di cawangan ASB (contoh cawangan Shah Alam Selangor) terdapat Auto Teller Machine (ATM) untuk pembukaan akaun anak. Bukan ATM bank.

Dengan bantuan seorang personel dari ASB yang berada di luar pintu masuk yang boleh memberikan penjelasan mengenai permasalahan anda.

Penulis terus menuju kepada personel tersebut bertanyakan cara untuk membuka akaun ASB anak kecil dan dia terus mengajak penulis untuk ke ruangan ATM yang tersedia di kiri bangunan ASB cawangan Shah Alam.

Langkah Langkah Buka Akaun Anak Dengan ATM ASB

Antara langkah yang berjaya dialami penulis dari awal sehingga akhir untuk membuka akaun anak penulis yang masih berumur 1 tahun dan tiga bulan ini adalah;

Menu ATM ASB Kiosk
Menu ATM ASB Kiosk


1. Pastikan penjaga/ibubapa memiliki akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB). Lebih 'afdal' ada aplikasi ASB.

2. Pastikan anda membawa;

- Mykad (penjaga/ibubapa)

- Mykid (anak untuk didaftar)

- Kad Debit Bank (deposit pendahuluan)

Apa yang pasti tanpa sebarang salinan mykid, mykad dan surat beranak diperlukan melalui kaedah ini.

3. Tekan pada skrin sentuh ATM untuk membuat pilihan bahasa. 

4. Pilih menu untuk membuka akaun anak (kotak menu baris bawah sebelah kiri)

5. Masukkan mykad penjaga pada slot bahagian kiri ATM. Seterusnya akan ada pengesahan cap jari, lekapkan apabila ia bewarna merah.

Maklumat akaun ASB penjaga akan keluar pada skrin dan buat semakan dan pengesahan.

6. Masukkan Mykid anak anda pada slot bahagian kiri sebagaimana mykad penjaga tadi. 

7. Buat pilihan skim ASB yang ada. Walaupun dibawah umur 18 tahun, anak anda sudah boleh mencarum ASB seperti orang dewasa, tiada lagi istilah bawah 18 tahun gunakan akaun ASB didik atau sebagaimana.

Tekan pilihan skim, dan selesai.

Maklumat juga akan terpampang pada skrin, jika tiada sebarang perubahan pada alamat atau sebagaimana boleh tekan seterusnya.

8.. Selesai buat pendaftaran menggunakan mykid anda akan diperlukan membuat deposit ke akaun ASB anak anda. Minima adalah RM10

9. Gunakan kad debit anda untuk membuat deposit. Slot untuk kad debit di hadapan anda bukan di bahagian tepi.

Masukkan kad debit, buat transaksi berapa ingin di deposit, masukkan pin ATM Bank. Tunggu 'loading' dan selesai.

10. Selesai. Buat semakan pada aplikasi ASB anda untuk pengesahan bahawa akaun anak anda sudah ada dalam aplikasi, dengan nilai deposit tadi.

Sejujurnya, ku tak bisa hidup tanpa ada kamu aku gila, eh sejujurnya secara kasar penulis kurang pasti segala aturan dan tertib sebenar langkah-langkah diatas. Maaf jika terdapat kesalahan.

Akaun Anak Dalam Aplikasi ASB
Akaun Anak Dalam Aplikasi ASB

Dapatkan Bantuan Personel ASB untuk Langkah Langkah Betul

Jangan risau, terdapat personel yang akan membantu anda 'step-by-step' untuk proses pembukaan akaun anak anda melalui ATM ASB.

Maka bolehlah terima duit raya dengan tenang setelah wujudnya akaun ASB untuk anak anda.

Anda fikir anda tahu Cara Mudah dan Pantas Membuka Akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) Anak Melalui ATM ASB ?

Anda fikir sekali lagi...

Assalamualaikum

Catat Ulasan

0 Ulasan