Senarai Jersi Home/Away/Third Kits Negara Dalam World Cup 2022 Qatar

Setiap empat tahun sekali akan berlangsung satu satunya acara sukan boleh dikatakan terbesar di dunia iaitu Football World Cup.

Senarai Jersi Negara Dalam World Cup Qatar 2022
Senarai Jersi Negara Dalam World Cup Qatar 2022

Jika di luar bumi terdapat pasukan bola sepak lain maka juara dalam World Cup akan mewakili bumi (dunia) untuk kejohanan peringkat itu pula.


Kejohanan Empat Tahun Sekali Kini Di Qatar

Begitulah gahnya World Cup yang berlangsung empat tahun sekali. World Cup yang diadakan 4 tahun sekali kerana memberi ruang dan peluang pasukan setiap benua untuk persediaan dan menghabiskan pusingan kelayakan sehinggalah adanya play-off untuk ke peringkat akhir.

Pada bulan November 2022 ini bermulalah peringkat akhir World Cup untuk edisi 2022 yang berlangsung di Qatar.

Jersi Negara Bertanding Dalam Piala Dunia Qatar 2022

Lapan kumpulan sudah layak untuk menghadapi kejohanan ini dari kumpulan A sehingga kumpulan H. 

Penulis akan kongsikan kesemua jersi (home/away/third) yang termampu penulis kongsikan, yang pastinya semua jersi mewakili semua pasukan yang bertanding di kejohanan terbesar dunia ini.

1. Argentina

Kit Argentina masih mengekalkan base warna putih dengan jalur biru cyan. Tidak banyak berbeza kit World Cup 2022 kali ini untuk dipakai oleh Lionell Messi yang berhasrat untuk menggantung but selepas World Cup Qatar ini.

Bagi kit kedua jersi pasukan Argentina ia tampak menyerlah dengan warna unggu gelap dengan rekaan api yang membakar dari bawah.


Namun, dari pandangan penulis, mungkin warna ungu sebegini nampak agak buruk dan lama.
Mungkin pasukan Argentina lebih mementingkan kemahiran dalam persaingan berbanding persalinan.


2. Australia

Wakil dari benua Ocenia ini mengekalkan warna keramat mereka iaitu kuning jagung dengan warna hijau yang lebih gelap.

Tidak kira jersi sukan manapun Australia mengekalkan warna ini. Padanan untuk saiz dari Nike sememangnya nampat fit dan seumpama lekatan di kulit pemakai.

Bagi jersi World Cup 2022 Australia kedua pula warna biru gelap dengan sedikit warna cyan pada lengan dan leher tampak lebih kemas dan kasual




3. Belgium

Belgium dalam dekad terakhir ini bukan lagi sebuah pasukan yang sekadar pelengkap jadual.




Kehadiran Kevin De Bruyne dengan kit jersi Belgium dengan warna asas merah dan sedikit hiasan hitam menampakan Belgium juga kuasa besar bola sepak.



Sejujurnya kit rekaan dari adidas ni lebih mirip kepada kit jersi Germany suatu masa dahulu.


Kehadiran skuad Brazil dalam World Cup bukan sesuatu yang asing, yang menjadi asingnya jika skuad Amerika Selatan ini gagal melayakkan ke peringkat akhir World Cup.


Dengan latar jersi kuning cair dan hijau dengan garisan biru tua menjadi 'trademark' kepada pasukan Brazil

Kit jersi Brazil kedua pula lebih bebas rekaannya kerana terdapat corak seakan harimau bintang atau batu karang di bahagian bahu kit ini.

Dengan latar biru tua air laut di tengah lautan menampakkan kehadiran corak ini.


Lebih tampak elegan apabila dikenakan dengan 'long sleeve' apalagi ketika Coutinho atau Martinelli yang sedang mengolek bola melepasi pihak lawan.

5. Cameroon

Wakil lapan kali dalam kejohanan World Cup yang mewakili benua Afrika, Cameroon, tampil dengan kit jersi bewarna asasnya hijau padang rumput dengan renjisan putih seakan akan tahi bintang yang jatuh dari langit.


Dengan logo singa sedang mengaum di bahagian kiri dada jersi menampakan kegarangan semangat mereka dalam World Cup.


Kanada merupakan wakil Amerika Utara untuk World Cup 2022 di Qatar ini. Sebagaimana warna pada bendera negara Kanada, sebegitulah warna yang diterapkan pada jersi kit pasukan World Cup Kanada.


Kali terakhir Kanada berada di pusingan akhir World Cup adalah pada 1986 maka pastinya jersi ini yang dicipta oleh Nike untuk Kanada menjadi tanda kepada penyokong Kanada dalam dunia bolasepak.

Putih menjadi warna sandaran pada kit kedua jersi pasukan Kanada. Putih yang tidak menampakan apa apa pada jersi ini melainkan kesan lumpur atau ais krim padanya nanti.


Costa Rica berjaya bersaing di peringkat akhir World Cup 2022 selepas mengalahkan New Zealand pada perlawanan play-off.


Jersi yang menjadi kebanggaan mereka dengan latar belakang bewarna merah cukup ringkas dengan warna biru sebagai penambah warna pada lengan jersi.


Sebut sahaja mengenai bola sepak Croatia pasti akan mengingatkan akan pemain bernama Luka Modric.


Itu dari segi pemain, tetapi dari segi jersi, penulis akan terus terbayangkan tiga warna iaitu putih, biru dan merah dengan petak petak kecil menghiasi jersi.

Sama juga untuk World Cup kali ini Croatia masih mengekalkan tema tersebut termasuklah petak petak yang ada.

Bagi rekaan jersi kedua mereka, masih warna pada bendera dimana warna asasnya biru, dan petak petak tidak pernah dilupakan dengan warna cyan cerah.


Denmark tidak lain tidak bukan adalah negara Lord bentdner. Terus penulis teringat akan hal ini selain dari badminton.


Warna merah keseluruhan warna pada kit jersi World Cup 2022 mereka menenggelamkan segala apa yang ada pada jersi ini

Termasuklah logo dan tajaan.


Ecuador memberikan kepercayaan kepada jenama Marathon untuk mengeluarkan kit jersi mereka untuk World Cup 2022 kali ini.


Dengan base kuning yang agak terang diambil dari tema bendera Ecuador sendiri.

Jika dari gambar memang cukup fit saiznya. Dengan warna hitam sedikit merah di bahagian tepi cukup menarik dilihat. Apalagi disekeliling leher terdapat cebisan warna biru tua yang menidakkan warna kuning sebagai warna dominan seluruhnya.


Dengan fit yang cukup tegap ditambah pula dengan warna biru gelap dan tidak serabut rekaannya. Kit kedua jersi Ecuador tampak lebih maskulin.

Corak corak ala ala dinding aztec memang terbaik. Ini adalah antara jersi bolasepak yang cun.


England memang gah dengan Liga Premiernya namun dari segi pasukan kebangsaan ia agak biasa.


Sama juga dengan jersi untuk kit Piala Dunia di Qatar kali ini. Dengan asas warna putih dan warna cyan muda di atas bahu yang menjadi bayang kepada warna biru gelap.

Dari segi fit saiznya cukup terbaik apabila Nike menjadi penaja untuk kit England di Qatar 2022.


Warna merah menjadi teraju utama warna pada kit kedua jersi World Cup 2022 England. Agak ringkas namun warna merah memberikan identiti England itu sendiri.


Merupakan penyandang Juara Dunia 2018 dengan dua kali mengangkat piala World Cup, France atau Perancis pastinya hadir dengan gaya pasukan juara.


Dorongan warna bendera pastinya ditekap pada kit jersi Piala Dunia 2022. Masih mengekalkan warna biru tua sebagai warna utama pada kit utama.

Dengan rekaan Nike, jelas saiznya yang tidak sesuai untuk dipakai oleh mereka yang memiliki perut yang agak ke depan jika tidak kena dengan saiz.


Putih menjadi warna jersi sandaran mereka jika bertemu dengan pasukan lawan yang memiliki warna biru tua. Ringkas dan fit pastinya 'trademark' rekaan Nike untuk pasukan Perancis.


Dari zaman Jurgen Klinsman, Michael Ballack hinggalah sekarang Havertz atau Kroos. Warna putih dan hitam akan dipadankan pada jersi utama kit Germany dalam Piala Dunia.


Cuma mungkin ada sedikit calitan merah sebagai perbezaan.

Namun untuk Piala Dunia 2022 di Qatar ini, dengan penampilan Serge Gnabry dengan jersi putih dan jalur besar hitam di bahagian tengah mampu memberikan tuah untuk Germany menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar ini.


Bagi kit kedua jersi Germany, padanan gabungan dua warna iaitu merah dan hitam dalam tekstur selang seli memberikan sedikit kasualiti ketika bermain. Dengan Adidas sebagai penaja jersi mungkin ia lebih 'ramah' saiz.


Puma menjadi pereka rekaan jersi kit untuk pasukan Ghana dalam Piala Dunia 2022 di Qatar kali ini.


Dengan warna oren yang agak terang dan dengan jalur seakan beanie kegemaran Bob Marley ia berkonsepkan bendera Ghana itu sendiri.

Namun, sedikit pelik apabila nombor di hadapan jersi seakan akan bib untuk larian, jika jenama Marathon mungkin agak kena.

Dengan warna sebegini dan dengar lagu reggae serta pakai beanie kegemaran Bob Marley pasti kasual.


Putih menjadi warna asas pada kit jersi World Cup Qatar pasukan Iran. Dengan tema masih tertumpu kepada bendera Iran sendiri cukup ringkas talaan rekaannya.


Bagi penulis ia lebih kepada rekaan baju sukan yang biasa kita lihat di kedai kedai sukan.

Namun, itu jika tiada jalur hijau dan merah di penghujung lengan jersi ini. Jalur melintang telah menaikan seri pada jersi yang dianggap biasa ini.


Bagi jersi kedua Iran, agak garang berbanding yang utama. Merah menjadi pilihan warna dasar dengan jalur yang masih mengekalkan kesetian pada bendera dan negara.


Italy, memiliki jati diri mereka sendiri dengan mengekalkan warna asas iaitu biru mudah ke arah pertengahan usia warnanya.



Lembut sahaja warnanya. Selembut liga di Italy. Dengan rekaan menyerupai bendera di penjuru padang dengan petak secara simetri membahagi jersi ia sepakat dengan tema Croatia.

Ton warna berlainan tidak menenggelamkan pembahagian petak yang ada. Jika biasanya jalur kini trend petak mula rancak.

Sejujurnya penulis memang gemar fit yang ada pada jenama Puma, ia umpama keseimbangan dari segi fit antara Adidas dan Nike, buat raso raso.



Bagi kit jersi kedua, warna dasar putih menjadi pilihan. Dengan rekaan yang cukup ringkas. Iyalah, kit kedua bukan. Ada juga petak namun mungkin untuk 'signature' atau tempat pemain memberikan 'autograph' kepada peminat


Captain Tsubasa, satu anime dari Jepun yang penulis pernah nikmati dahulu. Dalam persembahan pelancaran jersi kit Piala Dunia 2022 oleh jepun, tema anime diketengahkan.
Seperti kebiasaan warna biru yang sinonim dengan Jepun walaupun benderanya cukup ringkas.


Penulis juga tidak berapa pasti adakah terdapat unsur origami burung pada patern design yang ada pada jersi.


Dengan garisan garisan dan segitiga terus mengingatkan mengenai origami. Jika dilihat pada ilustrasi di atas, memang origami burung.


Jersi away atau jersi kedua bagi pasukan World Cup Jepun lebih menampakkan tema origami. Dengan dasar warna putih, di bahagian lengan jika penulis tidak salah (mesti firmino) mestilah ia burung origami.


Seumpama warna tradmark untuk Mexico, hijau ini memang milik mereka tidak kisah jika tidak tahu apa nama pemain di belakang.


Dengan logo seekor burung yang garang hijau ini memang milik mereka.

Namun, agak sukar untuk menilai mana baju baharu dan mana baju lama dengan warna sebegini. Apalagi bila secara pudarnya ia menghala ke arah hijau gelap dan hitam dari bawah ke atas.

Cliche warna hijau berjaya ditampan dengan megah oleh kit jersi mereka yang kedua. Nampak lebih muda seakan melihat kelibat Carlos Vela menggelecek padu di bahagian tepi.

Dengan corak ala ala aztec atau lakaran gua kuno, hadinya burung seakan phoenix, jelas sekali jersi kedua lebih ada penceritaannya.


Kit jersi Morocco tidak banyak yang boleh diperkatakan dari aspek definisi dalam rekaannya.
Dengan jalur dibahagian dada dan warna hijau tersebut lebih menuju ke arah warna tema jersi Portugal.




Adakah mereka bersaudara ?


20. Netherland/Holland

Netherland atau Holland atau Dutch dan lebih sinonim dengan bahasa Malaysia, Belanda. Pasukan yang ramai bintangnya di seluruh dunia bolasepak.


Dengan gelaran "The Oranje" iaitu peminat setia warna oren. Jika ingat akan Belanda pasti pakaian, jersi, apa apa yang berkaitan dengan Belanda pasti oren warnanya.

Namun, mengapa Piala Dunia Qatar kali ini mereka mengabaikan perasaan warna oren ?

Warna emas kekuningan menjadi warna utama pada jersi pertama mereka. Mungkin ingin mengabadikan nilai retro dalam rekaan ini. Kuning dan oren walaupun sepupu namun berlainan ibu bapa.

Mana jati diri oren pada Belanda.


Pasti jika peminat Belanda lebih gemar memilih jersi kedua mereka dengan warna biru sederhana gelap yang lebih tampak maskulin berbanding warna emas. Dengan jalur oren pasti ia adalah trademark mereka kembali meskipun agak kecil jumlah orennya.

Jika diberi pilihan warna ini sepatutnya menjadi jersi home mereka.


Merah putih memang warna rasmi untuk pasukan Poland. Penulis boleh simpulkan bahawa warna ini akan sinonim dengan pasukan Poland tidak kira berapa banyak lagi World Cup yang akan berlangsung dan pasukan ini layak ke pusingan akhir.


Cukup ringkas untuk diceritakan, baju putih logo Nike dan logo pasukan sahaja bewarna merah. OK, itu sahaja.

Begitu juga dengan baju away mereka, vice versa kepada warna jersi home, latar merah dengan logo pasukan dan logo Nike bewarna putih.


Potugal datang dengan gaya belahan sereng tepi. Belahan campuran warna hijau dan merah. Dua warna ini dicampur pada satu jersi dengan serengan bawah lengan.


Cukup cantik sebenarnya padanan warna hijau dan merah yang tidak begitu terang dan tidak begitu gelap ini.

Apa lagi ia adalah dalam saiz fit Nike.


Bagi peminat Portugal yang meminati warna putih boleh beli jersi kedua mereka yang berlatarkan warna putih, bukan putih semata-mata namun dihiasi dengan satu jalur hijau merah warna trademark mereka pada bahagian dada.

Tiga unsur warna bersatu dalam jersi kedua portugal ini.


Qatar, tuan rumah untuk Piala Dunia 2022. Pastinya ingin menunjukan mereka bukan sekadar tuan rumah tetapi semangat bolasepak juga impian mereka.


Dengan inspirasi warna merah bendera Qatar tidak banyak pengolahan rekaan pada jersi utama mereka. Sekadar warna merah yang kosong.

Memang betul betul mengabadikan rekaan pada bendera Qatar apabila boleh diperhatikan terdapat warna putih dengan segitiga pada lengan jersi mereka ini.


Bagi jersi kedua, Qatar memilih warna putih dan tiada sebarang penambahan pada rekaan tetapi bewarna putih


Berbanding ada segelintir rekaan kosong (plain) pada jersi mereka. Saudi Arabia bukan sebahagian dari mereka.


Kekal dengan warna hijau keislaman. Hijau tua yang belum lagi sempat mengeluarkan KWSP. Corak hijau lebih tua seperti renjisan atau tertumpahnya air cukup menaikan aura jersi utama mereka.

Menarik warnanya dan corak


Senegal adalah wakil seterusnya untuk benua Afrika. Sejujurnya penulis menyedari bahawa jika ada pasukan dari Afrika (Afrika safari) pasti rekaan jersi mereka seakan sama. Bersatu itu kerjasama mungkin dalam pakatan mereka.


Untuk jersi Senegal, putih latarnya menjadi pilihan. Puma pasti melabur untuk pasukan dari benua Afrika memandangkan 'Puma' merupakan abang long kawasan safari.

Dengan warna hijau kuning menempel pada dada dan jalur lengan pastinya memberikan semangat larian versi Puma di atas padang.


Vlahovic, Mitrovic antara nama besar untuk pasukan Piala Dunia 2022, Serbia. Dengan trademark nama berakhir dengan 'vic' dan 'ic' pastinya jersi pasukan mereka juga ada tema tersendiri.


Merah darah menjadi pilihan utama warna jersi dari jenama Puma ini. Tidak banyak contengan atau jalur tetapi merahnya cukup menawan.


Dengan warna emas pudar pada dada, jersi putih dijadikan jersi kedua untuk pasukan Serbia dalam World Cup 2022 kali ini.


Korea selatan antara negara Asia yang boleh mencabar pasukan terbaik lain. Semangat berjuang pasukan dari Asia Timur biasanya cukup kental.


Ia berjaya di ekpresikan pada warna merah dan hitam yang ada pada jersi utama pasukan South Korea ini. Ringkas, sepertimana impian mereka, tiada yang lain.


Namun, kecerian dalam bola sepak mesti ada, ia diinspirasikan pada jersi kedua mereka yang lebih ceria. Lebih kepada jersi pasukan badminton sebenarnya.

Cukup kasual dengan warna biru dan corak compang camping yang mengiurkan mata yang melihat, maksud penulis, jersinya.



Merah dan kuning, bukan Selangor, tetapi ia merupakan warna rasmi untuk Sepanyol atau Spain. Adidas sebagai pengeluar dan pereka kepada jersi Piala Dunia 2022 Spain tidak begitu merumitkan jersi dengan rekaan yang bersahaja.


Bagi jersi kedua pasukan Spain, terdapat sedikit corak yang dipamerka. Tidak pasti ia adalah corak bola ketika suatu masa dahulu, sonar atau gelombang ombak. Apa yang pasti warna biru muda yang ingin menghampiri warna putih berjaya mendominasi jersi Spain untuk Piala Dunia 2022 di Qatar.


Kebanyakan negara eropah jika diamati negara yang bergunung ganang seperti Switzerland contohnya gemarkan warna merah dan putih.


Bagi jersi utama Switzerland warna merah dengan jalur putih menghiasi pada jersi pasukan mereka.


Jika jersi utama sudah merah, semestinyalah jersi kedua mereka akan memilih warna putih. Pemilihan jenama Puma untuk jersi ini lebih tampak menarik kerana ia ringkas dan fit yang sesuai.


Tidak banyak yang boleh penulis ulas mengenai jersi Piala Dunia 2022 di Qatar pasukan Tunisia. Biasa sahaja dan mungkin mereka beranggapan jersi sekadar jersi semangat yang membara itu penting.


Dengan inspirasi bendera negara mereka, merah menjadi pilihan. Jalur putih kiri dan kanan lengan serta bahagian leher pasti boleh memerangkap peluh yang berjujuran.


Ingat Uruguay pastinya warna biru cyan berada di fikiran. Tapi cyan kali ini agak cair warnanya dengan warna putih menjadi warna asas.


Terdapat kotak dibahagian tengah untuk meletakan nombor pemain rasanya.

Puma berbesar hati meletakkan kotak tersebut mungkin untuk memudahkan peminat mendapatkan autograf pemain untuk ditandatangani pada ruang berkenaan.



USA turut serta dalam World Cup 2022 di Qatar dengan menjadikan jersi warna putih ringkas dengan beberapa tampalan warna biru tua serta terpampang logo USA pada bahagian sternum pemain.


Bagi jersi kedua, terdapat corak pada jersi bewarna biru ini. Seumpama satu baldi cat biru yang baharu sahaja dikacau dan dibiarkan seketika.


Aaron Ramsey berasal dari Wales, yang merupakan salah satu negara eropah yang jarang kita sebut, walaupun ramai juga pemain bolasepak dari sana.


Wales dengan kerjasama Adidas berjaya mengeluarkan jersi utama mereka yang bewarna merah yang cukup ringkas, tiada sebarang contengan, semburan atau apa apa melainkan logo Adidas dan logo pasukan.


Bagi jersi kedua mereka, putih warna asas dengan jalur di tepi kiri kanan apalagi corak seakan ular sawa batik di bahagian leher nampak lebih kasual berbanding keringkasan pada jersi pertama.



Beli dan Simpan Jersi World Cup Kegemaran Anda

Inilah senarai jersi semua pasukan yang bertanding di Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar pada November 2022 nanti.

Jersi pasukan manakah yang menjadi pilihan hati dan mungkin ada rasa getar untuk membelinya ?

Boleh buat belian jersi-jersi World Cup 2022 Qatar kegemaran anda melalui link atau pautan bewarna oren yang telah penulis sediakan.

Anda fikir anda tahu Senarai Jersi Home/Away/Third Kits Negara Dalam World Cup 2022 Qatar ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Catat Ulasan

0 Ulasan